Sunday, September 28, 2008

Marilah Sama Sama Beramal Jariah

Sepanjang aku tinggal di Turkmenistan aku kadang menjadi bingung dan terharu. Bukan sebab aku rindukan famili atau sebab kerja. Tapi aku bingung betul dengan status masyarakat Islam di sana. Kalau yang sembahyang boleh di bilang dengan jari. Apatah lagi orang yang puasa. Kalau aku ke Bazar rata rata mereka tak berpuasa tanpa segan silu. Amalan puasa seperti sesuatu yang janggal. Kalau yang dapat dirikan sembahyang kira dah cukup baiklah walaupun sembahyang mereka nampak tak sempurna. Semoga Allah terima amalan mereka dalam serba kekurangan.
.
So balik ni aku berazam untuk hadiah kan beberapa helai telekong pada wanita wanita di sana. Aku pun nak juga orang lain dapat sama invest saham akhirat ni jadi aku pun sms lah pada member member aku kalau kalau mereka pun nak bersedeha jariah. Jom kita baca apa sms yang di hantar dan yang menghantar.
.
So aku pun tulislah sms berikut pada member member aku dan kita lihat apa balasan mereka. Jom kita baca.....
.
"Saham untuk dunia akhirat. Sesiapa nak sedekah telekung untuk ajar sembahyang dan agama pada wanita Turk yang cun dan kalau nak di jadikan isteri pun boleh"
.
Zuldbkl: "Tak faham la message tu"
Aku balas balik dan expalin lain. Adoi penat taip lagi.
.
Mat: "Nanti aku carikan telekung ke"
Aku confrimkan soalan si Mat ni.
.
Amrsyabas: "Nanti aku inform wife dulu...... bahaya tak cakap"
Hehheheh..kelakar plak jawapan dia.
.
Zahar:" Eid Mubarak & maaf zahir batin..... Ngko kat mana raya ni?..... ngko bawakan la awek tu, jgnkan telekung, sejadah bleh bagi sekali...zahar"
Amboi...sporting nye ko...
.
Faris:" teka teki hang ni galak la.... ni la padahnya bila berjauhan dengan isteri. Aku tengah on the way ke sungai petani rumah mertua. Brita panas' member kita dot dot dot dah nikah isteri ke 3 anak dara cun"
Apada tak jawap soalan aku ke lain plak topic ni...ooooo dia nikah lagi???? Awat dia tak habaq kat aku pun. 4 hari lepas dia call aku.
Lanbsb: "Nak bagi kat sapa? Dah balik kampung ke? Aku esok balik...."
Lan, bagi kat aku la...ok nanti aku ambik kat umah hang ok....
.
Hafiz : Boley...berapa saham?
Saham tu nanti Allah bagi la bila dah tutup mata ok.....
.
Qasim: Insyaallah
Mudah aje jawapan Abang Qasim. Macam ni la......
.
Yang ni mesti dari kakak aku jawapan on behalf dari hubby dia. " Amboi, kempen nampak. Bang Man ngak bisa...., satu org pun gak bisa control, bikin pusing. Aku rasa calon yang cocok ialah......HANG."
Amboi amboi amboi ke situ plak nye...ni tak jawap soklan ni....
.
Jamasuri: "Aku sedekah telekong je lah...."
TQ..TQ...TQ....nanti aku pi amik kat umah hang ok.... boleh raya sekali...
.
Ata: "Aku sedia...nanti ko beri no ac ko ye. Nama bank sekali..."
Ok sat lagi aku sms hang no......TQ..TQ..TQ
.
Saiful : "Sendiri pakai la...."
Ini jawapan dah melencung ke lain ni....
.
Azharbsb: "Ada hajat ke....?" elpas tu sms ke 2 berbunyi " Buat isteri nak la. Bukan lagi telekong bahkan jiwa dan raga pun boleh...."
Ke situ plak niat dia...... Ciwah belakang isteri korang berani la no.....
.
Sabri: " Giv me yor bank name & a/c no. Im already in KT. U jumpa mana turkish girl yang cun tu? Nak buat anak?adik angkat ke?"
ok aku dah sms kat ko...alahai.....bukan anak dara aje...makcik pun ada leh buat nenek atau mak angkat.
.
Q: "telekung? Saper yg ajar sembahyang? Kalu buat bini tu nampak la jalan...."
Ya Allah ampun...kesitu pulak diaaaaa....
.
So sekarang ni aku dok nanti berapa banyak telekong yang aku dapat kumpul dari member member aku. Itulah lebih kurang jawapan sms yang aku terima. Macam amcam ragam dan jawapan orang lelaki ni....
My New Glasses

Kalau di hitung koleksi spec aku sejak aku pakai dari form two rasanya sudah hampir mencecah 30 pasang. Bila ada niat nak tukar spec baru aje mesti ada aje bencana yang menimpa secara kebetulan. Pernah aku ambil spec baru dari kedai, sambil melawak dengan mak aku tetiba aku terduduk di atas spec tu. Frust sungguh dan masa tu mak aku ketawa berdekah dekah kat aku sebab dok kacau dia sangat. Sejak peristiwa tu dan peristiwa yang lain aku selalunya akan ada dua pasang cermin mata. Satu untuk di pakai macam biasa dan satu lagi untuk spare. Sekarang umur dah makin meningkat maka terpaksa ada satu lagi untuk reading masa dok depan computer. Tapi kadang pakai dan kadang tak pakai.
.
Sun glasses pula 5 years ago aku beli Killer Loop tapi hilang. Agak sporty skit. Aku memang susah nak jaga barang. Lepas tu aku beli pula Esprit tapi dah agak rosak sebab aku letak terlampau lama dalam kereta so dah faded. Jadi aku gunakan dia untuk pergi site aje. Nak beli sun glasses bukan mudah untuk mata kelabu macam aku. Sebab bukan senang untuk dapat lense yang sesuai. Kalau Lense curve tu mmg tak boleh sebab nanti strain mata leh juling. So terpaksa pilih lense yang kurang curve skit.
.
Last week masa aku beli baju raya anak aku kat Rawang, tetiba aku nampak kedai cermin mata yang baru di buka di bandar Baru Rawang. Aku pun singgah sebentar. Belek punya belek rupanya aku telah tergoda untuk beli yang baru. Pada hal tak ada niat langsung untuk beli yang baru sebab yang lama masih elok. Ada aku pakai waktu bersukan dan ada yang aku pakai waktu berjalan jalan. Itulah fesyen specmata sekarang pun canggih canggih so macam mana tak tergoda kan. So aku pejam mata lah beli aje spec baru yang aku berkenan dua pasang untuk melaram di hari raya. Tak apa lah janji aku tak kacau orang kan dan apa apa pun tenyeh aje credit kad tu....hehehehe.

