My Garden Is Blooming
.
Betapa seronok and indahnya apabila pokok pokok di taman sudah mula mekar bunganya. Berbagai warna dan corak punga akan kelihatan. Ada yang berwarna merah. Ada yang berwarna ungu dan ada juga yang berwarna merah jambu. Bila bangun pagi melihat bunga bunga yang menguntum dan di belai pula oleh kumbang kumbang, memang syahdu and best di rasakan. Ada banyak lagi aktiviti di garden ni yang perlu di laksanakan. Masih ada anak anak benih yang perl di ubah. Ada daun daun reput yang perlu di pangkas. Ada creepers yan perlu ti tarik dan letak di atas rak. Ada juga tanaman yang perlu di ubah ke pasu yang lebih besar. Semuanya memerlukan masa aku yang terhad ini.
Pokok haliabara aku ni bersilih ganti mengeluarkan bunga. Bila bunga sudah banyak memang menarik sekali di lihat. Sekali sekala terpaksa membuang ulat berluncas yang menggulungkan diri pada helaian daun. Satu satu perlu di perhatikan supaya pokok sentiasa segar dan menghijau.
.
Sebenarnya sesiapa sahaja boleh menjadikan tanah sekangkang kere sebagai taman yang indah. Cuma perlu ada sedikit imaginasi dan rajin unuk menjaga seperti menjaga anak sendiri. Tiada alasan untuk di katakan tangan tak sesuai atau tangan panas. Pokok pokok juga seperti manusia macam kita yang memerlukan mineral dan vitamin untuk hidup sihat. jadi janganlah kedekut untuk memberi baja sebagai makanan kepada tumbuh tumbuhan.
Comments