Hari Raya Aidil Fitri Bersama Datuk K and Siti
.
Hari raya tahun ini (2006) lain dari yang lain sebab kita dapat beraya dengan Datuk K and Siti. Sungguh kami tak sangka cempedak boleh jadi nangka. Petang tu sedang lepak dan berborak dengan anak2 and family aku di Gurun, tiba tiba abang aku talipon beritahu Datuk K ada buat open house hari ini (raya pertama). Mula mula di jangkakan pada hari raya ketiga. Apa lagi kami sekeluarga bergegas bangun dan siap untuk ke sana. Masa tu kakak aku dan keluarganya pon kebetulan nak ke Kuala Muda. Jadi elok bebenolah kami kesana sebab dah dekat.
.
Aku pon tak pernah jumpa Siti dan Datuk K secara live and anak aku Syamim dan Nisabalqis memang peminat Siti. Perkara pertama mesti tak boleh lupa digital kamera aku. Agak 40 minit perjalanan, abang aku dah siap tunggu di rumah dia and terus ke rumah Datuk K. Alahai memang ramai orang yg on the way ke sana jugak. Hai ada cance ke nak bergambar ni. Sampai saja kat umah Datuk K terus kak ipar aku dan maknya suruh kami masuk ke dalam dan bergambar. Aku pun buatlah muka toye dan salam dengan Datuk K and mintak izin untuk bergambar bersama. Mujurlah masih ada iman tak tersalam Siti...hehehehe. Semua gerombolan aku pun terus duduk lepas belakang Siti and Datuk K. Alhamdulillah Datuk K and Siti bekerja sama masa sessi photographi tuh. Di sini aku sertakan beberapa gambar anak2 aku, anak ponakan bergambar bersama sama mereka.
Ingat tu nak snap banyak lagi gambar and posing sana sini tapi bodyguard dia yang berdiri tu dah kacau kata depa dua nak rehat. geram jugak...lebih sudu dari kuah. Amboi Abdul Rahman kat tengah tuh tersenyum sampai nampak gigi segantang. Zulaika pulak siap ubah posisi. Lepas aje bergambar anak2 aku bersalam dengan Siti dan dapatlah duit raya.
m

Masa ni ada anak kecik sape entah datang so hilang konsentrasi depa dua. Muhammad siap tak puas hati sebab masa gambar dia kat situ Siti and Datuk K tak pandang camera. Muhammad siap tak puas hati lagi sebab gambar dia ada satu aje.

Selepas rehat Datuk K dan Siti melayan semua tetamu dengan imbuhan duit raya. Anak anak aku pun siap beratur lagi. Dapat lah depa double duit raya. Ramai orang yg dok kerumun tuh nak amik gambar. Semua orang ada dari tua, kecik, muda....semua ada. makan pon boleh tahan jugak...

Rumah mak Datuk K ni simple aje. Masa mai terserempak dengan anak2 Datuk K.

Comments

Anonymous said…
kau kirim salam aku kat CT, kata peminat dari That Jath, Katum.

Popular posts from this blog