Posts

Showing posts from August, 2014

Bercanda Ditepian Pantai...

Image
Wah....memang releks aku dan anak anak dara aku melepak di sini. Sudah lama niat untuk bawa mereka ke pulau, baru hari ni terlaksana hajat di hati. Safwan masih lepak di bilik. Dia kata dia nak tido. Begitulah Safwan bila bercuti....pantai yang putih dan bersih memang sesuci kapas. Since coincide dengan cuti merdeka, nampaknya ramai juga pelancung dalam dan luar negara. Malam niingat nk duduk tepi pantai cari ilham. Hopefully tak hujan berpanjangan. Waktu aku menulis ni masih lagi hujan dan orang masih sibuk mandi di laut. Ajak dia orang pergi snokling tapi depa takut...hhmmmm...... Macamana nak jadi anak bapak....

Bertemu Kembali....

Image
Sejak balik dari UK 27 years ago, aku tak pernah jumpa my friend Shukri. Aku tahu dia berkerja di JPS tapi tak berkesempatan untuk berjumpa. Nak kata sibuk sangat tak ada lah. Tapi masa tak mengizinkan. Aku pernah buat project JPS tapi tak juga pernah bertemu. Mungkin masa tu dia di branch lain. Aku dapat call dari Che Mat bahawa Shukri menjemput ke kenduri kahwin anaknya. Aku masih berkira kira utk pergi atau tidak sebab masa aku terlalu terhad. Kalau pergi bagus juga untuk meraikan dia dan keluarga. Finally aku decided untuk pergi bersama sama dengan anak anak aku. Sampi aje di sana wajah Shukri tersenyum indah memeluk dan meraikan kedatangan aku. Apa lagi.....pakat ambil gambar la.....

Sesi Photography

Image
Nak ambil gambar ramai ramai di waktu raya memang tak sempat. Bukan apa....sebab bilangan tak cukup. Semua keluar pergi beraya. Jadi waktu yang sesuai adalah selepas raya. Seronok ambil gambar ramai ramai dengan anak anak.... Tahun ni yang lelaki tak ada baju raya baru. Pakai 6ang tahun lepas sudah lah. Lagi pun semuanya masih cantik....

Raya Lagi.....

Image
Semalm Tuan Haji Pozi jemput datang ke rumah untuk jamuan hari raya. Macam biasa, hari raya di sini melerek sampai sebulan syawal. Kebetulan juga Haji sudah selesai puasa enam. Hidangan ini pun untuk dia meraikan tamatnya puasa enam. Aku? Entahlah bila nak bereskan puasa enam. Start pun tak lagi. Nampak macam nak kecundang je. Raya di sini memang best sebab sudah menjadi kewajipan setiap rumah akan menghidangkan kek lapis sarawak. Berbagai bentu lapis, warna dan rasa. Raya baru ni, tak sempat pulak aku nak beli....

Mengidam Pasembur Di Hari Raya

Image
Pada raya ke2 aku dok lepak di rumah my mother. Tak tak mana nak raya. Fikir punya fikir lastly aku ajak anak2 aku and nephews ke Penang cari pasembur. Dah lama tak makan, tu yang rasa kempunan. Rasa dan bau tu seakan akan bertiup ke arah utara. Apa lagi terus aku ajak dia orang ke Penang. Macam biasa sepanjang perjalanan kenderaan memang banyak and jem. Jarak umah my mother dekat je. Kalu waktu biasa hanya sejam saja dah sampai. Aku terus menuju ke arah Padang Kota. Kami maduk ke Padang Kota Baru dahulu sambil singgah di Paragon dan Gurney Mall. Tak ada hajat apa pun untuk shopping tetapi Ikhlas beli scrabble untuk bermain dengan abang kakak dia. Rupanya tak ada specific kedai yang buka di sini. Semua tutup sempena Hari Raya untuk menikmati pasembur. Kami terus menju ke Padang Kota Lama dan ternyata ramai orang di situ. Terus kami cari tempat duduk dan buat oder. Bila bill datang, mak datuk mahalnye.....macam tak percaya saja...

Physiotherapy......

Image
Sudah dekat 2 minggu usia surgery Ubai. Nampak ada improvement and bengkak bengkak dah mula hilang. Next amonday ada appointment dengan Dr Hisham untuk buang stitches tu dan yang lainya adalah physiotherapy untuk membaik pulih pergerakan lutut dan kaki. Semalam Dr kata elok buat di hospital gomen je sebab lebih murah. Di hospital KPJ, physiotherapy saja mahu rm200. Pada hal buat gitu gitu je. Memang tak berbaloi. Bila mengenangkan bill yang sudah di bayo memang unsangkarable nilainya. Bila di fikirkan balik ruginya tak ambil medical insuran sedari awal. Tak apalah.....duit kita yang banyak tak semestinya kita yang punya. Hakikatnya semua Allah punya....