My Beloved Children
Inilah gambar anak anak aku. Nak ambil gambar depa ni dah lama tapi selalu aje tak jadi. Bukan senang nak organisekan bebudak ni. Kejap yang ini dah siap tapi yang lain belum siap. Lepas tu bila yang itu dah siap yang awal tadi baju dah senget. Kadang bila nak ambil gambar depa ni boleh darah goes upstair. Aku kalau dah tak makan saman mulalah aku beliakkan mata dan jerit skit baru semua duduk diam macam siput. Tapi aku tak adalah macam tu......hehehehe. Sekali sekala tu kenalah juga guna kuasa veto.
.
Mai aku kenalkan anak anak aku satu persatu bermula dari kiri ke kanan menghadap gambar. Itu anak dara aku yang sulung iaitu no 3 dalam keluarga. Nama dia Nisa Balqis. Aku panggil dia Kiss tapi kawan dan guru sekolah panggil dia Nisa. Bila aku nak menyakat aku akan panggil Nasi Bungkus dan lepas tu dia akan jeling tajam. Dia akan tinggal di asrama pada 8th Jan ni di Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor. Semalam dah belanja sakan untuk keperluan dia. Beli kasutlah...bajulah...dan macam macam lagi. Dia kata dia nak jadi doktor. Aku doakan aja niat murni dia tu.
.
Yang di dokong nya adalah anak aku yang terkini iaitu Hafiz Nur Yusuff. Aku dah linkkan blog dia pada blog aku atau www.hafiznuryusuff.blogspot.com Macam macam dia dok bercerita dalam blog dia. Yang kelakar tu anak anak aku yang lain panggil baby ni macam macam...usop la...cop lah... smapai umi mereka marah. Umi kata panggil Yusuff. Thats it.
.
Anak aku yang tersengih tu nama dia Nur Shamim Alia. Dia ni seorang yang kelakar. Suka layar buruk seperti aku. Bila aku marah dia aku selalu kata ais krim magnolia tak laku balik India. Dia kongsi bilik dengan kakak dia dan selalu kena buli. Tahun depan dah naik darjah 4. Result dia tahun lepas ok jugak dan aku hadiah kan dia basikal sebab dapat nombor yang aku cabarkan itu.
.
Yang baju biru tu anak aku yang sulung. nama dia Ubaidullah. Dia di lahirkan di Bradford, England. Seorang anak yang baik dan taat. Baru ni PMR dia dapat 5A. Oklah tu. Aku kata belajar kat sekolah yang sama dah dengan azam baru. Lagi pun kalau tak aku tak ada dia boleh ganti jadi ketua keluarga. Hobi dia ialah computer dan main bola. Penyokong fanatik MU. Selalu gaduh dengan aku sebab aku suka kutuk MU. Pernah sekali di dalam sekolah dia mendapat undian jejaka paling hensem. Dia kata malu tak terkira masa tu.
.
Atas ribaan Ubai tu anak aku yang no 7. Nama dia Safiyya Nur Shahadah. Esok dia akan masuk alam umur 4 tahun. Dia memang pandai bercakap dan manja dengan aku. Dia dah minat nak ke sekolah, jadi kami akan hantar dia ke tadika Alhikmah. Dan pandai bilang. Cuma satu aje suka kencing malam.
.
Safwan anak aku yang no dua. Nama sebenar dia ialah Safwan Bukhari. Dia kata tak suka nama Bukhari tu. Kadang aku panggil dia Anje. Karektor dia ni pelik skit. Tu yang orang cakap syndrom anak no 2. Masa kecil dulu kalau silap skit suka hentak kepala. Pening kepala kita di buatnye. Kalau barang yang di hajati tak dapat mula lah mengamuk. Sekarang ni dah kurang skit. Tapi kalau dia malas jangn lah nak suruh apa. Buat sakit hati. Dia ni sokong Arsenal dan minat computer gak. Rambut dia lain dari semua orang tercacak aje. Kalau nak tulis cerita dia di sini memang tak habis. Perlu buat buku yang asing.
.
Di atas ribaan Safwan tu anak aku yang no 6. Nama dia paling panjang iaitu Nur Ikhlas Umar Abdul Azizi. Panggil dia 'Lash' saje. Dia ni memang aktif dan sentiasa aje ceria. Semua kawan kawan abang dia kenal dan buat macam member dia sahaja. Tahun depan masih tadika dan berusia 6 tahun. petah bercakap dan voab bahasa melayu memang hebat. Kadang aku pun terkebil kebil dengar perkataan dia. mana dia belajar tuh....
.
Lastly Muhammad Nur Hadi. Kami panggil dia Dee atau Hadi. Dialah orang yang di tugaskan untuk toiletkan kucing di rumah dan salin air ikan. Tapi dia selalu dapat upah apa bila buat kerja kerja cenggini. Tahun depan darjah 6. Pasal pelajaran susah nak komen dan dia ni fragile skit. Kecil molek orangnya. Mungkin bila dah masuk alam cukup umur baru nak tinggi macam abang abang dia yang lain. Minat dia memang suka memomen. Kalau aku cari hardware aku tak jumpa mesti kena tanya dia.
.
Beginilah serba sedikit cite anak anak aku yang membuatkan aku tak menang tangan di rumah. Walaupun begitu aku terhibur dengan gelagat mereka dan bersyukur kerana di anugerahkan anak anak yang taat dan berdisiplin.

Comments

Popular posts from this blog