An Odessy To The Land Of Anbia



Aku dah lama nak ke Mesir. Aku amat tertarik dengan sejarah tamaddun Mesir dan kisah kisah para anbia yang bermujahaddah berjuang untuk agama Allah Taala. Banyak iktibar yang boleh diambil di sini untuk menjadi pedoman pada kita umat akhir zaman. Semasa aku berkerja di Sdan aku telah merancang untuk ke sana tapi apakan daya Allah tak izin. Tapi aku masih menanam niat yang kuat di sanubari ini moga moga Allah tunaikan juga niat aku ni.

.

Bila anak aku Safwan pergi ke Egypt untuk sambung belajar aku rasa amat terkilan kerana aku tak sempat untuk menghantardia di KLIA sebab aku masih nerada di lar negara. Tetapi aku telah berjanjai kepada dia yang aku akan pergi ke Egypt pada bulan Disember insyaallah. Apabila aku dapat tahu bahawa anak aku cuti selama 10 hari pada Aidil Adha, tanpa berlengah lengah lagi aku terus membuat tempahan tiket untuk ke sanan.

.

Pada mulanya aku contemplating siapa yang perlu aku bawa. Finally aku bawa Ubai dan Hadi untuk urut serta sebab yang lainnya masih lagi bersekolah. Tiket semuanya dalam RM 7200 lebih. Tak apa tenyeh credit card aje. nanti bayo...hehehe. Aku telah menempah untuk kesana pada 3hb November flight 10 malam, Egypt Air. Bagussnya Egypt air sebab bagasi di benarkan untuk di bawa seorang 46 kg serta hang luggage seberat 8kg. So kami bertiga bolehlah korang imagine berapa berat kami boleh bawa.

.

Aku contact anak saudara aku yang berada di sana untuk uruskan tempat tinggal semasa d Alexandria dan aku telah hubungi Uzair untuk uruskan tempat menginap semasa di Cairo. Semasa masuk saja ke dalam Egypt Air aku agak terperanjat sebab pesawat memang best dan makanan pun best. kami transit sebentar di bangkok sebelum menyambung semula perjalanan ke sana. Di dalam fikiran aku tak ada apa apa yang best aku expect tapi aku dah expect for the worst. Nanti ikutilah cerita aku seterusnya di dalam lambaran seterusnya mengenai perjalanan aku di Egypt.

Comments

Popular posts from this blog