Kampung Ku ............. Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah
.
Sebenarnya ini adalah kampung isteri aku. Seronok bila balik kampung. Suasana hijau di sekeliling dan nyaman sekali sepanjang hari. Rumah mertua aku terletak di hujung jaan kecil dan di kelilingi oleh sawah padi. Aku tak pandai lah nak buat bendang. Tapi yang pasti apabila balik kampung saja mesti mertua aku bekalkan beras separuh guni. Adalah dalam 20 kilo. Bukan itu saja tapi barang lain pun banyak di kirimkan seperti kelapa, pisang, mangga dan sebagainya. Sekarang aku terpaksa hadkan barang barang sebab anak aku semakin ramai dan membesar. Kalau tidak sempit lah kereta aku ni. Mungkin terpaksa beli bas mini.
.
Rumah mak aku di Gurun. Tak jauh sangat dari rumah mertua, agaknya setengah jam memandu. Tapi rumah aku cuma rumah teres sahaja jadi taklah terasa macam rumah kampung. Tapi rumah aku dekat dengan kaki Gunung Jerai. Kalau waktu pagi memang sejuk dan kalau nak mandi pagi memang bercinta. Dek kerana masalah pemanasan dunia ni.....suasana sejuk di waktu pagi pun dah berkurangan.
.
Tapi adakah kami dapat menikmati kampung yang indah sebegini? Inilah yang aku risaukan. Sekarang ini sudah kedenganran akan dibina oil refinery and pipeline di kawasan kampung ayah aku. Masa balik baru ni, ayah aku dah beritahu yang sudah ada pihak yang datang untuk menyukat tanah dan rumah untuk urusan pengambilan. Aku rasa sedih juga sebab mungkin kami sudah tak ada kampung lagi. Ayah aku kata, kalau tanah di ambil dia akan berhijrah ke Teluk Intan, perak sebab masih terdapat tanah dia di sana. Itu pun ayah aku beritahu sendiri pada isteri aku. Aku bab bab harta pusaka dan family matter memang aku tak suka masuk campur. Tapi kalau di minta beri pandangan aku cubalah beri.
.
Dengar ceritanya syarikat seorang bintang koperat Malaya akan bergabung dengan syarikat daripada Iran untuk membangun di kawasan ini. Aku hairan, dalam banyak banyak kawasan macamana kawasan ini perlu di ambil alih. Kawasan yang virgin dengan saujana mata memandang hamparan sawah padi yang menjadi kebanggaan orang Kedah. Sungguh kurang sopan. Persoalan di kepala aku adakah orang-orang kampung akan mendapat ganti rugi yang sewajarnya. Aku tak hendak lagi sejarah berulang sebagaimana apa yang berlaku di kampung Sungai Buaya, Rawang, yang mana peneroka di janjikan seorang sejuta ringgit tetapi sampai sekarang masalah belum selesai. hinggakan ada ramai yang peneroka telah mati dana ada yang terpaksa mencari dan menjual besi buruk semata mata untuk menyara anak cucu. Kesian kan.
.
Aku rasa perlu ada satu pihak yang akan membela orang orang kampung agar mendapat taksiran nilai tanah dan harta yang setimpal. Janganlah pula ada orang yang ingin menangguk di air keroh untuk mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit. dan aku boleh agak siapakah dalang yang akan cuba mengambil kesempatan itu.
.
Pernah aku bersembang dengan ayah aku mengenai perkara ini. Ayah aku kata sudah ada NGO yang cuba membantu dan sudah ada Lawyer untuk menjaga kepentingan pesawah2. Tapi ada juga orang kampung yang gembira sangat dengan pengambilan tanah ini tanpa memikirkan masa depan anak cucu, dan akibat dalam masa jangka panjang. Nanti jadi seperti dengar guruh di langit air di tempayan di curahkan. lastly apa pun tak dapat dan masih lagi di belenggu kemiskinan sepanjang hayat.
.
Masa nak balik ke Kuala Lumpur semasa pulang berhari raya baru ini aku pun beritahu pada anak anak aku, mungkin suatu hari nanti kita sudah tiada lagi kampung untuk berhari raya. Kenangan makan nasik ikan bakar di tepi bendang sudah tiada lagi. Tidur di siang hari di bawah pokok sambil menghirup angin yang menderu mungkin juga tiada lagi. Perlukah kita mengadai segalanya semata mata untuk memenuhi nafsu pihak tertentu. Sebagai rakyat apakah nilai kelohan kita di sini pentadbir. Adakah mereka benar benar perihatin dengan nasib warga marhaen ini. Entahlah..malang sekali dunia ini semakin ramai manusia yang gelojoh dan rakus memunggah kazanah bumi semata mata untuk menjadi kaya.

Ini dia rumah mertua aku. Dulu dua tingkat. Tapi tingkat atas di gunakan untuk sidai kain. Lepas tu ayah aku rebankan dan jadikannya setingkat dan menjadi lapang untuk cucu cucu nya bermain. Di sebelah pokok2 inilah yang ayah aku gantungkan hammock untuk kami berehat.





Comments