Anak Teruna Aku Demam


Sejak dua hari lepas anak teruna aku Ubai demam. Wife aku kata, temperature tinggi sangat. Sudah dua kali pergi jumpa doktor. Aku pun risau juga takut suhu tak turun turun. Selalunya bila Ubai balik, dia yang banyak membantu wife aku untuk kesana dan kemari. Oleh kerana dia dah demam semua wife aku kena uruskan sendirian. Mungkin sebab cuaca di sana pun tak menentu, tu pasal demam. . Hari ini wife aku ke Bidor untuk ambil anak aku Safwan balk bercuti dari PLKN. Kali ini wife aku terpaksa ke sana tanpa Ubai. Shamim yang tolong jaga Sarah sementara wife aku memandu. Memang Shamim rajin sangat menjaga Sarah kalau nak di bandingkan dengan yang lain. Wife aku bertolak pagi lagi dan waktu lunch baru tiba di rumah. Masa tu lah baru nak bergegas ke dapur dan masak. Nak masak di awal pagi memang tak sempat. Mana nak siapkan Sarah dan mana nak melayan kerenah Yusuff yang erlu seribu kesabaran. . Aku tersangat menghargai pengorbanan Umi tanpa berkeloh kesah dan komplen. Semoga Allah akan memberi ganjaran syurga kepada awak dan berbahagia di sana.

Comments

i amsterdam said…
Terharu baca posting ni esp doa AbuIkhlas buat isteri tersayang.

Popular posts from this blog