University Kolej Shah Putra


Hari ini wife aku pergi ke Kuantan menghantar anak teruna aku belajar di University College Shahputra selama 3 bulan sebelum berangkat ke Egypt selepas raya nanti. Sepatutnya aku dah berada di Malaysia and aku yang patut menghantar anak aku ke sana. Oleh kerana kita kat sini in critical stage (walau kerja aku tak critical tapi teamwork punya pasal) aku terpaksa tangguhkan cuti aku selama seminggu. Maknanya Jumaat ni baru aku bertolak ke Malaysia dan insyaallah Sabtu baru sampai. Aku turut rasa terkilan sebab tak dapat menghantar anak aku tu. Wife aku yang bersusah payah memandu kereta ke Kuantan dan di temani oleh Yusuff dan bapa mertua aku. Seperti biasa Yusuff tak dapat berenggang dengan wife aku walau selangkah hatta sekelip mata.
.
İnsyaallah pada 11th June aku akan ke Kuantan untuk ziarah dia and terus ke Dungun untuk menhantar Ubai balik. Aku sudah suruh Ubai pulang ke rumah pada hari rabu sebelumnya sebab untuk tolong aku siapkan rumah yang perlu di uruskan. Aku doakan agar balik nanti inyssallah semua urusan akan berjalan lancar.

Comments

Popular posts from this blog