Rumahku Duniaku


Alhamdulillah akhirnya rumah aku dah siap yang bekonsepkan 2 in 1. Sebenarnya rumah aku ni dah siap sebelum raya lagi. lama dah nak update dalam blog tetapi dah kena block masa aku di Turkmenistan, maka hasrat untuk undatekan blog tak kesampaian. Sekarang aku dah di Malaysia and assignmentdahselesai bolehlah aku aktifkan kembali blog aku ni. Untuk peminat blog aku ni rajin rajinlah berkunjung ke sini semula. Segala comment nanti saya akan jawp kesemuanya insyaallah.



Hajat untuk aku memiliki granfather's chair akhrnya tercapai juga. Mula mula tu nak juga cari warna floral, fikir fikir balik lebih baik ambil yang rustic color baru best dan mengancam. Lamp shade tu aku suruh my friend belikan untuk aku. Yang bestnye wan post atau courier lebih mahal dari harga lampu.



Armed chair ni aku beli kat fella. Warna cream ni better and bila blend dgn warna grayish brown pada wall tu memang mengancam. Hehehehe....puji diri skit. Apa salahnyakan setelah penat menyempurnakan hajat. Bunga ros tu aku beli di SSR jalan Tunku Abdul Rahman. Sekuntum hargaya RM10. Banyak lagi pilihan yang lain tetapi bila nampak saiz vase yang sedia ada elok beli bunga yang panjang.


Aku tak tahu apa nama pokok yang merendang di pegola aku ni. Warna purple kalau mengarmemang menarik. Satu lagi tu seperti bunga morning glory. Setiap pagi ada sahaja kumbang kumbang yang berlegar untuk menghisap madu. Sekali aku dedang pruning ranting tetiba ternampak sarang labah labah sebesar penumbuk aku. Dah sah aku telah mengundang sahabat sahabat alam untuk bermain di garden aku ni.


Pada court yard aku pula aku beli buian yang berharga RM700 untuk kami melepak sambil menghirup udara segsar. Aku beli javanese and yellow pam untuk menyegarkan lagi suasana sekeliling. Tu anak dara aku dengan sahabatnya semasa majlis jamuan hari raya.


Inilah dia ruang tamu rumah aku yang sudahlengkap. Aku jadikan ruang ini untuk golongan adam. Ada satu lagi untuk golonga hawa. Bila aku bercuti dengan begitu lama, banyak lagi projek projek yang aku akan buat dan berharap semuanya tercapai. First think aku nak kena beli mesin jahit baru.

Comments

rafiq said…
rumah kat mana? sungai buaya ke
Abu Ikhlas said…
Aa Rafiq kat Sungai Buaya. Ni Rafiq mana ye....

Popular posts from this blog