Bintulu Flooded
Ini yang di katakan malang tidak berbau. Apa yang kita rancang lain jadinya. Tapi perancangan Allah lah yang terbaik. Yang penting kita sabar dan redha.
Aku dah puas jalan jalan di Brunei and now is the time to go home to Bintulu. Lepas check out kami terus pandu ke Sarawak. Tiada lagi tempat nk singgah. Langit pun semakin mendong dan gelap. Perjalanan menuju ke Telaga Tujuh memakan masa selama satu jam lima belas minit. Setiba di check point kereta penuh berbaris. Weekend ramai yg nak balik kam pung ke arah yang bertentangan.
Selesai sudah kami bertolak ke kedai mamak. Ingat nk makan nasi beriani tapi tak menyelerakan. Aku dan Hadi order mee goreng ang Shamim order maggi. Alamak tak sedap. Nandy pergi cari surau untuk dolat jamak. Cuaca semakin mendung. Sepanjang perjalanan ke Bintulu hujan lebat. Dengar berita Bintulu banjir. Aku tak angkat pot sangat. Rasanya rumah aku ok kot. Aku terus gonyeh kuaci sambil borak dengan Nandi. Anak anak aku kat belakang dah di buai mimpi.
Hajan masih lebat. Setiba di daerah Bintulu hujan kembali renyai. Aku letih. Rasa tak sabar nak tido je. Masuk jalan rumah aku jalan mulai jem. Rupanya banjir kilat. Ok...releks dulu. Banjir biasa kot. Kenderaan makin banyak dan jalan kerumah aku dah di naiki air. Aku masih releks. Mungkin belum masuk rumah.
Aku terus ambil jalan lain. Air pasang di sana sini. Laju dan deras. Aku kena balik rumah juga. Aku kata pada Nandy.... You can drive home now because if it is raining you would be trapped in the jam. Kami keluar kereta dan angkut semua barang dari keta Nandy. Kami langkak perlahan lahan. Air semakin deras menerjah kaki kaki kami dan rasa seperti tak bermaya. Aku pegang Shamim dengan kuat takut di bawa arus.
Sesampai di rumah selut sudah menutupi porch. Apabila pintu di buka kami terperanjat apabila rumah di penuhi lumpur. Aduh......aku dah dapat bayangkan kepenatan. Jam dah pukul 10.00 mlm. Aku meluru ke bilik alu yg baru di kemas. Semua berwajah hitam. Kapet aku sudah tiada rupa. Semua baju basah dan berselut. Meja aku kembang. Kasut semua basah. Sofa dan curtain basah. Peti ais terbalik bersama rice cooker dan kettle. Dua lagi bilik pun penuh lumpur. Aku bingung sekejap. Apa perlu aku buat. Rupanya pakaian kering tinggal di badan sahaja.
Apa lagi aku dan anak anak terus bergegas cari penyapu dan apa patut untuk bersihkan rumah. Kami menyentak dan membasuh sehingga pukul 2 pagi. Kaki aku terasa kebas dan sejuk. Mujurlah ada Hadi dan Syamim membantu. Di samping itu aku terus membasuh kain dan sediakan ampaian. Memang terasa penat dan keletihan. Hanya Allah yang tahu.
Inilah banjir yang paling teruk di Bintulu. Di luar sana ramai orang yang mundar mandir untuk ketahui apa yg berlaku. Aku buka phone. Ada message dari Pak Mat dan Wong mohon emergency leave sb rumah dinaiki banjir. Aku pun balas kita sama nasib. Kemudian Simon mohon cuti sebentar sebab rumah ibunya banjir.
Hari ni aku tak kerja. Esok entahlah. Banyak benda nak buat. Belakang aku rasa sengal and lengoh akibat peristiwa banjir. Banjir memang malapetaka yg di undang oleh manusia sendiri. Doakan tiada lagi kejadian begini.
Cuma aku harap siapa mwnteri banjir tu ingat ki sama. Gomen Qatar dah donate rm33 juta. Jgn lupa imbuhan mangsa banjir di sini ye. Kalu kena isi borang tolong habaq mai. Jgn buat bodoh je ye.....
Comments
This is my first time here. It is an interesting blog because you write about simple day to day matters with reminisces of your travels. I wonder why this particular entry is repeated twice.
I have gone through a few entries, about ten, but still unable to know who you are. I can only assume that you are working for an oil comapny, Shell or Petronas and are now based in Bintulu.
Reading about places like Miri, Niah, Brunei. Bintulu brings back old memories when I used to visit these places many many years ago.
By chance the subject of flood happens to be one that is talked about in Terengganu where I live. The flood tthis year is extraordinarily severe, resulting in many losing homes and belongings. Such is life.
I would have emailed you this note had I known your address. Mine is on the profile page of my blog. I would be very happy to know you and family a bit more as I am with a number with visitors to me blog.
Happy new year to you and family.
Pakcik Almanar