Shamim Daftar Di MRSM Lenggong
Jadual aku makin padat dan hectic. Bukan aku saja yang terasa, tetapi keadaan yang sama terjadi pada wife aku. Bila cuti saja sebahagian besar masaadalah untuk anak anak. Nine of them! Tapi aku tetap happy walau terpaksa berhempas pulas untuk melayan kerenah anak anak. Itulah orang kata, demi anak2 parents sanggup buat apa saja.
Pada 5 hb March tarikh Shamim register di MRSM Lenggong. Dia memang teringin sangat nak ke sana. Aku tak kisah sangat tapi aku lebih suka dia belajar di sekolah lama untuk habiskan kelas pianonya. Tapi bila dia ke MRSM tak payah wife aku terkejar kejar untuk hantar ke tuition.
Aku keluar lepas subuh pada hari itu sebab pukul 9 pagi waktu taklimat. Kami sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi. Parents lain dan adadalam dewan register dan mendengar taklimat dari pengetua. Setelah selesai kami isi butir diri dan ke coop untuk beli keperluan asrama. Orang ramai, so aku ajak wife and Syamim ke hostel untuk kemas barang dan berjalan jalan di bandar Kuala Kangsar.
Aku jadi risau bila lihat keadaan air yang sukar. Memang mujahadah untuk urus diri. Bagaimana nak istinjak. Bagaimana nak mandi...ahhh...byk lagi. Aku diam saja and harap Shamim pandai pandai lah manage the difficulties.
Hari Jumaat tu aku teringatkan Shamim. Bagaimana dia di sana. Terdetik hati untuk menziarahinya. Balik dari solat Jumaat aku dapat call dari Shamim. Dia menangis nak balik. Bukan home sick tapi keaadan tiada air. Aku faham perasaannya dan terusajak wife aku ke sana dengan segera. Kami tiba di MRSM lebih kurang pukul 5 petang. Tigaorang kawannya turut menumpang.
Hari ini wife aku bergegas menghantar dia ke sanasemula dan aku, seawal pagi terbang kembali ke Bintulu....
Comments
Those children who gave me the busy time thirty years ago, are now busy like you with their children, my grandchildren!
I have not yet had a chance to glance through your past entries to get some idea where and what youn are. Your profile tells me you are an engineer.