Mengidam Pasembur Di Hari Raya

Pada raya ke2 aku dok lepak di rumah my mother. Tak tak mana nak raya. Fikir punya fikir lastly aku ajak anak2 aku and nephews ke Penang cari pasembur. Dah lama tak makan, tu yang rasa kempunan. Rasa dan bau tu seakan akan bertiup ke arah utara. Apa lagi terus aku ajak dia orang ke Penang.

Macam biasa sepanjang perjalanan kenderaan memang banyak and jem. Jarak umah my mother dekat je. Kalu waktu biasa hanya sejam saja dah sampai. Aku terus menuju ke arah Padang Kota. Kami maduk ke Padang Kota Baru dahulu sambil singgah di Paragon dan Gurney Mall. Tak ada hajat apa pun untuk shopping tetapi Ikhlas beli scrabble untuk bermain dengan abang kakak dia.

Rupanya tak ada specific kedai yang buka di sini. Semua tutup sempena Hari Raya untuk menikmati pasembur. Kami terus menju ke Padang Kota Lama dan ternyata ramai orang di situ. Terus kami cari tempat duduk dan buat oder. Bila bill datang, mak datuk mahalnye.....macam tak percaya saja...

Comments

Popular posts from this blog