Regent Park Mosque London


Setiap hari Khamis malam Jumaat aku akan ke London untuk ke Algate East Mosque, Christian Street, London. Masjid ini dahulunya adalah synagogue. Apabila komunity Islam sudah bertambah di kawasan ini, terutamanya warga Bangla, maka ramai orang orang Yahudi yang berpindah ke North London. Selalunya aku akan terus dari kelas ke sana yang memakan masa selama 30 minit by train. Kadang kadang ada member teringin nak ikut tapi selalunya aku seorang lone ranger aje. Di samping dengar bayan sekali sekala seronok juga boleh jumpa dan borak dengan member2 yang lain. Di sinilah aku selalu jumpa Abang Qasim aku tuh. Kalau aku dah penat dan rasa dah lewat untuk pulang ke rumah, aku iktikaf aje di masjid. Kalau aku iktikaf Abang Qasim lah yang selalu sediakan bistra untuk aku. Sayang dia kat aku...hehehehe. Esok paginya kadang aku terpaksa ponteng kelas sebab lewat. Lagi pun subjek tu bukanya ada exam pun. Jadi week end sahaja aku selalu lepak di rumah member member aku yang lain. Rumah Kodi kat Kensel Rice. Rumah Abu dekat Fainsbury Park. Rumah Suhaimi dekat Chauser Road. Rumah Muzmi di Bayswater dan tak ketinggalan rumah Saadon di Bricklane.
.
Di sinilah aku berkenalan dengan Haris seorang warga Indonesia. Dia belajar dengan tanggungan sendiri di samping bekerja part time di kantin Regent Park Mosque. Bila hari Jumaat dia lah orang yang paling sibuk bekerja. Bila dia datang ke Algate East Mosque dia selalu bawa teman rumahnya yang bernama Gary. Aku selalu lihat Gary yang memberi penuh tumpuan pada translation bayan yang di buat di tingkat atas sekali. Aku tak pernah tanya Haris siapa itu Gary tapi perasaan nak tanya memang ada. Gary ni seorang Mat Salleh yang hensem, bersopan santun, baik budi bahasa, sebaya aku dan penuntut. Akhirnya aku dapat berita dari Haris bahawa Gary belum memeluk Islam tetapi berminat dengan Islam. Setelah sekian lama Gary berjinak bersembahyang di belakang Haris di rumah walau dia belum declare sebagai seorng Islam.
.
Aku tak selalu ke Regent Park Mosque sebab jauh sangat dari University aku. Oleh kerana tempat aku tak ada masjid, Jumaat selalu kecundang. Ada ketikanya aku terserempak dengan Yusuf Islam di dalam masjid bermuzakarah bersama dengan saudara-saudara baru. Wajah yang bersih, nur itu lah dia. Orang yang telah mengabdikan diri untuk Allah taala seluruh masa.
.
Bila aku balik ke Malaysia, aku tidak lagi berhubung dengan Haris dan Gary. Suatu hari aku bertemu member aku Saadon setelah dia tamat belajar di Malaysia. Aku tanyakan keadaan Gary. Dengan sedih Saadon berkata bahawa gary telah meninggal dunia di sebabkan oleh cancer. Masa tu aku terjadi kelu dan terkejut. Itulah ajal. Dan itulah ajal maut yang tak mengenal sesiapa dan tidak terdahulu atau terlewat walau sesaat. Aku doakan agar dia di tempatkan bersama sama dengan orang orang yang beriman. Dan alhamdulillah dia bertemu Ilahi bersama dengan iman yang suci.

Comments

Popular posts from this blog