Nak Makan?.........Pandai-Pandailah Nak Hidup
Eeeemmmmmmmm.......macam mana aku nak mulakan cerita nih??? Ok....macam ni cerita dia..Aku memang jaga sangat soal makan apabila bab halal haram di ragui. Bukan apa takut amalan yang banyak tu tinggal kosong sebab tak jaga makan. Orang kata kalau makan tak di jaga dengan baik maka doa tak di makbul dan gelap hati. So memang aku jaga makan sangat sangat. Tapi aku taklah kempunan nak makan sangat. Bagi aku kalau ada makan dan kalau tak ada carilah makan apa yang patut.
.
Sebelum aku tiba di Turkmenistan memang dah dengar masalah makan. Bukan makanan tidak ada tapi di ragui status halal dan haramnya. Al kisah pernah terjadi di sini di sekitar tahun 40an berlaku gempa bumi yang amat dasyat dan menyebabkan ramai penduduk terkorban, terputus bekalan makanan dan minuman bersih. Kebetulan pada masa itu negara ini adalah di bawah pemerintahan Komunis Rusia. Akibat dari tragedi ini seramai lebih kurang 120 ribu orang telah meninggal dunia. Akibat kerana lapar pihak komunis telah bekalkan mereka dengan makanan tidak halal untuk hidup dan telah menjadi resam kehidupan mereka kini
.
So kalau nak makan terpaksalah masak sendiri terutamanya melibatkan daging. Pernah aku di pasar melihat orang orang islam dengan biasa sahaja menjual kinzir bersebelahan dengan penjual daging lembu. Jadi macam mana nak di percayai dan di yakini. Itu belum lagi kita berbicara dengan amalan amalan yang lain. Samaada mereka ini sudah terputus hubungan dengan orang islam di luar sana atau jahil aku pun kurang pasti. Tapi yang pasti kita kena banyak usaha keatas mereka ini dengan cara yang terbaik.
Pakat ramai ramailah siang daging tu. Aku malas nak siang sebab pisau tumpul sangat. Tapi akulah jadi tukang masak. Siap masak kari india istimewa lagi. Malek pula siap buat capati pagi tu.
Comments