A Visit to Orchid Garden, Kuala Lumpur
.
Sebenarnya visit ni dah setahun, cuma sekarang ada sikit masa untuk cerita serba sedikit dalam blog ni. Kalau orang yang masih tidak tahu di mana Taman Orkid ni, ia terletak di atas bukit bersebelahan dengan Masjid Negara dan sebelah dengan Taman Burung dan Taman Rama-Rama. Aku suka tempat ini sebab sunyi dan nyaman. Sekali sekala terdengar bunyi burung burung dan serangga. Ada juga beberapa orang yang suka berjogging di sini. Setiap week end memang ramai dengan pelancung tempatan dan luar negara.
.
Yuran masuk ke sini tak mahal. Kalau datang pada hari bekerja free saja. Tapi kalau datang pada hujung minggu kena bayar RM1. Taklah mahal mana pun. Bukan apa at least duit tu dapat di gunakan untuk maintain pokok pokok dalam tu. Apabila masuk saja kita di paparkan dengan tumbuhan tropika seperti pokok pun dan paku pakis. Terdapat berbagai jenis pokok paku pakis. Dan juga banyak potted orkid di hias di sepanjang pergola dan kolam buatan. Memang menarik.
.
Di sebelah belakang terbentang luas pokok orkid yang di tanam di atas tanah dengan berbagai bentuk, rupa dan warna. Memang menarik sangat. Kalau sesiapa yang nak membeli pokok orkid terdapat juga gerai gerai yang menjual anak benih dan juga induk orkid. Harga berbeza beza. Ada murah dan ada yang mahal bergantung kepada jenis species orkid tersebut. Kalau hybrid lagi mahal. Terdapat juga baja dan lain2 kelengkapan untuk menanam orkid di sini. Aku kalau datang sini memang boleh mabuk. Boleh lepak lama lama kat sini. Kalau datang dengan anak-anak aku merka selalu complen.
.
Nak tanam orkid tak susah. Senang saja. Tapi masalah nya bila dia nak berbunga. Ada yang dah macam termandul tak keluar jugak bunga. Kandan keluar sekali lepas tu tak keluar bunga lagi. macam jadi pemalu pulak. Sebenarnya tanam orkid pun kena belajar dan perlu ada teknik yang betol. Baja mesti cukup. kana jaga dari penyakit dan sebagainya. Nak jaga orkid ni macam nak jaga orang jugalah. Terlebih makan boleh gemuk dan terkurang makan boleh kurus pulak. So dia pun memerlukan makanan seimbang.
.
Aku pernah bela orkid satu ketika dulu. Sampai sekarang pun masih berminat. Tapi buat sementara waktu ni elok aku kuburkan dulu minat aku. Bukan apa, kalau rumah setakat kangkang kera tak payah lah. Dan kalau malas lagi lah tak payah. Silap silap pokok orkid tu tinggal pasu saja. Macam setengah rumah la tanam pokok bunga tapi dek sifat malas bukan bunga hidup subur tapi bunga di gantikan dengan rumput jambul. Hhhehehehehe...buat malu pada jiran sebelah aje. Lainlah kalau kita ni muka tembok. Nampak sangat sifat pemalas tu.
.
Apa apa pun perlu belajar atau mula untuk lakukan sesuatu baru akan dapat hasilnya. macam anak mula nak berjalan la. Mesti jatuh dulu kan.... So korang enjoylah gambar gambar yang aku ambil ni untuk tatapan korang.
.
Next aku akan cerita pasai nursery di Sungai Buluh pulak and koleksi bunga KembojaIni gambar anak aku dengan sepupu mereka masa cuti sekolah tahun lepas.

Sambil posing tu jaga jaga takut ada ulat bulu nanti gatal satu badan aku jugak yang susah


Pergola yang di sulam dengan pokok pokok yang menarik

Cantikkan orkid ni. Kalau tak silap aku ni jenis 'Vanda'

AAAAAAAA.....yang ni memang cantik. harga pun boleh tahan...mesti special hybrid...kalau tak silap adalah dekat RM40.

Ini pun menarik terjuntai keluar

Yang bagus bunga orkid ni sebab dia tahan lama. Boleh di letak sebagai hiasan di dalam rumah

Orkid jenis ni memang berbunga satu saja. Kalau tak silap aku boleh cari di hutan sebab dia tumbuh diatas tanah. So kalau ke hutan cuba carilah orkid ni.

Ini pun orkid jenis 'Vanda,

Orkid ni bunganya macam kertas

Orkid ni nama spider orkid kot....

Orkid ni harga RM40 sahaja. Masa tu niat nak beli aje. Tapi aku terpaksa kensel. Kalau ambil letak atas sanggul isteri aku mesti cantik..

Pilih lah yang mana satu idaman kalbu

Bunga orkid ini kecil dan banyak. Nama apa pun aku tak tau

Orkid jenis ini sesuai di tanam diatas tanah atau di dalam pasu tanah

Memang cantik dengan warna kunig oren yang garang

Bunga bunga orkid yang berderetan ni aku ambil di garden kat luar



Comments

Popular posts from this blog