Saturday, September 27, 2008

Harijadi Ikhlas Yang ke 6, 27th October 2008


Semalam wife aku beli kek untuk harijadi Ikhlas hari ini. So lepas buka puasa dan solat maghrib kami sama sama makan kek tu. Ikhlas macam biasa lah sentiasa ceria dan bertenanga. Tahun ni dia masih tak mampu untuk berlatih berpuasa. Tahun depan dah nak masuk darjah satu. Di sini Ba nak ambil kesempatan untuk ucapkan selamat harijadi dan panjang umur hendaknya. Lepas ni semoga Lash rajin belajar dan mengaji. Harapan Umi, abang abang dan kakak serta adik pun sama dengan apa yang Ba doakan.

Shopping At Sogo, Kuala Lumpur
Semalam aku jak anak anak aku Ubai, Safwan, Balqis, Hadi dan Shamim untuk shopping kat KL for hari raya and lepas tu untuk berbuka puasa di Pizza Hut. Immediately after friday prayer kami terus ke KL. Sebelum tu singgah sebentar ke Empire Tower untuk hantar tart nenas yang dia pesan tu. Wife aku tahun ni memang dah pencen tapi sebab kesian kat Liza wife aku pun buat juga lah. Kami sampai di Maju Junction untuk parking lebih kurang pukul 4 suku. Jalan mmg jam dan hujan sana sini tapi tak lebat.
.
Mula mula singgah ke Reject shop di Pertama Complex untuk beli baju raya Shahadah dan Shamim. Lepas selesai aku terus ke Sogo. Ingat kan tak ramai orang tapi ramai juga orang. Aku kata kat Safwan pegi beli sendirilah seluar tu. Aku kasi duit then aku cakap please come back to me after dah beli seluar. Sementara tu aku dok sibuk belek kasut untuk Balqis. Aku kata ambil lah dua kasut. Satu untuk raya dan satu sandel untuk ke sekolah. Tapi nak deal dengan anak dara lebih rumit dari nak deal dengan anak teruna aku.
.
OK... dia kata dia tak nak pakai kasut tumit tinggi. Aku kata fare enough but kasut raya bukan selalu pakai jadi ambil lah yang cantik skit. Sebab dah lama aku tunggu sementara dia dok belek beribu pasang kasut tu, Safwan dan Ubai datang untuk aku pilihkan seluar untuk dia. Alahai dah penat badan aku ni. Then aku told Balqis to pilih kasut yg dia berkenan and I will come back untuk bayar terus. Di bahagian pakaian lelaki pusing punya pusing baru lah jumpa seluar yang anak teruna aku berkenan. Penat betoi........... Then aku pun turun ke level dua semula untuk nengok apa yang anak dara aku dah decide......jeng jeng.......suspen ni.
.
Bila aku jumpa Balqis kat bawah dia kata dah pilih dah. So dia bawa aku tunjuk kasut yang dia berkenan. HHmmmm...kelakar ada terkezut pun ada...macam nak pecah perut aku nak ketawa. Aku kata betoi ke nak kasut ni? Dia terus rasa serba salah dan keliru. Tetiba Safwan dari belakang kata, apsal pilih kasut macam sampan....??? Aku nak ketawa pecah perut and tahan aje...masa tu anak dara aku dah broke down into tears dah..... alaa....Ba bukan marah pun....yang Ba rekmen yg mahal dan cantik tak nak tapi pilih juga yang lopek...sambil tu hati aku ketawa golek2. Kasut yang dia pilih tu ade cam buckle lah kat depan tu...siap aku kata kat Hadi....nanti kalau Hadi nak tukar kepala talipinggang pun boleh...lagi dia marah dgn sakat aku tu.....
So aku pun dah penat aku pun pilihlah kasut sandel Scholl harga RM120 untuk dia pakai raya dan sekolah. Aku nak beli kasut raya yang ranggi skit dia dah tak nak. Masa tu dia dah monyok. Aku rasa lain kali anak dara aku elok pegi shopping dgn mak depa aje. Aku yang penat badan mungkin kurang memahami kemahuan anak dara aku. Lepas tu aku tanya nak baju apa lagi tolong beri tahu dan pilih mana yang berkenan. masalah baju budak pompuan sekarang semuanya saiz baby dan tak cukup kain. manalah anak dara aku berkenan. Dia pulak sekarang dah alim. So aku capai mana yang dia angguk aje lah cari saiz XL yang longgar dan lengan panjang.
.
Sampai aje rumah apa lagi aku cerita ajelah pengalaman aku tu kat wife aku sambil ketawa berdekah dekah. Anak dara aku apa lagi jeling aku siapppppppp......siapppppppp
.
Member meber semua, cantik ke sandel yang aku pilih tu????

Kasut Raya Untuk Safwan
Semalam balik bebuka dari KL singgah ke Al-Ihsan di Rawang untuk beli kasut raya Safwan dan Hadi. Dah puas tanya rupanya kasut untuk hadi tak ada. Paling kecil pun saiz 7. Aku kata kat Hadi, kena makan banyak untuk cepat besar. Hadi nampak kecil dengan muka baby face dia tu kalau orang nengok ingat dia tu baru darjah 3. Ikut sapa entah la. Kalau ikut aku mahu jadi besar macam gajah. Tak apalah Hadi esok kita cari lain tapi kasut biasa udah lah. Kalau beli mahak kejap aje pakai dah tak muat. Tahun depan dah nak masuk tingkatan satu. So aku pun tanya Safwan nak yang mana. Macam biasa lah anak anak aku ni, semua nak aku yang pilih. Aku rasa depa tau sangat dengat cerewet aku dlm membeli barang sebab tu depa nak aku sendiri yang pilihkan. Sebenarnya aku dah malas nak angkat pot lagi dah dalam membeli barang keperluan depa ni sebab aku dah letih sangat. Tapi tak juga dapat lari dari tugas tu. Finally aku beli kasut seperti di ataslah dengan harga RM189. Seperti yang lain aku tenyeh aje kad tu...

