Mat Rempit: Apakah salah mereka dan jalan penyelesaian ; Siapakah yang salah sebenarnya????


Gambar-gambar di atas aku rakam masa aku bercuti di Budapest, Hungry. Padang permainan ini di bina di tengah bandar Budapest. Dari pagi sampai ke petang ada sahaja anak anak muda dan kanak kanak bermain di dalam gelanggang ini dan terdapat di merata rata tempat termasuk di kawasan perumahn. Bukan di Budapest sahaja ada pusat riadah sebegini tetapi terdapat juga di Paris, Berlin dan kebanyakkan negara-negara Eropah yang lain. Walau pun negara pesat membangun pihak berwajib tidak lupa tanggungjawap social untuk menyediakan kemudahan kepada golongan muda dan belia untuk melapangkan masa dan mewujudkan masyarakat yang sihat. Lepas kerja mereka ada tempat bermain. Waktu pagi mereka enjoy bermain. Walaupun di tengah bandar bandar yang sibuk.

.

Baru baru ini masyarakat sibuk dengan kisah negatif Mat Rempit. Aku pun hairan. Sehinggakan ada berbagai tanggapan dan ancaman di lontarkan kepada mereka. Sepatutnya semua pihak membuat satu kaji selidik ke akar umbi untuk mengetahui apakah punca yang sebenar. Bukan menuding jari dengan begitu mudah kepada mereka. Cuba lihat si sekitar kita samaada di kawasan perumahan atau di tengah tengah kota raya. Cuba hitungkan kawasan riadah yang benar benar memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang dapat membentuk budaya dan amalan yang sihat. Kalau di kawasan perumahan yang ada cuma taman mainan kanak kanak yang di bina seperti melepas batuk di tangga. Kalau ada pun tidak di selenggarakan dengan betul dan ada juga yang tidak memenuhi piawaian keselamatan. Tiada padang gelanggang permainan yang boleh di gunakan anak anak muda untuk beriadah. Pendek kata tiada tempat untuk mereka berkumpul dan menjalankan aktiviti yang sihat.

.

Bila isu kemudahan riadah di bincangkan, pihak berkuasa kerajaan meletakkan tanggungjawap kepada pihak pemaju dan kerna terpaksa pihak pemaju pun menjalankannya dengan kadar yang minimum atau seperti melepas batuk ditangga dan juga dengan mutu yang amat tak berkualiti. Pihak pemaju pulak meletak kan beban komersil kepada pembeli dan menyebabkan hartanah melambung tinggi. Jadi pokok pangkalnye semua pihak menolak tanggungjawap tanpa merasa prihatin tentang pembangunan rohani dan jasmani ummah. Jadi di manakah silapnya.

.

Akhirnye untuk mendapat jalan mudah makan golongan belia ini bersepakat untuk menjadi Mat Rempit. Jadi siapakah yang rugi? Tak ada siapa yang untung dan akhirnye kita sebagai rakyat akan hilang sifat tanggungjawap dan kasih sayang yang menjadi tunjang kepada perpaduan dan pembangunan bangsa. Jangan salahkan mereka tetapi salahkan kita kerana tidak menjalankan amanah yang di beri......

Comments

Popular posts from this blog