Bila mereka semakin membesar....
.
Sejak dua menjak ni aku rasa hubungan aku dengan isteri dan anak anak aku semakin rapat. Aku cuba mengambil dan mencari kembali masa yang terlepas selama 2 tahun aku diperantauan. Aku cuba meletak mereka kembali kelandasan yang betul terutamanya mengenai pelajaran. Masa aku tinggalkan mereka selama dua tahun, walaupun setiap dua bulan aku bercuti untuk bersama mereka, tetapi nampak sangat perbezaan dalam pencapaian akedemik mereka. Alhamdullah sekarang mereka dah membesar dan semakin memahami diri aku sebagai ayah mereka. Aku ingin menjadi suami dan ayah misali dan ingin mereka menjadikan diri aku sebagai inspirasi mereka. Aku bukannya perfect tetapi aku akan buat yang terbaik untuk mendidik dgn ilmu dan etika yang mulia.
.
Minggu depan anak perempuan sulung akan menduduki UPSR. Jadi minggu ini aku pun bertungkus lumus bersamanya untuk membuat persediaan yang terakhir. Lepas tu aku bolehlah rehat dan beraya sekejap. Dari minggu lepas aku tak sihat, batuk batuk dan demam. Kakak aku kata aku pun demam exam. Heeehhehehehe.......Aku doakan dia dapat buat yang terbaik. jadi pada 3 dan 4 hb September, pada hari exam yang pertama dan kedua aku telah mengambil cuti. Cuma untuk memberi semangat dan tips untuk menjawap soalan. Aku harap dia berjaya.
.
Tiga hari lepas dia telah bergelar ' dara'. hhhmmm...harap semua faham. Baru saja aku ingatkan dia supaya bekalkan pad takut terkeluar nanti masa exam. Dia senyum pada aku. Rupanya jangkaan aku terjadi lebih awal. Aku tengok dia rimas dengan perubahan dirinya dan aku harap dia akan dapat sesuaikan persekitaran baru yang dia alami sekarang. Dengan penuh jenaka aku beritahu dia bahawa. perlu pandai jaga diri dan jauhidari di sentuh lelaki. Pada masa inilah hormon horman gatal, miang, ingin mencuba akan keluaran dengan banyaknya dan perlu di kawal. Isteri aku dan dia senyum saja dengan teguran aku.
.
Aku lihat dia semakin cantik dan pandai bergaya. Aku memang memahmi perubahan ini. Semalam dia memberi aku sepucuk surat yang di terima dari seorang lelaki yang tak di kenali. Tapi budak lelaki ini satu sekolah dengan dia. Aku buka surat tersebut. Aku baca tapi tak dapat sebab surat itu di tulis dengan kod rahsia. Dia pun tak faham. Pandai betul budak budak sekarang gunakan kod rahsia. Tapi di akhir baris tertera ' Tolong terjemahkan kod rahsia ini dan lepas itu letak di atas almari kelas 6 uranus' . Pengutus surat tersebut adalah budak perempuan dari tahun 6. Aku kata pada anak aku awak jawap terjemahan itu seperti ini ' Saya adalah budak lelaki yang lemah akal fikiran'. Aku terasa kelakar tapi sebenarnya ini adalah cabaran dari aku juga untuk mengawal keluarga aku.
.
Abang sulung pun akan menduduki PMR pada bulan 10 nanti. Ini bermakna selepas UPSR aku berdemam lagi dengan PMR anak elaki aku. Aku monitor pelajarannya setiap hari. Tapi pada week end aku terpaksa jadi guru mathematic. Inilah keje aku. Pada mereka berdua aku telah berjanji untuk membawa mereka melancung ke luar negara andainya mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Aku tak mahu sangan memberi tekanan tetapi apa yang aku inginkan adalah mereka enjoy untuk belajar dan bukan kerana desakan atau paksaan aku.
.
Pada setiap kali aku bersama mereka di dlam kereta atau perjalanan aku akan terus bercerita tentang maksud hidup dan mengapa perlu kita berilmu dan berakhlak mulia pada diri dan masyarakat. Aku rasa selama ini merekalah sahabat sahabat aku yang terbaik. Itulah anak anak aku. Tiada rahsia antara kami dan kami begitu terbuka bila berbincang. Anak anak aku pun begitu setia atas apa saja permintaan aku dan aku juga cuma memahami naluri dan kehendak mereka yang mana akan memajukan diri mereka.
.
Suatu hari Ubai beri handphone dia pada aku. Terdapat message dari budak perempuan yang tak di kenali. Puas budak itu mendesak untuk mengenali anak aku ini. Ubai memang handsome. Ini memang aku akui. kalau sesiapa lihat pasti mereka kata dia anak peranakan. Kadang aku selalu melawak dengan dia." mungkin Ba tersilap ambil anak Pakistan kot masa di hospital St. Luke, Bradford'. Pernah aku bawa dia ke klinik semasa dia masih kecil dan doktor ingatkan isteri aku minah salleh. Hahahaha kelakar betoi.....hidung kita pun macam pelepah kelapa jauh sekali nak jadi mat salleh. Budak perempuan itu masih menagih jawapan dari anak aku. Finally aku beritahu ubai supaya usah di layan dengan mesage tersebut. Aku pernah beritahu pada anak anak aku supaya hiduplah dengan berperinsip dan jagalah perinsip tersebut.
.
Apa apa pun tahun ini hampir ke penghujung. Terasa waktu berputar begitu laju sekali. Tahun depan mungkin aku terpaksa meninggalkan mereka lagi. Rasa macam tak sanggup. Tetapi inilah kehidupan aku untuk menanggung kehidupan mereka. What ever it is....Im always be there with you.

Comments

Popular posts from this blog