Apa Yang Anda Boleh Dapat di Sini
Inilah rupa bas penumpang di sini. Kalau tak silap aku model macam zaman sebelum perang dunia pertama atau kedua. Tapi ada juga yang macam model masa zaman Nazi. Rasa teringin juga nak naik. Aku pun lama dah tak naik bas.
.
Berbagai bagai jenis coklat boleh di dapati di sin. kebanyakannya Russian made. Sedap beranika rasa. Tapi tersangatlah manis. Harga murah aje kalau di bandingkan di Malaysia. Lebih kurang RM10 aje sekilo. Boleh campur campur mana yang suka. Aku beli adalah dalam 5 klo untuk anak anak aku..
.
Kristal pun ada di jual di sini. Tapi bukan local made. Kristal ini dari Czech Rep. Aku tak adalah beli sebab masa aku pegi Czech Rep pun aku tak beli. Aku kurang berminat sangat dgn barang kristal ni sebab taste datin lah tu. Tapi kalu orang bagi free ok lah aku amik.
.
Aku beli day light curtain kat sini siap dengan lace kat tengah and bawah. memang cantik. Aku dah pasang kat guest lounge kat umah aku. Aku ada pegi check dekat Metro Jaya, untuk panel sliding door 8 kaki lebar pon dah dekat RM1200. Kat sini murah aje. Bolehlah beli banyak banyak jual di malaysia. Sebab duit dia banyak sangat nak bilang, so aku terus beri gumpalan duit kat minah ni untuk mengira. Tak sanggup rasa nak kira terkial-kial.

Tu Malik dok bergaya dengan traditional winter coat dia orang. macam maulana lagaknya. Tapi Malik nampak sangat hang ketot kalu di ukur dgn budak tuh.
.
.
Coat yang tersidai di sini di perbuat dari bulu kambing dan kulit binatang. Aku tak tanya harga nya pulak sebab tak berkenan. lagi pun aku rasa tak sesuai nak bawa balik takut berbau.
.
.
Ni Aziz. Sekali pandang nampak macam David Arumugam. Dia dok genggam tangan nak nyanyi lagu Sampaikan lah Salam Cintaku. Aku tak pasti nama apa topi ni tapi ia di perbuat dari bulu biri biri. Aku beli satu yang harganya cuma USD10 sahaja. Aku tunjuk kat anak anak aku semua pakat ketawa. Tapi bila sampai Malaysia ada berbau la.
.
.
Ini dia topi topi tersebut yang berbagai warna dan stail. Ada yang hahal dan ada yang murah.
Kalau you all semua nak tau inilah kaviar telur ikan yang mahal tu. Orang kata kaya dengan Omega 3 and awit muda. Tak tau plak aku. Sebekas di jual RM50 ringgit. kecil aje. Tak boleh di bawa keluar dari sini sebab kena denda. Kalau kena denda siap la bape yang nak kena bayar. Tapi yang warna oren tu lagi mahal. Aku tak beli lah cuma nengok aje.
.
Tu dia....... inilah local cake. cantik, menarik dan murah. Sebiji lebih kurang 20 ringgit saja. Besar tuh. Aku rasa orang russia panggil pavlova kalau tak silap. Aku memang teringin sangat nak merasa tapi apa kan daya suspicious skit halal haram nye.
.
.
Budak ni menjuah buah kering dan kacang. memang murah. ada apricot, kurma, fig, prune, raisin, sultana dan banyak lagi. Memang terliur. Aku belilah skit. Buat lunch pun dah memadai. Terdapat juga almond, pistachio, kacang putih dan banyak lagi. Semua murah murah. Berebut rebut dia orang paggil kita untuk membeli. hehehehe bila lagi nak pau orang Malaysia yang banyak duit nih.
.
.
Tu kapet made of silk. memang cantik. Dia bertukar corak dan warna apabila di bias oleh cahaya. Tak lah mahal sangat dari Malaysia. Kira murah banyak. local made. Tapi kalau nak beli kena beli yang ada cert. kalau tak kira cam illegal. nak bawa balik tak semudah yang di sangka sebab kapet ni controlled item. kalau bawa balik jugak memang kena pau yang terhebat di airport. Aku pernah ke kedai kat hotel yang aku duduk tuh, sales girl tu kata boleh ship sampai umah. Dia siap tunjuk p.o kat aku lagi. Dia dah ship sampi france, US and banyak tempat lagi lah. TApi aku tak minat sangat kapet2 ni sebab masa kat istanbul dulu pun aku tak beli. Baik beli kat mesia aje. Nak guna pun kat tapak kaki aje kan buat apalah beli yang mahal mahal.
.
Cuba tengok krim cheese dia...wowo...yummy...yummy. Aku calit skit rasa memang sedap. Aku dok imagine sedap nye kalau buat cream chese cake.....
.
Inilah topi traditional russian yang orang suka pakai tuh. Tapi bukan murah...mahal tau. Depend bulu apa di perbuat. Ini harga lebih kurang USD100 minimum sebab di perbuat dari bulu mink. memang cantik dan lembut. Aku tak belilah sebab mahal sangat and bukan nak pakai pon. Tapi kalau pakai bawa gi masjid sure glamor no..

Comments