Lawan Kawat Kaki
.
Hari ini anak aku yang nombor 4 Muhammad Nur Hadi akan mewakili sekolah dia lawan kawat kaki daerah Ulu Selangor. Aku rasa bersalah sebab tak dapat ikut serta ke pertandingan tersebut. Rasanya cuti aku dah semakin berkurang. Last week dia ada tanya aku, nak ikut serta tak. Aku pandang dia dan senyum dan dengan selamba aku kata tak. Dia tak terkata apa. Aku rasa dia memang ingin aku melihat dia berkawat. Mesti dia bandingkan masa Ubai lawan bola yg aku turut serta. Aku harap dia tak berkecil hati.
.
Last Sunday aku bawa di ke barber shop untuk crew cut. Dia kata ustaz suruh potong pendek sebab nak masuk kawat. Aku cuba cari rasional nya tapi tak jumpa. Masa aku ke barber shop tu aku nampak dua tiga budak dgn crew cut. Pasti budak budak tu kawan Hadi sebab nak masuk kawat. Wajah Hadi selepas rambut di gunting agak kelakar. Kami semua panggil dia Yin sebab kepala dah hampir botak. Ha..ha.ha......
.
Aku macam tak percaya pada mulanya apabila di beritahu dia mewakili sekolah untuk kawat kaki. Mana nak percaya dengan tubuhnya yang kecil dan sifat dia yang agak fragile. Aku cuma tersenyum sahaja. Aku suruh dia berkawan depan aku. Dengan sungguh dia mengangkat kaki toleh ke kanan. Bagus...aku cakap. Hadi akan berusia 11 tahun pada November nanti. Masa wife aku lahirkan dia, saiz badan nya amatlah kecil. Mungkin di paksa keluar awal.
.
Hari ini pagi pagi dia dah bangun. Aku dah siap untuk ke ofis. Dia ambil kan pakaian seragam dan wife aku yang pakaikan dia. Nampak pakaian agak besar kalau di bandingkan dengan saiz badannya. maklumlah pakaian tersebut free saiz. Aku tetap memuji segaknya dia hari ini. Cuma aku silap sebab tak sempat untuk mengambil gambar dia yg berunifom. Tak apa balik nanti aku suruh dia pakai semula. Aku terus terlupa untuk beri sedikit wang pada dia harap harap wife aku dah beri wang untuk dia belanja.
.
For sure balik rumah nanti aku akan dapat keputusan kawat tersebut dan dia akan terus bercerita tentang pertandingan itu. Cuma yang pasti aku terasa ralat sebab gagal untuk mengikut serta...
Comments