A Gift For My Very Own Birthday


Lusa birthday aku yg ke 42. Dah tua rasanya. Tapi orang kata aku nampak muda. Tapi masa aku umur 20an orang kata aku nampak matured. Mana satu nih. Ada sekali secretary aku yg sebaya aku kat opis ni ingat aku baru early 30s. Kembang kejap aku ni.
So sempena nak meraikan birthday aku ni, lepas meeting kat KLCC tadi aku terus ke Isetan buat cermin mata. Ini semua gara gara member aku pagi tadi dok cerita pasai spec baru dia masa breakfast tadi. Tapi aku dah lama dok fikir nak buat spec baru, cuma nak cari masa dan design yang sesuai....of course sekarang nak juga cari yg branded skit...hehehe. So sampai aku kat ruang cermin mata ada offer. Apa lagi aku pun belek dan terus belek beberapa new design.
Cina jurujual tu pon ingat aku baru early 30s...kembang sekali lagi....Eleh mungkin dia saje aje nak jek aku suruh beli. So finally I decided to make it for two pairs because my daughter si Safia tu dah damaged kan aku punga glasses few weeks ago. Not one but two. The John Lennon one ...rounded was the one yang aku pakai masa main badminton and the frameless was the one that I use in the office.
Rupanya power mata aku dah makin naik. Memang aku dah terasa sekarang and the rabun dekat pun dah lama menghinggapi mata aku. Nak baca kena buang cermin mata. Tapi aku masih ada 3 pasang lagi cermin mata yang sedia ada. So im going to select one of those to be my reading glasses.
Aku pernah cuba pakai contact lenses but tak sesuai sebab masa cuba sekali tu rasa pedih mata. Siksa rasa nak pakai. itu belum lagi nak menjaganya. Pernah juga nak pakai yg color color tuh macam artis...hehehehehe. Ketawa anak anak aku bila aku testing. Biasalah bapa dia orang memang suka buat benda benda yang surprise. Bukan apa kadang bila nak pakai sunglasses susah sebab design limited untuk fit the power lenses.
Aku ingat esok bila aku collect aku akan wrap cantik cantik untuk hadiahkan pada diri aku sendiri. Aku suruh wife aku yang kasi dan bukakan untuk aku...hehehehe. barulah romantis, tapi pelikkan. Tapi aku dah tahu selalunya wife aku akan sediakan bithday surprise (cake) untuk aku. Tapi sekarang dia tak sihat tak tahulah.
Aku, anak dara aku si Nisa and Ubai sambut pada bulan yang sama. Nisa on the 6th and Ubai on the 20th and aku on the 15th. This Sunday we will celebrate our bithday together tapi kita khas kan untuk Nisa dan jemput kawan kawan dia datang.
Anyway aku tak kisah sangat pada birthday itu tapi aku doakan moga di panjang umur, di murah rezeki dan di jauhkan ujian yang aku tak mampu hadapi serta rumahtangga yang aman damai. Dan yang paling penting ialah kehidupan akhirat kami anak beranak terjaga.

Comments

Popular posts from this blog