Pagi Tadi Salji Turun
Malam tadi tetiba aku terasa dingin. Aku jarang guna selimut apabila tidur. Bukan apa, sebab malas sangat nak lipat bila bangun pagi. Normally aku on kan heater yang agak comfortable and terus tidur. Sebelum subuh aku dah rasa sejuk. Nak capai selimut malas so aku cover diri ku dengan banal yang besar. Tapi masa terasa dingin di tepi. Apabila alarm aku berbunyi aku pun bangun dan mandi untuk ke surau untuk sembahyang subuh. Sekarang subuh pukul 6.47 pagi. . Bila aku buka saja pintu bilik rupanya salji turun dengan sederhna lebat dan penuh menutupi bumi. No wonder lah aku rasa sejuk lain macam. Walau pun snow masih turun tapi rasanya dah tak jakun lagi. Kalau boleh pergilah snow ni cepat cepat. Malas rasa nak berbungkus badan dengan baju yang tebal tebal. Rupanya selepas tiga jam snow pun berlalu dan mahari kembali muncul kembali. Perhaps inilah snow terakhir pada tahun ini.
Comments