HAPPY BIRTHDAY TO NISABALQIS
Now you are 12 years old. Im glad to see you grown up to be my beautiful princess. Sorry, on that day I forgot to give you a present but the most important thing is that you are always in my heart and I will always love you. I still remember, when you were about to be born into this world, I was so ancious to know whether you will be my first little girl or another boy. Thank god, it was a girl and the nurse said it to me. I was at Umi's side when she gave a birth. And will almost be beside her during her labour day and whenever she needs me.


Baju yang Kis pakai tu Ba yang beli kain di Jalan Tunku Abdul Rahman and ask Umi to tempah kat isteri abang Mat the. Sebelum majlis Umi dah siap letak manik dan labuci pada baju tersebut. Tapi dalam gambar ini tak kelihatan sebab di lindungi oleh tudung Kis. Walau apa pun ba harap Kis bahagia dan gembira dengan majlis yang kita adakan walaupun tak seberapa. Untuk kami sekeluarga, memang tumpang bergembira melayan kawan kawan Kis dan kalau tahun depan mungkin kita buat lagi atau Kis yang buat keputusan sendiri sebab Kis pun dah besar. Di bawah adalah gambar kenanga-kenangan untuk di tatapi oleh Kis dan rakan rakan. harap ia akan menjadi sebuah memory yang indah.

Kawan kawan sibuk mengambil makanan di atas meja. Ada dua biji kek di atas meja tu. Satu kek cokolat dan satu lemon cake. Wife pakcik Mat yang tolong hiasan kan kek kek tersebut. Nasi briani Umi yang masak. Tapi lauk masak merah daging dan masak lemak ayam nenas ba yang masak. Hehehehe...selama ni Kis tak tahu sangat bakat Ba memasak. Any way...enjoylah semua tu.
Pulun-pulun....jangan tak pulun....Ruang di bawah dah sempit jadi mereka lepaklah di sini sambil menjamu selera. jangan lupa baca bismillah no....

Hadi....kalau buat apa apa program di rumah memang dia lah yang paling excited. Birthday dia selalu tak sempat nak buat sebab selalu jatuh dalam bulan puasa. Tapi anak anak lelaki selalu tak kisah sangat dgn birthday party ni sebab depa malu dgn kawan kawan. Depa rasa macam tak macho.


Ini tiga gadis pingitan. malau malu kucing siam pulak bila aku nak ambil gambar mereka. mana tak ye sebab aku dok cakap nak ambil gambar menantu menantu pakcik...sure lah malu. Kebetulan aku ada 3 anak teruna yang sedang membesar..

Posing beramai ramai. Semuanya rakan sekelas dan rakan baik dia. Tak ramai yang di jemput. Adalah dalam 40 orang sahaja dan ada beberapa lagi rakan dia yang tak di jemput dan tak dapat hadir.

Tersipu sipu dia bila aku nak ambil gambar dia sebab yang pasti akan jadi gossip di sekolah nanti. Ni sahabat lelaki yang paling dia rapat. nama dia Ashraf. budak ni bijak. Aku selalu usik Kis adakah dia ni special atau biasa aje. Tiap kali aku tanya mesti dia menjeling dengan mata dia yang luas. Ba gurau aje. It is still a long way to go. Ba kalau setakat kawan biasa tak kisah tapi kalau nak cintan cintan mesti no way.

Penat aku nak melayan budak budak kecik tu. Aktif dan lasak. Sama naik dengan anak aku Ikhlas. yang baju hitam tu nama dia Ikhwan, tinggal di belakang rumah aku. baik orangnya. Bapa dia pun keje lebih kurang macam aku, selalu ke oversea. Dia datang dgn hadiah sebuah mug yang special. Amboi dah berjanji dengan Balqis ke hadiah apa nak kasi???

Daripada ramai ramai kawan lelaki dia, mereka berempat inilah yang datang. Aku tanya mengapa yang lain tak datang? Kis kata yang lain dia tak jemput sebab tak rapat dengan dia. Tapi aku tahu ada seorang lagi tak datang sebab aku rasa dia malu dengan aku sebab dia suka sangat kacau anak aku ni di sekolah. Tapi aku tak adalah nak marah marah sebab nama pun budak. Ada sekai aku tanya kawan dia, mengapa Kis tak suka budak ni? Kawan dia kata, budak tu suka sangat Kis dan selalu kacau kat sekolah tapi Kis tak suka dia. Tapi aku nasihat anak aku jemput juga dia datang sebab dia kan kawan.

Ni sessi bergambar beramai ramai di ruang tamu hadapan. Baik baik budak budak ni...Tapi perjalanan di hadapan semua kita tak ketahui. harap harap semuanya menjadi manusia yang berjaya dan berakhlak mulia.

Tak ketingalan member aku Che Mat pun datang dengan keluarga dia. Kalau selalu dia pakai pakaian sedondon satu keluarga tapi sekarang dah ubah tren kot. Wife dia yang tolong hias kek yang wife aku buat.

Ikhlas......gembira sungguh dia....boleh kata semua kawan abang abang dan kakak kakak dia, dia kenal. kadang kalau dari jauh bila aku bawa dia bersiar siar siap jerit lagi panggil nama mereka. Hari jadi dia lambat lagi. Bulan September. Mungkin dalam bulan puasa.

Sabo sabo-banyak tu makanan pakcik masak. jangan malu malu..........nak apa ambik...Inilah kata kata aku sambil dok melayan bebudak ni. Seronok melihat budak budak ni happy. Kita pon teringat juga zaman kanak kanak. Tapi tak adalah nak rai happy birthday macam ni sebab kita bukan nya dari keluarga yang kaya....hidup masa tu pun cukup cukup saja.





























Comments

Popular posts from this blog