Make Over My children Room


Sebenarnya dah lama nak tukar almari lama bilik anak bujang aku tu. Depa kata almari yang ada dah buruk dan tak menarik so depa nak almari baru. So aku janji kalau nak almari baru yang lebih personalise kenalah sedekahkan almari lama. Sebenarnya almari tu bukan nya buruk tapi model lama yang aku beli masa mula mula hidup berkeluarga selepas pulang dari UK. Nak buang sayang sebab masih elok. Pendek kata penuh nostalgia lah almari tu.
.
So aku beritahu kat anak anak teruna bujang aku tu kalau nak almari baru tolong catkan bilik warna putih. Sebab bila aku balik cuma beli almari aje nak beli dan susun dan cat dah siap. Bila aku balik nengok anak teruna aku cat mashaallah bersepai sana sini. Geram jugak aku d buatnya. Tak creatif langsung...selekeh sana sini. Sempat juga aku berleter la kat depa tu. Aku memang pantang kalau nengok orang buat kerja tak senonoh...tak ikhlas langsung.
.
Hari Selasa lepas aku ajak anak anak teruna aku ke IKEA untuk beli perabut baru. Konsepnya adalah serba putih. Nampak lapang dan terang skit. Konsep scandinavian ni nampak simple aje sebab depa memang suka plain colour. They are not like English or French yang lebih suka kepada design floral yang sarat. Lepas discuss dengan anak anak aku dan belek katalog tu aku pun decide untuk beli 3 almari, satu rak buku dan beberapa rak buku dinding' meja tulis dan kerusi belajar. Kadang tu bila dapat benda baru semangat belajar tu leh jadi lain skit.
.
Selepas sekolah aje dan solat zohor terus ke IKEA. Mula mula rasa mcm tak muat kete aku untuk angkut barang barang tersebut. Bila aku talipon untuk transpot dia nak charge dalam RM200. Alahai mahalnya. Elok aje aku cuba punggah manatau boleh muat sebelum aku compom dengan driver tu. Lepas bayar lebih kurang RM1400 semua sekali aku pun suruh anak aku surung barang tu sementara aku pegi amik kereta aku. Heheheh...tenyeh aje kad tu yang senang nak beli kan. After angkat semua seats dan adjust sana sini makan rupanya muat jugalah perabut2 tu di sumbat. So Ubai dgn Hadi kena share kusi kat depan sebab dah tak muat ok...
Ramadhan in Ashgabat
Aku tiba Ashgabat dari site pada tengahari 18th September. Aku sorang aje. Patut dengan Pak Amir tapi dia ada hal so aku lone ranger la. Ahhh...tak kisah. Aku dia biasa sorang sorang and lagi best. My own way. Kira kira pukul 6.30 aku dah berkira di mana nak berbuka. Seperti biasa tempat yang aku arif dan mudah nak naik teksi adalah ke Yimpas. Lagi pun aku bukannya cerewet sangat pasal makan ni. Apa lagi aku tahan teksi terus ke Yimpas. For a time being sebelum berbuka tu aku dok jamu mata dekat indoor shops tu. Biasalah dah nak balik nak beli lah sedikit buah tangan untuk family.
.
Dah siap semua window shopping baru aku naik ke atas untuk ke food court. Ingat nak makan biasa aje. Rupa rupanya ada buffet di sediakan. HHmmmm...sementara aku dok pikiaq2 dan membelek makanan yang di sajikan then aku decided untuk makan buffet aje. Charge dia pun tak lah mahal sangat' cuma 175,ooo Manat lebih kurang 11USD aje. Nampak macam sedap tapi bila rasa biasa sahaja. Nak buat cam mana makanan orang sana plain gitu aje. Aku pun dok melepak lama jugalah sambil menghabiskan novel aku cerita The Street Boys.

Tuesday, September 16, 2008

Gambar Fazili Kahwin
.
Walaupun hang dah berbulan nikah tapi aku harap tak terlambat untuk etak dalam blog aku ni. Maaf ye tak dapat bertandang sebab masih lagi kat obersee masa tu. İngat nak kirim hadiah pun tak sempat. Apa apa pun aku doakan agar hang berbahagia dan berkekalan sampai ke akhir hayat. Alam rumahtngga ada berbagai godaan dan hadapilah ia dengan sabar dan iman. Petua petu yang aku bagi tu amalkan lah ok. Insyaallah ada keberkatan dan manafaat nye. Tanpa berlengah lengah lagi jom kita belek gambar gambar perkahwinan tersebut.

Amboi nampak yang tawaduk aje pak imam nak angkat nikah. Bape kali ko lafaz Fazili. Orang kata kalau lafaz nikah tak menjadi maknanya orang letk tempurung jantan kat bawah tangga. Betoi ke idak aku pun tak tahu. Orang dulu dulu memang banyak pantang larangnya.


Aaa....selamat dah kome menjadi suami isteri yang sah. Dok baik baik tau jangan gaduh gaduh. Ikut sunah nabi insyaalah selamat. Kecuali 'gaduh gaduh' yang di benrkan tak apa la.....hehehhehe. Tak nak bawa ke Sudan ke......
Amboi siap tangkap gmbaq bawah pokok nyok macam cerita hindusan pulak. Teringat aku cerita kuch kuch hota hei
Ewah.....ewah...ko dukung nak bawa ke mana tu....ke bilik ke??? Kalau ye pun sabo lah dulu...tunggulah tetamu balik dulu.....

