BERHARI RAYA DI RUMAH DARUK K DAN SITI DI PERMATANG PASIR
.
Bila baca paper, Siti dah buat annauncement kata akan berhari raya di permatang pasir pada hari raya ketiga. So aku pun dah plan siap siap dengan anak2 aku dan anak2 sedara aku. Maklumlah antara pak sedara paling spoting aku lah. Ceh.....masuk bakul sendiri jap. So aku pun sms abang aku pada hari ray kedua, bila nak ke rumah Datuk K. Last year kita dapat ambil gambar ekslusif dengan Siti dan Datuk K jadi harap harap tahun ini pun sama lah. Tapi naluri aku asyik negatif aje . Camera DSKR yang aku baru beli pun ada problem plak tu yang fikir negatif skit tuh.
So aku sms abang aku bila boleh datang? Dia kata kita pegi ramai ramai pada pukul 11 pagi sebab tak ramai orang. Macam mana ni sebab aku nak ziarah kawan aku dulu kat kampung sebab dah lama tak jumpa. So aku balas balik sms kata kami semua akan sampai sebelum pukul 12 tengahari. Isteri abang aku sebenarnya tiga pupu dengan Datuk K. Tapi tak adalah rapat sangat dengan Datuk K. Tapi kalau masuk rumah Datuk K tu biasalah. So kami doakan semoga kakak ipar aku tu boleh arrange macam tahun lepas.
.
Setibanya di sana kakak ipar aku tak dapat pegi sebab mak dia sakit. So kami semua pegilah dengan abang aku dengan berjalan kami agak 300m dari rumah kakak ipar aku. Dalam perjalanan tu nampak dah ramai orang bertali arus ke sana. Aku rasa memang tak ada chance nak bergambar ni. Memang tepat jangkaan aku sebab orang punyalah ramai dan semasa kami sampai tu Siti dan Datuk K dok bagi duit raya. So aku pun beresak2 untuk ambil gambar. So di bawah adalah beberapa gambar yang aku dapat ambil. Lepas tu enjoy makan laksa dan nasi beriani. Sedap juga makanan dia.









Comments
hehehehe...sebenonye anak2 yg nak pegi...kita bawa aje jadi tukang sibuk....nak jemput mai umah bley....nanti jadi populat pulak I.
dulu u ada cite pasal rumah u....english style, flower power, red and green...looking thru ur blog, i can now understand and imagine....Nice work!...
dont forget the delicious tart nenas...
esok la tart nenas tu.....hehehhe