Perkahwinan Melayu Klasik

Itu gambar kak aku yang bakal terima menantu tak lama lagi.....hehehe. Sekarang sibuk dia pegi memanggil dengan mak aku.

Hujung bulan ni aku balik. Sebab utama aku kena balik awal adalah sebab anak buah aku nak nikah. Kakak aku minta aku balik juga. Yelah aku kan pak saudara yang paling kepoh kalau ada hari kenduri. Lagi pun nak tolong juga apa apa yang patut. Sebelum tu kakak aku dah cemar sebab anak dia mungkin terperangkap di Egypt. Aku pun risau juga sebab kenduri akan di adakan pada 5th March. Kalau anak dara stranded tak dapat balik tinggal kenduri lah sahaja. Alhamdulillah last week dia dah cabut awal awal dengan tiga orang kawan dia. Mujur ada ustaz yang tolong uruskan mereka balik, dah dah selamat tiba di rumah. Nak balik ke sana entah bila pula tak tahulah.
.
Berbalik pada cerita kenduri ni, aku sendiri fobia tengok suasana kenduri. Banyak benda yang harus di lakukan sebelum dan selepas kenduri. Belanja kenduri tak payah lah cakap. Kalau kenduri anak pertama selalunya besar dan orang ramai akan bertandang. Kira 20k mesti ada dalam tangan. Kadang rasa nak buat simple aje tapi budget selalu lari. İtu belum kira mas kahwin dan wang hantaran lagi. Aku dah siap cakap kat anak anak teruna aku, kalau nak nikah nanti pandai pandailah kumpul duit.
.
Aku pernah juga berangan kalau anak anak aku nak kahwin nanti walaupun masih jauh agaknya mereka nak kahwin. Untuk aku kalau nak buat majlis perkahwinan, aku lebih suka buat something yang simple yet special. Aku memang sukakan concept melayu klasik. Kira pengantin pakai baju melayu bersongkok dan anak dara pakai baju kurung johor. Itu dah cukup cantik dan simple. Tak payahlah nak sewa pakai baju rambu ramba dengan kain net yang boleh menjala ikan. Rimas aku nengok.
.
Sekarang aku nengok orang kasi cendera hati beg kertas kecil and disi dlm tu goodies ape entah. Tapi kalau aku aku akan buat bunga telur sahaja macam dulu dulu tapi telus tu aku akan warna dengan beranika warna. Aku rasa bagi bunga telur lebih sentimental dari pada beri gula gula, cupcakes and sebagainya. Kenduri anak buah aku nanti dia kata dia dah beli banyak tasbih untuk di beri. Itu satu idea yang baik kan. Kalau orang zikir dapat juga kita pahala dan orang tak fikir nak buang atau sepahkan.
.
Heheheh...banyak betul angan angan aku kali ni kan.....

Comments

i amsterdam said…
Assalamualaikum,

You make me smile... anak dara mesti juga nak pakai net berambu ramba macam jala ikan tu... baru berseri sikit!!! sekali je seumur hidup... org lelaki ada peluang nak naik pelamin banyak kali kan??? Tapi memang i suka bunga telur berbanding gula2 & kek... lebih tradisi. :D

Popular posts from this blog