BERHARI RAYA DI RUMAH DARUK K DAN SITI DI PERMATANG PASIR
.
Bila baca paper, Siti dah buat annauncement kata akan berhari raya di permatang pasir pada hari raya ketiga. So aku pun dah plan siap siap dengan anak2 aku dan anak2 sedara aku. Maklumlah antara pak sedara paling spoting aku lah. Ceh.....masuk bakul sendiri jap. So aku pun sms abang aku pada hari ray kedua, bila nak ke rumah Datuk K. Last year kita dapat ambil gambar ekslusif dengan Siti dan Datuk K jadi harap harap tahun ini pun sama lah. Tapi naluri aku asyik negatif aje . Camera DSKR yang aku baru beli pun ada problem plak tu yang fikir negatif skit tuh.
So aku sms abang aku bila boleh datang? Dia kata kita pegi ramai ramai pada pukul 11 pagi sebab tak ramai orang. Macam mana ni sebab aku nak ziarah kawan aku dulu kat kampung sebab dah lama tak jumpa. So aku balas balik sms kata kami semua akan sampai sebelum pukul 12 tengahari. Isteri abang aku sebenarnya tiga pupu dengan Datuk K. Tapi tak adalah rapat sangat dengan Datuk K. Tapi kalau masuk rumah Datuk K tu biasalah. So kami doakan semoga kakak ipar aku tu boleh arrange macam tahun lepas.
.
Setibanya di sana kakak ipar aku tak dapat pegi sebab mak dia sakit. So kami semua pegilah dengan abang aku dengan berjalan kami agak 300m dari rumah kakak ipar aku. Dalam perjalanan tu nampak dah ramai orang bertali arus ke sana. Aku rasa memang tak ada chance nak bergambar ni. Memang tepat jangkaan aku sebab orang punyalah ramai dan semasa kami sampai tu Siti dan Datuk K dok bagi duit raya. So aku pun beresak2 untuk ambil gambar. So di bawah adalah beberapa gambar yang aku dapat ambil. Lepas tu enjoy makan laksa dan nasi beriani. Sedap juga makanan dia.
Cubalah nengok berapa ramainya orang datang beraya. Dah penuh pun dalam perkarangan rumah
Makcik-makcik...kakak-kakak...pun ada. Siap dengan baju kurung yang bewarna warni dan fesyen.

Ni alah shot yang aku dapat amik. Kalau kawan aku Ghaz ada mesti dia pengsan sebab tak dapat salam dengan siti sebab dia peminat no one.
Siti dan Datuk k sedang bersalam sambil menghulurkan duit raya RM2 kepada semua yang hadir.

Amboi Datuk Harun Din pun ada. Datuk K,....saya nak balik dulu na......nanti kita jumpa lagi. Bacalah doa doa yang saya bagi untuk seri wajah.....hehehehehehe. Ayat ni aku tambah.

Aku rasa si Siti ni pun dah panas badan. Silap hari bulan leh pengsan. Tak ape kalau nak pengsan pun ramai yang nak sambut.
Anak anak lelaki aku beratur agak lambak. Bila aku suruh beratur depa dok segan tersipu sipu. Bila dah dekat nak salam aje terus Datuk dan Siti nak berehat...HHMmmmmm hampeh...anticlimax aje.

Yang kelakar tu aku leh jumpa jiran aku kat sini. Dia kata dia balik kampung kat Kepala Batas. Dia datang kat sini sebab anak2 dan anak2 buah nak datang. Amboi alasan no..

Sian kat korang dua tak dapat lagi duit raya no......since depa pun nak berehat eloklah kita balik dulu. Meh kita pi penang pulak beraya...

Comments

PAKDIN said…
Dah jadi macm satu kemestian nampaknye.tiap2 tahun dok gi ke umah datuk k/siti...tahun depan hang panggil depa mai umah hang la plak biag orang dok pakat dtg kat umah hang...he3
Abu Ikhlas said…
pakdin,

hehehehe...sebenonye anak2 yg nak pegi...kita bawa aje jadi tukang sibuk....nak jemput mai umah bley....nanti jadi populat pulak I.
Anonymous said…
salam,
dulu u ada cite pasal rumah u....english style, flower power, red and green...looking thru ur blog, i can now understand and imagine....Nice work!...
dont forget the delicious tart nenas...
Abu Ikhlas said…
Ni mesti Liza kan,

esok la tart nenas tu.....hehehhe

Popular posts from this blog