Gambar ini aku ambil masa di kota paris juga. Entah dah tak ingat nama tempat ini tapi ia adalah Russian Church yang di kunjungi oleh ramai pelancong. Terdapat ramai artis di sini yang menjual bakat mereka moga moga di hargai dengan wang ringgit.
Semasa berjalan di kota Berlin aku terdengan alunan irama Red Indian. Merdu sekali. Inilah pertama kali aku dengar muzik yang begitu tradisional dan indah. Nama alat alat muzik tersebut aku pon kurang pasti. Mereka bermain sambil menjual album muzik tersebut. Aku beli satu yang beharga lebih kurang 15 Euro.
Golongan Red Indian sedang bermain Muzik di Malmo Sweden. Aku dan Nizzam asyik mendengar alunan muzik tersebut. Masa tu summer dan ramai orang yang berkumpul untuk mendengar irama asli mereka. Aku dan Nizam beli album yang berlainan dan masih aku simpan untuk koleksi peribadi.
Kami terjumpa Pakcik ini yang bermain gitar semasa di Akropolis, Athens. Aku sempat hadiahkan dia satu Euro danmeminta izin untuk bergambar dengannya. Tapi gambar itu adalah Rosmin, teman jalanan aku. Ok......pakcik tu very sporting.
Sekumpulan pemuzik sedang bermain di sepanjang shopping street di bandar Atherns. Aku juga mengambil kesempatan untuk merakam gambar seorang orthodok paderi kristian yang teruja juga dengan alunan muzik tersebut.
Masih di Athens. Agak susah untuk mengambil gambar yang sempurna kerana ramai sangat orang yang lalu lalang. Cuba jugalah.........
Pemuda yang tampan ini sedang bermain di tepi bangunan di jalan Mariah di Vienna Austria. Aku meminta izin untuk merakam gambarnya sambil membalas senyuman. Entah dari mana datangnya pemuda tersebut. Sekali pandang macam orang Arab atau Pakistan. Tapi aku juga terkejut kerana terdapat ramai orang- orang Bangladesh yang menjual majalah dan surat khabar di stesen-stesen.
Gambar ini aku rakamkan di Vienna. Patung patung ini di pamerkan di hadapan kedai. Cantik dan menarik. Tapi mereka bukanlah pemuzik jalanan seperti yang lain. Mereka cuma barang hiasan sahaja.....
Pakcik ini lebih kreatif dan unik kerana dia telah mereka cipta sebuah alat yang boleh kombinasikan semua alatan muzik untuk menjadi satu orkestra lagu. Dia cuma perlu pusing pemutar sahaja yang telah di program untuk menjadi beberapa buah lagu. Gambar ini aku rakan di Charles Bridge, prague.
Peniup trumpet itu meniup terumpet itu dengan unik sekali. Berbeza dari apa yang pernah aku dengar. Aku rasa budak kecil yang berbaju hijau itu pun terkedu dengan tiupan tersebut.
Gambar yang sama aku ambil di Charles Bridge, Prague, Czech Republic.
Gambar ini aku rakam kan semasa di Budapest, Hungry. Pada masa itu aku mengikuti site tour ke bandar Budapest. Di atas bukit ini Aku dapat lihat keindahan bangunan parlimen yang terletak di tepi sungai.
Ini lain dari yang lain. Gambar ini semasa aku masih di Tharjath, Sudan. Kontractor aku telah memanggil koir group dari gereja yang berdekatan sempena sambutan Krismas pada 2005 yang lalu. Alat alat muzik memang mudah dan buatan sendiri tapi bila di gabung dengan gendang dan alatan lain ia menjadi satu muzik yang menarik.
Comments