Posts

Showing posts from June, 2014

Tanjung Dawai

Image
Lama sungguh aku tak ke Tanjung Dawai. Rasanya sudah bertahun tahun. Walaupun dekat je dengan kampung aku tapi hati tak pernah tergerak nak ke sana. Since aku dan Ubai ada banyak lagi masa untuk ronda ronda elok juga kita balik Sungai Limau melalui Tanjung Dawai ikut jalan belakang. Dari Sungai Petani ia mengambil masa selama 40 minit dengan panduan yang santai. Setiba di sana aku teringat yang wife aku pesan ikan masin. Apa lagi, aku borong sakan la sambil perkena local laksa. Angin yang menderu dari laut dan kedamaian kampung nelayan memang mengasyikan.....

Mee Rebus Bedong

Image
Sekali tu member aku dok cite pasal mee rebus. Bila tengok gambar memang sedap. Aku pun tanya kat mana nak makan mee rebus tu. Dia kata masuk pekan Bedong, ada kat tepi tu. Ok...aku akan cari bila balik kampung nanti. Dulu aku selalu makan mee rebus mamak kat Penang. Memang lain dari yang lain. Last week aku balik kampung sebab banyak urusan yang yang perlu dibereskan. Aku cuma balik dengan Ubai saja sebab waktu sekolah. Kalau boleh nak je ajak wife aku balik sekali. Bila aku drive menuju ke Sungai Petani, terus aku teringat akan mee rebus Bedong. Apa lagi, aku belok ke kiri menuju ke pekan dan terus terserempak dengan gerai tersebut. Aku oder mee rebus dan Ubai oder rojal. Yang tak tahan tu bila mamak tu goreng mee, baunya semerbak sangat. Lain kali kita oder mee goreng mamak pulak....

Another Busy Day

Image
Hari ini aku bawa Kizz ke UPM untuk menghadiri interview untuk Bachelor of Educational Science. Awal pagi lagi kami bertolak ke UPM untuk mengelak jem. Kami sampai di UPM dalam pukul 7 pagi. Orang pun dah semakin ramai. Sementara tunggu pendaftaran aku ajak Kizz breakfast dulu. Ye lah nanti perut lapar susah pula nak hadiri temuduga. Mungkin awal sangat kami tiba, kantin pun tak tersedia sepenuhnya. Dalam perjalanan aku memberi beberapa tips untuk Kizz especially cara cara menjawap. Maklumlah...aku memang dah banyak kali pergi temuduga. Ye lah asyik tukar kerja je..... Aku doakan dia berjaya dalam sesi temuduga ini dan tercapai cita cita dia untuk menjadi seorang guru....

Khursus Intensif Haji

Image
Pada hari Sabtu dan Ahad lepas, aku bersama isteri pergi khursus intensif haji. Kali ni aku memang wajib pergi. Inilah kali pertama pergi khursus. Yang lepas lepas belum berkesempatan. Aku pun tak tau apa yang sibuk sangat. Ada je masa masa yang terhalang. Sebenarnya haji ni bukannya susah. Dalam masa 5 hari je terus selesai haji. Yang paling penting adalah menjaga waktu dan perkara perkara yang di larang. Bila hadiri khursus ni aku rasa macam refresher waktu belajar masa SPM dulu. Ini adalah satu jangka masa yang lama. Sekarang aku rasa dah tak sabo nak menunaikan haji. Aku minta penerbangan yang terakhir dan pulang pada penerbangan yang terakhir. Aku beritahu isteri biar kita lama di sana untuk beribadat. Yang paling penting adalah perubahan diri apabila balik nanti....

Shamim ke Korea

Image
Sebenarnya aku dah uploaded post ni tapi it stuck! Kita dah tulis panjang panjang pastu until now is publishing. Blog mobile kadang mmg beragam jugak. On the 2nd June kita hantar Shamim ke Korea. Dia mintak permission aku ke sana and nervous j6gak takut aku tak kasi. Wife aku call tanya kebenaran. Aku tahu ongkosnya mesti mahal. Harga package about 4k. Hhmmmm...... Kalau aku nak bawa entah jadi atau tidak. So aku biar ajelah dia ikut rombongan sekolah under Yayasan Mahasiswa. Sekarang Shamim dah balik. Dia tiba pada 7th June. Rupanya banyak beno dia ambil gambar dengan artis korea. Amboi...amboi...amboi..... Seronok nampak. Anyway baguslah kalau dah enjoy ke sana. Tapi ingat demand ba pada Mim kkkk.....

Hadi di UPM

Image
Hari ini adalah hari yang paling aku happy sebab Hadi berjaya masuk UPM. Aku banyak berdoa untuk Hadi dengan character dia yang serba sensitif. Aku harap bila dia sudah menjalani kehidupan di kampus sebagai mahasiswa, dia akan menjadi seorang yang lebih matang. Ini yang aku dan umi doakan. Hari ni dia daftar di UPM cawangan Bintulu, Sarawak. Aku yang menguruskan semuanya dari A to Z. Lagi pun aku sememangnya berkerja di sini. Bolehlah aku sentiasa membantu. Nampak dia ok and seronok je. Baguslah kalu macam tu. Setiap hari di dalam kereta aku terus memberi semangat dan motivasi supaya jadi insan yang taat, memberi, disipline dan bertanggungjawap. Terutamanya tanggungjawap kepada Allah taala. Untuk Hadi, selamat belajar dan menempuh dunia baru. Just we want to tell you take we always love you.....

Up Up and Away

Image
Sementara tunggu flight aku ke Bintulu, elok aku nikmati cuppocino. Ada lagi sejam setengah flight nak take off. Aku bukan saja datang awai, tapi kerna terpaksa. So aku bertolak sebelom azan zohor berkumandang di udara. Senang aku nak solat musafir. Waktu landing kat bintulu dah masuk magrib. Dari aku termis solat asar baik aku plan betoi2. Solat kan tiang agama. Kalau terlepas solat sama lah dengan runtuhkan agama. Ok......boleh kata setiap dua minggu aku travel. Iaitu naik kapal terbang. Kalau orang nengok mesti depa kata kerja aku ni glamor. Tapi kalu hangpa jadi yang empunya badan mesti dah cemuih, letih dan banyak lagi. Aku pun tak tau sampai bila aku harus jadi begini. Kalau ikut kan hati dah lama nak ber.......... Sabo je ni.....