Going for Haj....

Alhamdulillah Allah dah pilih aku dan isteri ke Mekah tahun ni. Kami bertolak pada kapal KT60 pada pukul 1.30 pagi,  25hb September. Kami bertolak awal kesana dalam suasana hujan yang renyai-renyai. Ayah mertua, Ubai, Wan, Ikhlas dan Yusuf turut sama menhantar kami berdua. Perasaan aku biasa sahaja sebab aku memang selalu tinggalkan mereka demi tugas. Tapi wife aky lain sikit. Terpaksa melodrama dgn anak anak. Maklumlah dia yg sgt rapat dgn anak anak..... Aku pun rapat juga tapi contro macho la kan.

Kami mendarat di Jeddah pada pukul 5.15 pagi. Penerbangan yg memakan masa lebih dari 7 jam. Alhamdulillah urusan tabung haji memberi kidmat yang sungguh awesome. Memang aku thumbs up gitu. Lebih kurang pukul 12 tengahari baru sampai di hotel dan zohor.

Bilik seramai 6 orang dan merekalah rakan2 baru di sini. Wife aku bilik di sebelah. Nak panggil aku kasi coded knock. Yelah...tak boleh main main intai kan. Nanti terjerit pulak orang orang dalam bilik. Semalam dah buat umrah yang bermula dari pukul 10 mlm dan tamat hampir pukul satu pagi.

Selesai aje umrah aku dan wife terus balik ke hotel. Badan letin dan mata sangat mengantok.... Nak kena cari tenaga untuk solat subuh berjemaah. Waktu umrah memang ramai orang bersesak2 dari setiap cerok dunia dengan tujuan yang satu.

Nak dapat quality amal harus banyak bersabar......

Comments

Semoga di permudahkan segala urusan, diterims oleh Allah segla amalsn & seterusnya memperolehi haji yg mabrur
Ghazali said…
Semuga mendapat Haji yang Mabrur my dear friend ...

Kalau aku masih di Saudi dulu, boleh jumpa hang kannn hehehehhee

Take care yaaa

Popular posts from this blog