GREECE : The First Ambitious Day
.
.
Pada 5hb Julai aku pegi Greece dgn Rosmin. Macam biasa kami bertolak terus dari Dubai. perjalanan amik masa selama 4 jam. Flight memang penuh tak terkata. Sampai Athens dah dapat kejutan sebab orang makin ramai tapi kaunter imigrasi ada 3 kaunter. Pas tu tak ada barisan. Macam ulaq kena palu. Naik tension di buat nye. Alhamdulillah tak banyak songel officer tu tak tanya apa-apa. Tak macam kat Franfurt....tanya macam macam sampai penat nak jawap. Tanya dok manalah apalah.... Clear saja bagage kami terus amik teksi. Driver dia nama George...seorang duda. Macam yang aku imagine..bangunan banyak warna putih. Athens terletak di antara dua bukit. Masa tu cuaca very nice and nyaman about 23 degree. Kami terus di bawa ke Neos Olympos Hotel. Kena bayo 28 Euro and perjalanan selama 40 minits. Jauh gak tuh.
Sampai sja kat hotel terus sembahyang and semangat berkobar kobar nak jalan jalan.

Ini George teksi driver kita orang.....very nice person...macam macam soalan yang di jawap

Mujurlah ada metro agak 200m from our hotel. Nak kata mahal tak jugak. Satu trip dlm 80 cents aje. So kita pon gilah jalan jalan ke Syntagma sebab nak cari T-shirt hardrock cafe. Main belasah aje and info from internet. mesti berani kalu travel cam ni.Tak apa dah biasa dah.


Ni route to other places masa naik metro. Dia ada dua bahasa, greek and roman. Kalu nengok pada greek tu teringat masa belajar sains dan maths...semua simbol kuar. kelakar plak rasa.


Bila sampai Syntagma Square terkezut jugak sebab nampak banyak patung lembu. Tanya juga org local apa significantnye lembu2 kayu yg warna warni nih. Depa kata hiasan aje untuk bebudak. Tapi dekat sinilah mat bangla and pak hitam jual barang2 cetak rompak. Depan skit jalan nih ada shopping street barang yg branded2. Lupa nak habaq plak tulah baju traditional greek pakai skirt.

Tu dia Greek iced coffee memang sedap. Tempat lain rasa tak macam ni. nampak pon dah terliok. Segelas 3Euro....mau dekat 15 ringgit mesia. Tapi tak apalah sekali sekala. Rupanya sekali pekena nak lagi macm ketagih. Kopi ni di sajikan dengan iced water sebab dia ada rasa kelat dan pahit skit.
Tu dia Rosmin nak senyum tak senyum....atau tak terkata apa apa bila menguk kopi tuh. Nak tau dia ni anak teruna lagi. Paling kaya kat Banting. Masih single lagi...sapalah bertuah untuk memilki mamat nih.

Ni Syntagma Square....ramai turis and orang lepak lepak. Di sini pokok zaiton leh di dapti di mana mana dan pokok zaiton dah menjadi sebahagian dari hidup orang greek. Malah terdapat juga pokok pokok citrus di jadikan pokok pokok hiasan dan landscape. Tapi kalu kat mesia cuba kita bayang kan kita letak pokok durian atau rambutan atau manggis sebagai pokok landskap, sure bila musim buah yg pasti batang aje tinggal. Bukan nak kutuk tapi itulah hakikat orang mesia barang free berebut rebut.

Comments

Popular posts from this blog