Muka wife ko sekali pandang macam si Ina Naim bekas tunang si Mawi tu. Bape ribu ko beli cincin tu? Mesti lah mahal kan. Habib jewel tak sponsor ke??
Ko kalau ergambar memang kelas. Pandai hangpa dua bergaya. Tak apa Fazili kalau dapat anak nanti mesti anak cantik sebab darah kacukan ....... Kalau dapat anak pompuan mesti muka macam Altantuya yang cantik tu....
Ni kat anjung umah sapa korang sewa ni???
Banyaknya salinan pakaian hang. Cantik cantik plak tu. Hang design sendiri ke atau si Bernard Chanrdan tu yang sponsorkan. maklumlah perkahwinan artis katakan...
Wah.....merenung auh ke depan.... Dok pikiq nak ada anak berapa kah???? kalau hang nak sangat anak kembar dan kurang beranak aku doakan hang dapat anak kembar 4 orang sebanyak dua kali. Barulah sama dengan bilangan anak anak aku. Lepas tu boleh lah berbisan kannnn...
Sibuknya hang dok menyambut tetamu kan. Msti dapat banyk hadiah no.....Cikmang hadiah apa kat hang???
Mesti ko ni peminat pasukan bolasepak Holland kan. Aku pun minat gak..... Cantik warna oren pinang masak tu. Pandai hang pilih.
Akhir kata aku ucapkan selmt pengantin baru dan harap masih belum terlambat. Nampak gaya kenduri bulan October pun ku tak dapat hadir sebab aku dah balik ke Turkmenistan insyaallah. Anyway aku tetap doakan kesejahteraan dan kebahgiaan hang. Jadi lah sumi yang baik dan membimbing keluarga dengan penuh hikmah.

Monday, September 15, 2008

Design Dulu Dulu
.
Dulu masa aku kecik kecik aku ingat lagi, mak aku banyak pakai barang macam ni dari Vhina. Tapi sekarang ni dah tak nampak atau ada, tapi tak banyak di pasaran. Di sini banyak barangan from China terutamanya pakaian dan barang barang rumah seperti perkakas dapur. Nak kata murah tak juga. Jom kita nengok apa yang ada.

Dua home leave yang lepas aku bawa balik teko macam ni. Tapi kali ni tak kot. Mungkin bila habis projek nanti aku bawa balik. Aku suka letak di atas rk di dapur aku. nampak macam coountry look skit.
Beriuk beso ni aku tanya mahal jugak. dalam seratus ringgit. Aku suka nengok gambar itik terbang tu. Kalau aku beli mesti aku jadikan periuk ni untuk masak nasi beriani atau nasi pilau. Aku rasa best sangat bila kacau bunyi dia tung tang tung tang....... Masa tu aroma tumis dan bunyian tu menaikkan selera. Tambahan pula dalam bualan puasa ni.
Ni design biasa aje. Harga pun lebih kurang. Masa aku dok sibuk ambil gambar semua orang dok nengok aku sambil tersenyum. Macam biasa aku buat dak aje. Itulah perangai aku. Kadang kadang perangai gila gila skit.
Ni satu set design, besen, baldi bertudung dan periuk. Masa aku di Istanbul few months back rasa nak cari periuk tembaga aje tapi tak sempat dan berat sangat barang nak bawa. Kat Istanbul memang banyal barangan tembaga. Kalau beli elok di gantung pada dapur. Aku klau beli barang dapur selalu ingatkan isteri yang barang barang semua tu untuk di guna bukan untuk di hias sahaja. Untuk masa ni aku rasa tak akan belipisau lagi sebab dah ada secukup pisau yang berbagai dari jenama victorinox yang aku beli masa transit and lepak lepak di Dubai.

Sunday, September 14, 2008

Look At Me: Lia

İnilah wajah yang toya ni sebelum bos aku mandikan aku. Aku malas betoi nak mandi. Bila bos capai aku, aku cuba meronta ronta nak lari sebab sejuk. Setiap dua minggu selalunya bos aku mandikan. Tapi kali in dah cukup seminggu bos aku dah nak mandikan aku. Bos aku kata sebab nak balik ke Mesia. So dia kena siapkan aku awal sebelum hantar aku ke daddy.
Mujurlah bos aku sediakan air panas. Lepas tu terus di rendamna aku dalam besen. Kecut perut aku tak terkira. Boss aku tak tau ke kami ni mmg takut air macam kambing...ish...ish.....tak faham ke. Lepas tu bos aku tabur sampoo seluruh badan dan di gosok sana sini. Aku cuba juga tepis tapi di pegang kuat. Buakan apa...aku rasa teramat geli di gosok di segala celah. Hampeh betoi..... Lepas sudah selesai di ambil gambar pula. Aku tau la tak lain tak bukan mesti nak masuk dalam blog dia tu. Yang aku menggigil kesejukan dia tak tau.
Lepas tu tiba masa grooming. Bos aku capai pengring rambut dan keringkan aku serata badan sambil sikat sana sini. Kadang aku hot juga. İngat aku tak sakit ke. Tapi bos buat tak tau aje. Selamba aje dia sikat. Mana rambut aku yang kusut dia gunting terus. Bos kata aku tak pandai minum sebab habis bulu kusut. Bos kata lagi jangan risau sebab nanti bulu tu tumbuh balik. Lepas selesai bos kata aku dah cantik dan bergaya. HHmmmmm betoi ke. Cuba korang nengok dan komen skit...aku ni cantik ke...

