
Kampung Ku ............. Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah . Sebenarnya ini adalah kampung isteri aku. Seronok bila balik kampung. Suasana hijau di sekeliling dan nyaman sekali sepanjang hari. Rumah mertua aku terletak di hujung jaan kecil dan di kelilingi oleh sawah padi. Aku tak pandai lah nak buat bendang. Tapi yang pasti apabila balik kampung saja mesti mertua aku bekalkan beras separuh guni. Adalah dalam 20 kilo. Bukan itu saja tapi barang lain pun banyak di kirimkan seperti kelapa, pisang, mangga dan sebagainya. Sekarang aku terpaksa hadkan barang barang sebab anak aku semakin ramai dan membesar. Kalau tidak sempit lah kereta aku ni. Mungkin terpaksa beli bas mini. . Rumah mak aku di Gurun. Tak jauh sangat dari rumah mertua, agaknya setengah jam memandu. Tapi rumah aku cuma rumah teres sahaja jadi taklah terasa macam rumah kampung. Tapi rumah aku dekat dengan kaki Gunung Jerai. Kalau waktu pagi memang sejuk dan kalau nak mandi pagi memang bercinta. Dek kerana masalah pemanasan dunia...