Melawat Ke Taman Burung - Kuala Lumpur
.
Hari ini aku ajak anak-anak aku ke Taman Burung. Ini lah kali pertama hendak ke sana. Dah banyak kali tiba di kawasan ini sebab aku suka melawat taman orkid di sebelah. So aku rasa eloklah kesana. Baqis dengan Safwan malas nak ikut. Balqis rasa itu tempat budak budak Maklumlah dia dah semakin besar. Safwan pula tak nak ikut sebab tak sanggup miss cerita cina. Bagi aku baki week end yang ada inilah nak di gunakan sebaiknya dengan anak anak aku sebelum aku outstation
.
Tiket RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak kanak 3-12 tahun. Jumlah kami anak beranak RM48 sahaja. Aku nak ambil gambar sebanyak mungkin di sini. Sebenarnya banyak tempat di sekitar KL ni yang aku belum lawati. Tapi dah lebih 20 tahun aku tinggal di sini. Itulah orang kata negara jauh boleh pegi tapi yang depan mata tak sempat sempat. Betul juga tu. Jom kita tengok apa yang ada disana.
Ni gambar anak anak aku 5 out of 8. Kami bergambar di pintu masuk. Kalau lihat dari luar nampak macam sempit tapi sebenarnya luas benar. Kami semua pakai gelang hijau di tangan Itulah tiket masuk ke Taman Burung.
.
Malaysia mempunyai banyak tempat menarik tetapi informasi kurang. Sepatutnya informasi mengenai tempat rekreasi atau perlancungan perlu di giatkan. Informasi bukan untuk di beri bukan hanya pada tempat yang nak di lawati. Tetapi setiap informasi perlancungan perlu di war war kan di setiap tempat awam dan di setiap negeri. Baru orang tahu apa yang ada di negara kita. Masa aku di luar negara setiap informasi boleh di dapati di tempat tempat awam. Siap detail aturcara dan bagaimana hendak ke destinasi tersebut. Memang tak akan sesat dan senang untuk di buat persediaan.
.
Taman Burung ni aku datang awal. Tapi banyak aktiviti di jalankan selepas tengahari. Masa dah sampai barulah aku tahu apa bila di beri pamplet selepas membeli tiket. Apalah punya nasib....lain kali war war la skit....senang orang nak atur program..Apa nak buat, beginilah negara aku dulu.....kini.....dan selamanya....
Comments