Saturday, September 13, 2008

Gunalah Keberkatan Bulan Ramadhan Untuk Berhenti Merokok

Bulan puasa adalah bulan yang mulia yang mana segala syaitan dan iblis telah di rantai. Orang alim beritahu mengapa di dalam bulan Ramadhan masih ramai yang engkar perintah allah? Sebabnya adalah amalan yang di pengaruhi oleh syaitan telah lama sebati dan melekat di dalam diri sehingga setiap amalan telah di pengaruhi oleh nafsu sendiri. Hidup hanya sementar dan mati adalah penamat riwayat. Jadi dalam saki baki hidup ini adalah manafaat untuk bekalkan segala kelengkapan untuk mengadap raja segala raja. Raja yang memiliki dan mentakbir dunia ini dan alam maya.
.
Sayang seribu kali sayang kalau sembahyang sudah sempurna, berpuasa sudah sempurna, zakat yang wajip tak pernah tertinggal dan haji telah di tunaikan tetapi diri masih ketagih dengan rokok. Susah kah untuk berhenti merokok? Tepuk dada tanya lah iman. Pernah kawan aku berithu rakusnya yahudi menghentam dan menzalimi orng İslam. Aku berkata setiap wang yang digunakan orang Islam untuk membeli dan menghisap rokok adalah derma kepada pengeluar pengeluar rokok yahudi untuk memusnah dan membunuh orang İslam. Jadi orang Islam sendiri yang membantu musuh musuh untuk menghapuskan İslam.
.
Mengapa merokok itu haram? Ulama mengambil kesimpulan kerana pertamanya ianya adalah membazir dan membazir itu adalah sahabat syaitan dan keduanya merokok itu memudaratkan kesihatan pada diri sendiri dan secara langsung memudaratkan kesihatan orang yang di sekitar. Maka penghisap rokok telah menzalimi diri sendiri dan orang di sekeliling. Tetapi, ada kalanya kita akan terdengar berbagai fatwa yang di keluarkan semata mata menurut nafsu sendiri daripada di dorong oleh sifat sifat taqwa. Contohnya, kalau kita berjumpa seorang ustaz yang tidak menghisap rokok, dan ajukan apakah hukum menghisap rokok maka kita akan tahu apakah jawapannya. Kemudian kita bertanya hukumnya kepada ustaz yang menghisap rokok dan ajukan apakah hukumnya maka kita dapat tafsirkan apakah hukumnya. Akhirnya kita berjumpa dengan ustaz yang tidak menghisap rokok tetpi saudara terdekat semuanya hisap rokok makan ustaz itu mungkin ada fatwa yang berbeza.
.
Di kem yang kami tinggal telah di letakkan tanda atau notice non smoking pada dewan makan dan rekreasi untuk manafaat kepada golongan kerja yang tidak merokok dan telah di sediakan bilik khas untuk segala perokok smoking chamber mereka yang tersendiri siap dengan meja pool, karaoke set, mini teater dan lain lain...tetapi mengapa masih perlu merokok tanpa segan silu di empat yang telah di larang? Rupa rupanya sebenarnya mereka hanya tidak merokok di tempat larangan apabial aku tiada. Apabila aku ada mereka akan merokok kembali dengan penuh bergaya. Nasihat aku pada semua golonga perokok yang rajin bertandang ke blog aku ini, tinggalkan lah tabiat buruk itu dan hormat lah diri sendiri dan diri sahabat sahabat kamu yang lain. Janganlah kalian tinggalkan merokok kerana takut kepada aku. Takutlah merokok kerana Allah taala. Dan hormatlah orang orang tempatan yang mematuhi peraturan tersebut dan sedang mendekat kan diri dengan agama Allah taala. Jadilah contoh yang baik kepada mereka dan moga moga tabiat baik itu akan membawa tuan tuan semua ke syurga.
.
Akhir kata jadilah contoh yang baik untuk anak anak ikuti yang menuju kepada jalan yang penuh rahmat.
Mari Berbuka

Bulan puasa ni ada saja yang nak makan. Kalah orang mengidam diumpamakan. Kalau nak dapat makan macam di negara sendiri jangan harap lah. Kalau di Malaysia macam macam ada cuma siap duit aje bagi orng yang malas masak. Bersepah sepah bazar ramadhan di adakan. Dalam bulan puasa semuanya nampak menarik untuk berbuka tapi rasanya belum tentu lagi. Kalau aku pula aku akan make sure makanan yang di beli tidak mengandungi kelapa parut seperti cucur badak, ketayap, cencaru sumpat nyok. Sebab belum tentu kelapanya adalah kelapa yang ori sebab kebanyakannya santan sudah di perah dan yang tinggl cuma hampas kelapa. memang hampeh peniaga macam ni.
.
Semalam lepas sembahyang jumaat ku ke bazar untuk beli barang barang untuk berbuka puasa. Di sini tak adalah seperti bazar Ramadhan dan kedatngan Ramadhan pun tak di rai melebihi hari hari yang lain. Pendek kata tak ada bezanya dengan bulan bulan yang lain. Ramai orang yang tak berpuasa dari yang berpuasa. Itu yang masalah nya. Makan atau minum di kalayak ramai dh macam biasa sebab ramai yag tak puasa dan tak ada perasaan janggal langsung. Kalau di tempat kita orang yang tak pernah sembahyang pun akan puasa sebab restoran tutup dan malu pada masyarakat. At least ad juga iota of iman.
.
Jadi aku pun decide untuk beli anggur untuk berbuka dan kudapan waktu di bılık. Harga cuma 25 ribu mata lebih kurang RM sekilo. Bila aku nampak pula buah delima yang merah bak bibir Anita Sarawak tu aku pun beli. About 25 ribu manat juga. SO aku rasa mesti sedap dan manis. Tapi bila berbuka rasanya masam ya rabbiii..... Lepas tu aku kekedai sebelah beli kacang walnut dari Tong Garden ( popular sampai ke sini sapa nak sangka kan...) dan lemon cup cake untuk aku nak gonyeh gonyeh waktu di bilik masa dok berintenet. Kacang tu dalam 45 ribu manat kira RM10 dan cake tu 25 ribu manat iaitu dalam RM5. So malam tadi tk sempat lagi nak makan lagi so malam ni kot baru nak godam. Kacang tu dah habis sebab dok godam dengan Pokku masa dia mai ke bilik aku.

Wednesday, September 10, 2008

Merindui Hujan

Semalam tanpa di sangka sangka hujan turun dengan lebatnya. Langit begitu gelap sekali. Normally kalau awan mendung dan gelap hujan renyai sahaja yang turun. Taburan hujan di sini amatlah sedikit sebab kawasan sini adalah kering. Apabila hujan turun dengan lebat aku terasa begitu lega dan gembira. Sebenarnya aku amat merindui hujan. Aku merindui hujan yang lebat dan bagi aku hujan mentafsirkan kedamaian. Dan aku enjoy melakukan kerja di waktu hujan .
.
Tengahari tu aku pulang kebilik. Bila lihat awan aku tak sangka hujan akan turun. Bulan puasa aku ambil kesempatan untuk rehat sebentar di dalam bilik. Sementara menunggu waktu zohor lebih kurang jam 1.20 hujan turun dengan lebat sekali. Aku rasakan hujan bagikan menari nari di atas bumbung dan alunan bunyi tarian amat mengasyikan. Aku merindui gemersik irama hujan yang lebat ini.
.
Dua minggu lepas apabila aku talipon ibu dan isteri aku di kampung mereka beritahu bahawa hujan turun dengan lebat sekali. Terus aku terasa nikmatnya dapat hadir bersama dengan hujan.
.
Menurut cerita orang di sini, Caspean Sea ini terbentuk dari banjir besar yang melanda negara ini atas doa Nabi Noh. Malah sebahagian dari mereka claim that mereka berketurunan Nabi Noh Ada kemungkinan besar dapat di percayai sebab kalau saudara semua datang ke sini jangn terperanjat apabila dapat melihat kulit kerang di merata tempat di darat.
Salam Perantauan Aidil Fitri

