Gambar aku di Turkmenbashi, Turkmenistan
.
My Week End Time Table

.

Aku rasa time table aku untuk week end aku terpaksa reschedule balik. Semua gara gara wife aku tak sihat. Aku tak tau bila dia akan kembali sihat dari morning sick tu. Walau apa pun aku lihat dia masih kuat buat kerja. Kesian gak rasa macam bersalah aje. Tapi macam biasa lah aku tak pandai sangat nak 'manja-manja' sebab aku tau apa nak buat and i have my own reason.

.

Tapi aku akan buat apa yang aku termampu untuk ringan tugas dia.
Lepas subuh kalau tak sempat aku beli roti canai atau nasi lemak kat anak anak. Aku memang pantang tido selepas subuh. Rasa buang masa. Apatah lagi bangun selewat mungkin. orang kata bangun awal rezeki murah. Betoi agaknya. Sejak ada tread roti canai kat dcck ni aku rasa eloklah aku masak sendiri untuk breakfast. Mungkin lepas siap breakfast barulah aku mula exercise dgn tread mail aku. It takes about 20 to 30 minutes to achieve my 250 kalories burn out.

.
Masa tulah aku akan terjerit jerit suruh semua anak anak aku mandi dan kemas bilik selepas habis breakfast. Safwan mesti orang yang paling akhir siap untuk belajar.
Selalu aku beritahu anak anak aku by 9.00 everybody must ready to study. Sementara tunggu pukul 9.00 masa tulah aku ambil kesempatan untuk membelek pokok-pokok yang aku semai dan memberi ikan flower horn aku makan. Sekarang ada anak angkat baru pulak nama Chai Yun untuk di belek. Chai Yun ni anak burung murai yang aku beli dekat pet shop last two weeks. Hadi rajin beri makan burung nih.

.
Lepas mandi dan dah bersiap handsome dgn jeans aku, aku pun mula ajar anak aku Ubai dan Safwan mathematiks. Agak 1 jam aku habis masa dengan depa. Sementara tuh aku suruh Balqis siap latihan yang aku kasi sebab dia nak ambil UPSR bulan sembilan ni. Kadang aku kesian anak aku Shamim and Hadi sebab kadang tu terlepas pandang. Umi dia lah handle. English class tak start lagi sebab aku nak kena program betoi betoi.

.
Untuk menghargai masa dlm masa yang sama sementara anak anak buat latihan, masa itulah aku akan buat stitching aku. Memang ini favourit hoby aku. Ada sarung bantal yang belum di jahit dan sarung kusyen yang masih belum di jahit. Udah lama aku tak buka mesin jahit. Aku ada 5 mesin jahit di rumah. Jangan terkejut. Sebenarnya ada cerita di sebalik tu.

.
Selalu lebih kurang pukul 11.30 baru aku akan ke dapur untuk masak. Aku biarkan saja wife aku melayan Ikhlas and Syahadah kat atas. Kalau tak di beri perhatian pada mereka berdua, mereka akan buat bising di bawah. Aku letak TV kat living hall atas supaya gangguan kurang.
Masa masak selalunya aku terus kemas sebab tak sanggup lihat barang bersepah sebab last-last jadi malas. Sesekali jengok juga di kolam teratai depan samada ikan guppy aku dah makan atau belum. Ada kolam yang aku letak fighting fish berpasangan supaya mereka dapat membiak.

.
Selepas zohor dlm pukul 2.30 -3.00 kembali menyemak kerja anak anak aku dan masa tulah aku explain mana yang betul dan mana yang silap. Dan aku akan beri latihan seterusnya. Aku sebenarnya tak suka pressure budak budak untuk belajar tapi kadang kadang keadaan akan memaksa. Selalunya mereka akan belajar semula selepas menonton cerita Chiquititas. Aku tak tau cite apa tapi rasakan cuma cerita kanak kanak.

.
Kalau rajin waktu petang macam ni aku selalu ajak wife aku buat biskut atau kek. Tapi kalau tidak pun aku akan sambung kerja kerja menjahit aku. Lepas asar kalau rajin aku akan exercise lagi atau belek taman aku yang sekangkang kere. Pasai pokok ni dah banyak aku habis duit di Sungai Buluh. Inilah minat aku. Mujurlah wife aku membantu untuk siram dan membaja. Kalau tidak pasu penuh rumput tau tinggl pasu saja.

.
Petang about pukul 6.00 aku akan ajak anak2 aku ronda ronda. Ubai dengan Safwan selalunya pergi main bola. Tapi yang lain tu suka menonton TV atau bermain di hadapan rumah. Balqis pon dah semakin anak dara jadi dia dah kurang keluar rumah. Asyik nengok TV cite Indon. Kadang masa macam nilah aku selalu berbual dengan isteri aku. Macam mcam perkara yang akan aku bincangkan.

.
Sekarang lepas maghrib aku cubalah masak mana yang termampu selagi wife aku tak sihat sebab lepas insyak macam biasa mejengah anak anak aku bekajar sampai pukul sepuluh. Selalu aku tidur dekat pukul 12 malam. Kadang tak ada masa nak rehat atau menonton TV. Cuma siaran sukan saja yang aku nengok. Esok dah nak bangun awal pergi kerja.

.
Kadang aku terasa jeles melihat setengah bapa yang releks saja dan kadang tak pernah angkat pot langsung. Aku bukan kata aku suami terbaik tapi aku cuba laksanakan tanggungjawap dan amanah terhadap keluarga aku. Lagi satu anak anak aku dah tahu apa perkataan popular aku tiap tiap hari...hehehe.

.

1. Gosok gigi tak hari ini

2. Dah sembahyang belum.

3.Dah baca buku ke...

.
Kalau mak aku datang umah dia pun hairan nengok aku. Minggu depan dia nak kena operate mata. Aku tak dapat balik masa operate tu sebab anak2 aku ada banyak sangat program sekolah tapi aku akan balik beberapa hari selepas tu. Tapi aku dah beritahu duit aku akan masukkan dalam akaun dia suapaya dia tak susah hati. Harap abang dan kakak aku akan uruskan semuanya.

.
Beginilah routine hidup aku almost tiap tiap hari. Letih memang letih tapi apa boleh buat. Aku tak nak nanti anak2 dan isteri aku tuntut sebab aku leka dan cuai dengan tanggungjawap aku sebagai seorang ayah.

Comments

Popular posts from this blog