Kisah Pilihanraya Kecil - Ijok
Sebenarnya aku bukan nya minat berpolitik, tapi aku suka mengikuti politik semasa terutama negara Malaysia yang aku cintai. Aku tak sokong mana-mana parti, tapi aku akan sokong orang yang jujur membela nasib rakyat. Aku tak suka pada orang yang bercakap tak serupa bikin. Tapi dalam negara yang aku cintai ini ramai sangat orang yang cakap tak serupa bikin, macam ketam ajar anak dia berjalan sendiri.
.
Rata-rata aku lihat barang siapa yang membabitkan diri dengan politik mesti ada habuannya. Dari contract sampailah agihan rumah orang miskin. Ini membuat aku jelak dengan orang yang seperti musang berbulu ayam. Satu ketika aku di rumah kakak member aku. Kakaknya telah beritahu aku bahawa ada seorang Datuk telah menawarkan sebuah rumah kos rendah dengan nilai RM40 ribu ringgit sahaja. Aku pon terkejut dan bertanya mana adil sebab awak orang yang terlebih mampu, sebab rumah murah hanya untuk orang berpendapatan rendah. Lalu kakak itu menjawap sekiranya dia tak ambil tawaran ini maka rumah itu akan di miliki oleh orang kaya yang lain. Aku terus diam dan terus menyoal di manakah keadilan yang di laungkan. Nampaknya orang kaya akan bertambah kaya dan orang miskin terus mengemis tanpa henti. Aku jadi begitu mual dan tertanya tanya mengapa boleh terjadi begini?
.
Pernah aku di soal oleh member aku mana parti politik yang aku nak masuk sekira aku berpeluang. Terus aku menjawap baik aku jadi ..dot.dot..dot. Dia pon hairan dan terus bertanya, kenapa? Aku kata politik di negara tercinta aku adalah untuk mengisi tembolok dan macam mana nak jadi kaya. Sebab manusia sekarang bukan seperti Saidina Abu Bakar lagi atau para sahabat yg hidup mereka sebagai pemerintah adalah untuk menjadi hamba pada rakyat. Di mana kita nak cari orang yang mempunya sifat sedemikian rupa? Jadi aku akan mendapat banyak faedah saham, projek, dan sebagainya.
.
Di negara tercinta aku ini pemimpin kekal memerintah walau terlibat dengan skandal dan masalah lain. Tak seperti yang berlaku di negara barat atau di India dan Thailand. Pemimpin rasuah atau berskandal dengan rela hati akan turun dari takta secara sukarela atau di paksa oleh rakyat. Aku menjadi malu apabila melihat apa yang terjadi di negara yang tercinta ini. Walau melakukan kesilapan tetapi mudah di putarbelit dan di lupakan. Sebab rakyat telah di momok dengan berita berita palsu dan kaku. Bila aku fikirkan kembali, adakah rakyat di negara tercinta ini terlalu bebal dan bodoh untuk memahami dan mengkritik pemimpin yang tidak jujur. Jadilah mereka golongan golongan yang melampau hidup atas dasar kaki kelentong. Aku rasa hati ini sungguh terluka dan kesal.
.
Dulu siapa pon tak kenal Ijok. Kematian ADUN baru baru ini seperti Ijok menjadi sebuah negara kecil. Semua orang kenal Ijok dan segala bentuk aktiviti di adakan di sana. Masa inilah baru dapat di lihat muka muka DatuK, Tan Sri, Datuk Sri entah apa yang seri lagi menjadikan Ijok begitu berseri seri. Janji janji di taburkan. Jalan jalan di turap. Penyanyi di bawa untuk menghibur penduduk ijok yang kesedihan sebab kehilangan ADUN. Pendek kata mahu apa pun pada ketika ini semua boleh dapat. Ketika ini barulah mereka mengambil berat tentang kampung yang kusam ini. Tapi itu hanya seketika sahaja dan selepas berpesta ria jadilah Ijok seperti pekan kowboy kembali. Rintihlah semahunya. Adulah dengan tangisan. Buatlah tuntutan dan sebagainya nescaya semuanya tak akan di hiraukan lagi.
.
Tadi member aku telefon bertanya tentang application ubahsuai rumah pada majlis bandaran. Dengan sinis aku jawap, kau pergi sahaja ke Ijok sekarang dan terus berjumpa dengan OK thing tuh nescaya akan dapat kelulusan dengan segera. Kami berdua terus ketawa.
.
Bagaikan drama swasta yang dapat aku rumuskan. Benarlah dunia ini tempat manusia bersendiwara atau berlakon. Tapi reality kehidupan sebenar tidak sekata. Aku cuma berharap supaya masyarakat Ijok akan membuat keputusan yang bijak untuk menentukan hala tuju mereka sendiri. Kita perlukan perubahan yang mantap yang dapat memelihara rakyat dari manusia manusia yang rakus dan gelojoh dengan keenakan dunia tanpa menghiraukan nasib anak bangsa.

Comments

Popular posts from this blog