Aku nak lapurkan berita ini seawal mungkin tapi sebab internet kat bilik problem aku terpaksa tangguhkan untuk menulis hari ini. Sebenarnya gambar di atas telah di ambil pada dua hari yang lepas. Zamri lah yang arrange kan untuk aturcara gambar bergambar ni. Dia email pada semua warga Malaysia untuk sessi bergambar sebab nak hantar pada media Malaysia untuk siarkan dalam ruang ' Salam Aidil Fitri dari Perantau'. Kalau nak tau mana satu Zamri tu lihat lah dalam gambar row no2 paling kiri. So kalau ada naka anak dara mana yang berkenan dan ada hati nak berkenalan dengan zamri boleh lah hantarkan komen anda di sini dan saya akan jadi orang perantaraan. Kat sini orang tak panggil dia Zamri tapi panggil Jack....tapi kalau dua kali pandang saling tak tumpah bagaikan 'Zombie'...hhehehehe...hang jangan marah no...kalau hang marah bertambah henseng.
.
Tapi yang aku kesian dan khalat adalah pada nasib si Bob. Elok orang dah selesai barulah dia sampai. Belinangan air mata dia jatuh bercucuran. nak buat macam mana dah nasib ko selalu malang. Bila Rusdi nengok Bob terus Rusdi kata mujur la Bob lewat datang kalau tidak tak cukup ruang nak masuk dalam gambar.....Hhhmmmmm. Dei Rusli apa lah hang ni...mentang mentang hang dah ada gigi baru yang bersinar sinar tu hang x syen no. Untuk Bob aku nasihatkan banyak banyak lah bersabar di bulan yang mulia ini. Aku nampka ko pun dah makin ramping macam biola. Depa kata apa kat hang nanti posa depa dapat kat hang. hang dah nak balik raya beberapa hari aja lagi. bergembiralah hendaknya.
.
Aku nak huraikan nama satu persatu dalam tu aku pun tak larat nak tulis di sini. Tapi pada sesiapa yang nak berkenalan untuk di jadikan suami atau boy pren sila letakkan nama anda di dalam ruang komen ini. Untuk pengetahuan korang semua, walau pun tak henseng tapi depa ni kaya kaya. Kira macam jutawan segera felda la...hehehehe

Sunday, September 07, 2008

Nostalgia.... Nostalgia....
Hari ini satu hari aku tak kelur bilik. Lepak depan computer lepas tu lepak ats katil dan terus tidur. Tahu sajalah bulan puasa memang terjadi malas nak buat apa apa. Sekali sekala aku chat dengan member member yang ada di merata dunia. Masa chat dengan my friend yang tinggal satu kawasan kat Rawang yang berkerja di Libya, tetiba dia kata kawan kawan dia sedang asyik dok dengar lagu raya. Jadi, baru aku teringat yang aku pun ada juga lagu lagu raya dalam koleksi aku tu. Tambah lagi bila mendengar lagu P. Ramlee, Dendang Perantau. Pughhhhhhh....terus ingt kampung, mak aku yang tinggal sorang diri kat kampung and famili aku. So aku pun gather semua lagu lagu raya and terus bernostalgia seorang diri dalam bilik.
.
Insyaallah 18th September ni aku balik untuk cuti raya. Bila dah nak balik ni mulalah tak dak mood nak buat apa apa pun. Orang kata badan aje masih ada di sini tapi jiwa raga dah berterbangan dan melayang ke kampung halaman bersama kaum keluarga, isteri dan anak anak. Aku capai talipon, dan rasanya di sana dah dekat berbuka tetapi anak anak aku tak seorang pun pick up the phone. So aku call mak aku. Rupanya masih di dapur memasak walaupun untuk dirinya sahaja.
.
Baju raya anak anak pun belum beli lagi. Semuanya masih menunggu kepulangan aku untuk beli baju raya. Untuk Ubai dan Wan dah di beli seluar masa aku ke Istanbul bulan July yang lalu. Baju kurung untuk anak-anak dara aku dan wife sudah lama di tempah. Tapi rasanya mereka masih menanti aku pulang untuk di tmbah lagi pkaian raya mereka. Bila aku talipon Shhadah dan İkhlas sudah beritahu baju yang mana yang mereka mahu dn aku cuma iakan sahaja. Untuk aku tak perlu di hiraukan sebab sudah biasa dengan pakaian yang lama. Bila bila aku boleh beli. Tapi yang penting untuk anak anak. Bila melihat mereka gembira beraya aku pun turut terhibur.

Saturday, September 06, 2008

We Plan and God Decides
Satu hari tetiba aje ku terfikir untuk sms pada Man. Dah lama aku tak dengar berita dari dia and the last meeting was when dia overnight kat rumah aku masa dia ada di KL. he told me then that he will head tu States untuk kursus. So aku sms dia.
"Man sihat ke and kat mana sekarang"
Dalam beberpa saat aje dia terus jawap sms aku.
"Abang, Man dah ada di Canada"
aku pun balas kembali sms tu, "Man ada yahoo tak?"


Dia terus reply dan bagi yahoo ID kat aku and after few minutes terus kami chat and berbagai ceritalahyang kami bicara. Dari zaman kanak kanak sehinggalah zaman berkeluarga. And aku turut gembira dengan apa yang dia capai sekarang and aku doakan agar dia terus berjaya di dala melayari hidup yang penuh berliku.


