Taman Rama-Rama, Teluk Bahang, Penang
.
Last Friday night aku balik kampung ke Kedah. Pertamanya untuk hantar mak mertua aku balik kampung dan keduanya untuk pergi makan kenduri menyambut kelahairan cucu saudara aku yang pertama. Anak anak lelaki aku yang the first three tak ikut serta. Mereka lebih selesa untuk duduk di rumah saja. Kami bertolak selepas asar. macam biasa kami singgah di kawasan rehat Tapah untuk membeli minuman dan keuh pau. Agak pukul 9.00 malam kami dah sampai di Gurun. Jadi aku ajak semua singgah ke rumah mak aku dulu lepas tu baru balik ke Sungai Limau. Besok pagi pagi kena bangun awal untuk bertolak ke Penang.
.
Pelan memang cantik nak bertlak pukul 8 pagi tapi selalunya lewat sejam. Bila anak dah ramai macam ni lah, tak pernah tepat waktu. Macam macam alasan. Selalunya senang aje aku buat. Aku siap cepat cepat terus masuk dalam kereta baru mereka semua gelabah siap.
.
Di sebab kan waktu masih awal kami terus ke Batu Feringi untuk cari DVD. Rupanya gerai tu hanya buka pada waktu malam. Apa lagi kami pun terus ke Teluk Bahang untuk melawat taman rama-rama. OK juga la sebab dah lama rasa nak pergi baru kali ini menjai. Taman rama rama yang terletak dekat taman orkid kuala lumpur pun kami belum pergi lagi. Ini kira yang dekat, apatah lagi yang jauh jauh.
.
Tiket untuk dewasa RM 10 dan kanak kanak RM 5. So aku bayar RM 26 ringgit aje guna pekej keluarga. Anak aku Ikhlas dan Syahadah tak kena bayaran sebab below 5 tahun. Rupanya taman ini taklah besar mana pun. Adalah japanese pond dengan ikan ikan cap dan galeri untuk cendera hati. Cendera hati tu macam macam seperti tshirt dan rama rama dan kumbang yang di awit. Ada juga terdapat beberapa akuarim yang menyimpan berbagi jenis kumbang dan katak yang exotic. Selama ini aku pun tak pernah tengok.
.
Di dalam taman terdapat berbagai jenis rama rama yang berbagai warna dan corak. Aku rasa adalah dalam 10 jenis sahaja. Taklah berbaloi sangat. Ada juga yang aku dah biasa tengok dan ada yang belum biasa tengok. Tapi aku rasa elok kalau di import species rama rama yang exotic untuk membuat suasana yang lebih menarik.
.
Ramai pelancung warga timur tengah datang ke tempat ini. Aku selalu berpesan pada isteri aku dan juga menjcari dia sebab semuanya berpakaian serba hitam. Mana lah tau tersilap memegang isteri aku jadi kecoh pulak. Tak pasal pasal jadi isu pulak.
.
Di sini aku sertakan beberapa gambar untuk di lihat bersama sama.

Ni anak aku Nisa dalam taman rama rama
Ni anak aku Syahadah, Ikhlas dan Syamim

Ni Syahadah. Dia pun dah pandai posing
Ni Syamim

Nama apa rama rama ni aku pun tak tahu. Kalau nak cari nama dia adalah dalam galeri tuh. Tapi aku ni bukannya rajin sangat nak belek nama nama tu.

Rama rama ni aku dah biasa sangat nengok kat kampung.

Yang ini cantik jugak tapi aku tak tau nama apa. Taruk saja nama mat Sentul ok tak????

kalau tak silap aku inilah rama rama yang famous bernama Jmes Brooke dok hinggap di atas bunga heliconia sexy pink.

Rama rama ini aku ada buat x stitch untuk sarung bantal. Tapi sampai sekarang sarung tu tak di jahit lagi. Tapi design xstitch dah lama siap. Nak kena cari masa untuk buat sarung bantal la.......insyallah lepas anak anak aku habis exam...

Ni pokok bernama Tiger Whiskers. Aku berkenan dengan pokok ni sebab bunga nya unit. nak kena pegi cari di Sungai Buluh.

Ini kumbang kumbang yang telah di awitkan. Bukan murah harganya. mahal sampai mencecah ratusan ringgit. Dulu member jepun aku cakap kalau yang ada tanduk tu harga sampai dekat RM 10.000 di Jepun. Macam tak percaya aje aku ni. Aku siap kata meh aku jadi pembekal untuk ko ...tak payah aku nak pening2 keje engineer lagi.

Ini kodok bertanduk. Asal dari mana entah. Tapi nampak memang cantik dan menarik.




Masa aku kecik kecik orang tua tua selalu kata kalau pegang rama rama selepas itu kena sapu kat kepala betoi ke. Sebab depa kata debu di sayap dia beracun. Aku sampai sekarang dok amal benda ni. Nak tak percaya dan percaya pun sama banyak. Anyway no harm kan kalau kita buat...hehehehe. Inilah selingkar kisah aku di taman rama rama.
.
Esok aku nak ke Shenzen, China bawa anak anak aku Ubai dan Safwan untuk jalan jalan sambik shopping. Orang kata apa...shopping until you dropp????

Comments

Anonymous said…
When I went there beberapa tahun dulu the butterfly banyak and hinggap kat kepala and tangan we all.Suria

Popular posts from this blog