Dunia dan Keyakinan
.
Orang yang bernikah ingin kan anak. Walau tak ramai satu pun jadi. Orang kata anak penyeri rumah tangga dan kalau tak ada anak akan sunyi suasana. Ada orang mempunyai anak ramai dan ada yang mempunyai anak sedikit. Ada yang mempunyai anak anak perempuan sahaja dan ada yang mempunyai anak anak lelaki sahaja. Yang tiada anak lelaki inginkan anak perempuan juga dan yang mempunyai anak perempuan inginkan anak lelaki juga. Sesungguhnya anak adalah pelengkap keluarga.
.
Ada pasangan yang sukar dapat anak. Nak dapat satu pun susah. Berbagai iktiar di jalan kan. Ada jumpa dukun, ada jumpa bomoh. Ada jumpa doktor dan ada jumpa pakar. Walau beribu ringgit perlu di keluar, tidak menjadi hal sebab anak adalah peyambung zuriat. Orang kata anak anak itu adalah rezeki dari tuhan. Atas kuasa tuhan untuk menganugerah anak. Yang penting adalah usaha tanpa henti. Orang perempuan sensitif kalau tak beranak. Takut di gelar mandul dan tak subur. Takut di sindir mertua dan takut suami cari orang baru. Memang kisah anak boleh jadi haru biru dan celaru.
.
Zaman sekarang anak ramai susah anak sikit pun susah. Aku ada anak lapan. Bila orang tanya ' Eh kau anak berapa?' . Aku jawab " Baru lapan'. Yang pelik tu orang yang bertanya aku tu macam ada masalah besar bila aku beri jawapan. Dia punya terkejut macam lah kalau ada anak ramai tu aku macam buat criminal atau aku macam pengganas. Aku memang meluat dan menyampah dengan orang yang macam ini. Orang yang sebegini lah yang perlu memperbaiki keyakinan dalam diri. Orang sebegini sebenarnya ada konflik dalam diri yang perlu di selesaikan.
.
Kita mendidik dan membesarkan anak perlu yakin dengan keupayaan Allah taala sebab dia yang memberi rezeki. Kita perlu menafikan keupayaan kita sendiri. Yang memberi nafas setiap hari, yang memberi makan dan minum setiap hari hatta yang menidurkan dan mencelikkan kita setiap hari adalah Allah yang Maha Agung. Bukan kita dan bukan sesiapa pun. Kita perlu perbaiki keyakinan kita kepada Allah taala. Apakah alasan yang sebenar untuk kita menidakkan seorang bayi di lahirkan kedunia. Untuk nak cantik? Untuk nak hidup mewah? Untuk nak glamor? Kalaulah niat nak cantik dan ranggi sepanjang masa jangan lupa suatu hari kita akan tua dan masuk ke kubur juga. Kalaulah untuk bermewah jangan lupa sebahagian harta adalah milik golongan miskin dan berhak menerimanya dan harta itu akan di tinggalkan. Kalau nak glamor, jangan lupa pada Allah juga kita di kembalikan dan untuk siapa kita nak glamor.
.
Jadikanlah anak anak itu sebagai insan yang kamil. Jadikanlah mereka sebagai anak yang solleh dan taat. Semoga mereka lah yang menjadi penyelamat setelah kita mati. Merekalah yang akan menjadi insan untuk membaca surah yasin dan lain lain untuk ibubapa apabila kita tiada. Merekalah yang akan mendoakan akan kesejahteraan untuk kita bila kita dah mati. Dan jadikan lah mereka sebagai penyambung amanat Nabi S.A.W.
.
Aku pegang pada kata kata orang alim ' Apa yang kita makan dan pakai, itulah hak kita dan juta juta dalam bank adalah hak Allah taala'. So why worry. Duit yang kita dapat dan belanjakan adalah untuk anak anak semata mata.











Comments

Popular posts from this blog