Man dan aku banyak share pengalaman dan sejarah semasa zaman kanak kanak. Beza umur kami cuma 4 tahun. Selepas sahaja aku selesai SPM pada tahun 1982 aku terus berhijrah dari kampung ke Kuala Lumpur dan ke luar negara. pada masa ıtu aku dah lost track apa ang di lakukannya. Kalau nak jumpa pun pada masa ıtu adalah di hari raya sahaja. Itu pun masing masing sibuk dengan hal sendiri. Lastly aku dengar dia telah join komando dari TokWan dia setelh mendapat keputusan SPM yang tak memberangdangkan. keadaan aku yang berkeluarga menyebabkan aku semakin sibuk dan jarang jarang contact Man lagi.
Man anak yatim. Ibunya meninggal dunia semasa dia masih kecil dan kehidupannya banyak bersama dengan neneknya yang aku panggil Mak Piah dan tokwannya Pak Ad. Mereka menjaga dan membelai dia seperti menatng minyak yang penuh. maklumlah cucu kesayangan. Bapanya seorang anggota polis hutan dan mempunyai keluarga baru, jadi dia lebih selesa untuk bersama nenek dan tokwan nya. Aku ingat lagi apabila tiba bulan puasa tokwannya akan beli berbagai jenis mercun dan bunga api dengan banyaknya. Akulah yang menjadi teman setia melihat bunga api dan mercun tu. Nak buat macam mana sebab aku tak ada duit untuk main semua tu dan aku tak pernah di ajar oleh ayah aku utnuk membeli benda benda tu. Ayah aku kata semua tu membazir. Sekarang pun aku tak pernah beli apa apa bunga api pada anak anak aku sebab aku bilang benda yang sama pada anak anak iaitu membazir.
Mak Piah neneknya memang seorang yang creative. Aku memang tabik dengan kepakaran dia terutama dalam mengubah dan membuat hantaran perkahwinan. Malangnya anak anak tak seorang pun ikut berbakat. Aku ingat lagi yang masa nenek dia sedang menumbuk sambal, man terus pegi kencing dalam lesung batu. Masa tu Man masih kecil lagi. Kalau Man baca, senyum aje lah no...jangan marah terbuka rahsia skit.
Lepas SPM aku buka kelas tuition mengajar mathematik. Pada waktu itu kalau pelajar gagal matematik semasa periksa SRP makan tidak boleh naik ke tingkatan empat. Man salah satu anak murid aku. Jenuh aku dok mengajar bebudak ni sampai termengah mengah aku di buatnya. Harapan dan hasrat mereka adalah untuk lulus aje dlm periksa mog2 boleh naik tingkatan empat. Adalah aku ajar mereka dalam 6 bulan. masa tu murah aje aku charge. Hanya sepuluh ringgit satu kepala.
Masa arwah tokwan dan nenek dia masih hidup, apabila balik kampung selalu aku akan ziarah mereka dan tak ketinggalan aku tanya kan khabar Man. Dari mereka lah aku dapat berita yang dia masuk komando. Pada masa perang Bosnia dia telah kesana untuk berkidmat di bawah UN. Nasib dia sangat bagus dalam masa bekerja dia usaha untuk dapat kan degree dan master dan sehinggalah dia telah berada di Kingston, Canada sekarang.
.
Bila kenng kembali waktu sialam dan zaman kanak kanak aku menjadi rindu dan semakin rindu. Aku miss waktu waktu silam yang sangat berharga. Sekali sekal aku ceritakan kisah hidup aku kepada anak anak aku dan aku kenalkan semua rakan sepermainan semasa kecil kepada nak anak aku.
Untuk Man, jagalah diri baik baik dan sentiasa lah jaga iman dan amal walau di mana Man berada. Abang akan balik raya ni dan abang rasa abang akan ziarah mana termanpu kubur nenek dan tokwan man dan juga bang man semoga mereka berada bersama dengan orang orang yang soleh.


Apa Dah Jadi


Dua hari lepas lepas sahur dan subuh aku cuba tidur. Entah macamana susah betoi nak pejm mata. Aku guling ke kirai dan kanan tak juga mata nak lelap. Aku dah naik boring. Tetiba telipon aku berdering. Nak jawap ke tidak sebab aku dok fighting hard untuk dapatkan tidor aku blik. Ni mesti anak aku si İkhlas atau Shahadah yang talipon tak kira waktu. Finally aku jawap juga. Rupnya wife aku yang talipon. Mesti ada something yg urgent yg dia nak habaq kat aku. Selalunya wife aku jarang talipon sebab aku yg setia menalipon mereka.
.
"Assalamualaikum, ha ada apa."
"Tak ada apa saja aje nak talipon", wife aku bagitau
"Mmmmm...ok ingatkan ada something urgent ke apa ke."
"Tak ada apa pun tapi nak habaq satu benda." Wife aku balas.
" Safwan pitam kot dalam toilet and sink serta toilet bowl habis semua pecah." Wife aku jawap. Nadanya tak lah panik ke apa dan nak ketawa pun ada.
Aku jadi rasa pelik dan ajaip macam mana boleh jadi macam ni. Wife aku beritahu bahawa Safwan tak ingat apa apa pun masa peristiwa itu berlaku. Katanya yang dia ingat dia kencing and tetiba the whole thnig happen dan sedar sedar badan dia basah di simbah air dari ppaip yang telah pecah.
"Sekarag dia macamana ok ke tidak?"
Aku panic ada dan nak ketawa pun ada. Tetiba aku dengan wife aku sama sama ketawa sebab kami dapat rumuskan yang sebenarnya dia mengigau kot masa ke toilet. Mungkin dia panjatnya sink tu dan terus reban timpa toilet bowl dah terus semuanya berderai.
Besok tu wife aku terus ke hard ware shop untuk beli toilet bowl dan sink baru. Bukan murah pun mahu juga dekat RM500.
Besok tu aku talipon Safwan dan tanya kan incident semlam dah dia kata dia tak ingat apa apa yang berlaku. Tapi kepala dia masih sakit tapi tak pening. Aku rasa mungkin impact yang dia alami pada lanti toilet masa dia terjatuh. Aku tanya lagi mungkin dia mengigau. Dia tak mengaku. Tapi aku tahu sangat anak aku ni. Selalu mengigau dan bercakap macam macam sampai aku ketawa bila dengar. Tapi bila habaq dekat dia sampai mati pun dia tak akan mengaku yang dia selalu mengigau.
Apap apa pun aku harap semuanya ok. Untuk Safwan jagalah diri baik baik dan periksa pun dah dekat. harap Wan akan usaha lebih gigih untuk masa terakhirni. Ba dan Umi akan terus doakan kejayaan Wan. Raya nanti nampaknya tak boleh lama balik ke kampung lah sebab Wan akan periksa selepas raya tu. Dan Ba pun kena pastikan Ba dapat membantu Wan untuk persiapan terakhir semasa Ba balik nanti.

