EXPEDISI MENCARI KEPAH PADA HARI RAYA KE DUA
.
Sebenarnya dah lama aku tak mencari kepah. Rasanya pengalaman terakhir adalah semasa aku masih di sekolah rendah. Selalunya pada waktu cuti sekolah aku akan tinggal di rumah nenek aku di Kuala Muda untuk biasakan diri dengan kehidupan laut dan kampung nelayan. Bila petang sebelum maghrib aku dan abang dan kakak aku akan ke pantai untuk mencari kepah. Itu kisah dua puluh tahun lalu. Tapi pada masa itu senang nak cari. Kais saja pasir di gigi air kat pandai tu dapat lah. Besar besar pulak tuh. Bila bawa balik umah nenek aku dia selalunya rebus. Kadang bila masak dengan kicap, campur ubi kentang dan lada memang sedap. Terliur rasanya. Aku rasa pengalaman ini amat beharga. Jadi aku rasa adalah baik untuk anak anak aku pun turut merasai pengalaman yang aku rasai di masa lampau.
.
Mula mula tu aku dah tanya abang ipar aku ada tak kepah untuk di cari. Maklumlah abang ipar aku selalu ke laut di sana. Dia kata ada. Eloklah pergi pagi pagi sebelum pukul 11.00 pagi sebab masa tu air surut. So aku plan untuk pergi di hari raya ketiga bersama sama dengan anak anak buah aku sekali. Lepas sahaja mencari kepah bolehlah terus berhari raya di rumah Datuk K dan Siti di Permatang Pasir. Bolehlah mabil gambar bersama mereka lagi seperti tahun lepas. Lepas itu boleh lah ke Penang untuk ziarah abang aku di sana dan beberapa saudara mara di sana. Bila aku fikirkan balik memang tight schedule tu.
.
Pada pagi hari raya ke dua abang ipar aku kata why not pergi sekarang sebab besok agak tight schedule aku. Apa lagi aku terus ajak anak2 aku dan anak buah untuk pack barang selepas breakfast. Abang ipar aku (pak Ngah) pun nak ikut sekali. Jadi kami bertolak dengan dua buah kereta. Semangat punya lah hebat sampai bawa 3 baldi. Nak dapat satu baldi pun belum tentu lagi. Anak aku Syamim, asyik bertanya kepah tu macam mana. Aku kata kepah tu berkaki empat. Memang anak anak aku tahu beno aku memang suka kelentong. Heheheheheh.....
Aku harap pengalaman ini akan menjadi satu kenangan untuk anak anak aku mengenali another unik nya ciptaan Allah.
Ini lah masjid Kuala Muda. Dah banyak berbeza. Dulu masjid tak sebaru ini dan di depan ada beberapa pokok beringin tempat pakcik pakcik melepak.
Amboi Ubai dan Abdullah sibuk menggali kepah. Dah dapat berapa kilo tuuuuuu???

Cari-cari jugak. Berendam-berendam jugak...termasuklah aku. Air masih cetek oklah. kadang terfikir jugak mana tau ada tsunami ke. Apa- apa pun depa semua memang enjoy sangat.

Inilah wajah wajah kepah yang di kutip. Besar ada kecil pun ada. Alahai baru sedikit nak makan satu keluarga pun tak cukup. Orang kata nak buat taik gigi pun tak boleh.

Korek...jangan tak korek....depa kat rumah dok tunggu tu....

Si Zulaika dan Balqis pun pandai mencari. Cukup ke tu Mak Ngah nak masak kicap lada....Rasanya cukup untuk Zulaika seorang aje...
Pak Ngah pun pulut sakan mencari kepah. Tak pa Pak Ngah oi...kalau tak dapat boleh beli timbang kilo dekat pasat tuh......hehehehe....Cari kepah cari jugak tapi bergaya sudah tentu....hehehe
Inilah medan mencari kepah...sejauh mata memandang

Ikhlas dah dapat berapa kilo tuh??????
.
Tiga baldi yang kami bawa tuh separuh baldi pun tak dapat. Jadi macam mana ni??? Kalau balik baldi kosong mesti mak Ngah perli sakan. Apa lagi...Pak Ngah pun kepasar akhirnya untuk membeli beberapa kilo kepah.....tak apa asal kan pengalaman ini tetap menari perhatian anak anak dan anak anak buah aku..... Next time kita pegi lagi...




Comments

Anonymous said…
nisa, nak banyak kepah n lokan, lalu highway baru ke semeling dari tol sg petani selatan,he, he, best tu mencari kepah
Abu Ikhlas said…
Afiq,
Lama dah tak masuk DCCK bukan apa, sebab opis depa dah bolck. Apa kena dgn IT admin pun tak tau. Kadang nak gak sergah depa tuh sebab kita client respect skit..heheheh. Cari kepah cuma nak baig anak anak experience skit. Sebab bebudak sekarang adventure kehidupan depa dah lain.

Popular posts from this blog