Monday, September 01, 2008

Keeping Faith - Jodi Picoult
Sekarang kalau aku anak ambil gambar yang aku baca, nampakya Lia la yang akan menjadi modelnya. Anyway aku baru abis baca buku ni. Cerita dia ok jugak sampai aku rasa macam termenga mengah nak habiskan buku ni. Maklumlah dah la tulisan kecil kecil dan mukasurat tebal, dekt sebulan aku nak abiskan baca. Jodi Picoult suka cerita tentang conflict kanak kanak seperti yang aku baca dulu. Them di olah dengan court case between two parties or parents to resolve te issue suc as divorce. Sesiapa nak baca aku recommend juga tapi buku ni banyak cerita tentang the believe of te christian and jewish communities. Buat masa ini aku rasa rehat sebentar untuk terus baca buku buku yang masi tersusun rapi in my cabinet. Bulan puasa ni elokla aku banyakkan membaca AlQuran and hopefully by te end of Ramadan aku dapat katam seluru Al Quran, insyaallah.

31st August, Merdeka Day

Semalam kami sambut merdeka day dengan bersantai di tepi pandai. Walau tak dapat sambut di Malaysia tapi sambut di pantai Caspean kira happening jugak la. Apa ıtu merdeka???* Adakah kita benar benar merdeka?? Merdeka ni maksudnya bebs dari segala galanya. Negara merdeka adalah megara yang bebas dari segala bentuk rasuah, ketidakadilan, free speech untuk meluahkan perasaan dan sebagainya. Kalau di kaji semua itu kita belum lagi merdeka secara mutlak. Fikiran dan perasaan belum benar benar merdeka. Oklah inilah sedikit mukadimah nanti lah cerita lain. Tapi sekarng aku nak cerita sambutan kemerdekaan kami di laut Caspean.

Akhirnya kami warga camp telah bersetuju adakan riadah di pantai Caspean untuk sambut kemerdekaan. So kami dah bagi tahu chef yang kami nak buat BBQ kat pantai untuk dinner. Waktu summer maghrib pukul 8.00 mlm jadi kami berpakat untuk bertolak ke pantai pada pukul 6.00 ptg setelah selesai solat asar. Pantai bukan nya jauh mana pun. Terletak sebelah wharf aje. Tapi sapa sapa nak dive atau terjun bolehlah mandi dekat wharf. Dalam keadaan cuaca panas begini keinginan untuk mandi memang tak tertahan lagi
Pantai tak berapa cantik sebab banyak siliputi oleh shells tapi tak adalah sampah sarap. Orang kata Caspean sea ni adalah saki baki daripada banjir Nabi Noh. Aku pun rasa begitu juga sebab terdapat kulit kerang dan sibuk dgn banyak di sana sini hatta a layer og them bila kita buat excavation. Anyway airnya memang jerneh dan bersih tambahan pula dasar lautnya yang tak berkeladak langsung. Haji Dzul kita org pertama yang tak lepas peluang untuk mandi siap seksi meksi lagi...auwww....auww....
Ada jugak yang tak nak mandi atas sebab apa pun aku tk tau. mungkin mereka tk tahu berenang dan takut air kot. Dalam ramai ramai aku dok mencari Bob dan Salsabri. Dimanakah mereka ya??? Aku tanya Rusdi dimanakah mereka itu. Sambil ketawa Rusdi bilang Bob tak di izin datang sebab takut laut Caspean kering mana kala si Salsabri pulak tak daang takut tertidur dalam air. Oooooo barulah aku faham. Tapi aku ingatkan Rusdi bahawa jangan cakap banyak sangat dalam laut ni takut gigi putih melepk yang baru di tempah tu terjatuh dalam laut. kan haru jadinya.
Macam biasa orang paling kuat bab masak memasak adalah Hamdan. Kembar dia yang tak seiras adalah si Puad. Depa ni memang cerewet bab makan. bagus jugak la sekurang kurang nya kami dapat sama sama menumpang dengan penat lelah depa untuk siapkan ayam dan kambing panggang untuk kami. Aku bab bab masak ni memang dah nak pencen lagi pun aku kurang makan sekarang ni.
Cubalah nengok bebudak ni dok tersadi di pantai. Seronok kalau kita pasang lagu Dipasiran pantai dendangan lagu oleh arwah Sudirman dan Anita Sarawak. Romantik rasanya. Tapi kalau dengan beudak ni nak romantik apa lagi???* Semua dah jadi bapak budak dan bujang terlajak. Cuba lihat depa semua...... itulah wajah wajah yang nak melepaskan stress dan enjoy skit. Lagi pun lusa dah bulan puasa dah tak boleh nak mandi manda macam ni lagi. Bila tiba musim autumn dan winter dah tak ada peluang lagi nak bersantai macam ni. Masa tu ombak pun semakin menghempas dan meninggi. Bahaya tu.....
Itulah pak Zamri yang sedang posing bersama aku. Tu gambar sebelum terjun ke laut. Zamri niat tinggi tu...sekarang dia idamkan nombor 3 tapi belum kesampaian lagi....dalam makna nombor 3 tu.... Dia kata dia ada ilmu ilmu untuk menjadi lelaki waja dan satria..... Sapa nak tau ilmu dia tu elok sangat lah bermunajat kat bilik dia. Rusdi apa lagi pegi la...kan ko pun suka bermain dengan nombor nombor...

Cuba lhat wajah wajah ceria tu... Isteri isteri di sana dan girl friend2 di Malaysia janga risau pada abang abang kalian. mereka semuanya sihat dan ceria. Wow che Puad kita pun tak ketinggalan menonjolkan 'wade' nya. Tak Puad, hari ni ko mandi puas puas dan tak perlu risau nak masak masak lagi.
Aku pun tumpang semangkuk untuk bergambar. kalau korang nak tau laut caspean ni tak la masin sgt seperti laut yang lain. mandi pun badan tak melekit. Cuma pantai di sini tak ada sebatang pohon pon. memang tak ada tempat berteduh langsung.
Wow pak Amir pun nak tunjuk donut juga ya. nanti isteri lihat di marahi lagi...terus gak mahu beli telekong yang saya kirimkan dahulu. Sampainya hati. Pak Amir ni rajin berpuasa setiap İanin dan Khamis. Dulu dia selalu bermain table tennis sama saya tetapi sejak kebelakangan ini dia asyik sakit mulut aja makanya saya mencari patner lain untuk bermain bersama saya.
.
Begitu lah serba sedikit coretan untuk hari merdeka yang paling santai.