Imbas Kembali Kisah Yang Silam.......
.
.
I vetted through my dairy today and it made me smile..............just remembering the sweet time that we shared together.....I wrote it when I was on the plane to Frankfurt on the way to Copenhagen......I left Peremba and joined OGP.....This is life..Pleople come and go just like day and night. I would like you to share my sweet memories with them....
.
.
Kuala Lumpur Flood Mitigation Project
.
2002 KLFM bermula
Peremba seronok bagai nak gila
Ramai staff mula bersila
Kerna dok pikiaq bagaimana nak mula
.
Encik Hanif Projek Direktor
Lagak aksi tak macam diktator
Tak ada mainkerja kotor
Orangnya baik boleh jadi mentor
.
Setiap minggu JPS di tandang
Proposal silap dah kena tendang
Peremba semangat tak kan kecundang
Baik Pulih sedia di hidang
.
RPM di lantik ketua perunding
Diherdik kutuk tidak melenting
Tapi Dr Wong selalu bikin pusing
Kesian Liam semua menuding
.
SPM itulah Loong
Suka buat problem staff terlopong
Kadang tu susah nak mintak tolong
Entah apa yang dia kelentong
.
Seorang lagi Encik Ghazali
Suka mengamuk orang dah lali
Kadang tu facts tak perduli
Asalkan isu boleh di taici
.
Projek kontoler itulah amir sab
Dalam meeting kadang-kadang lesap
Mencatiti minit bila PD berucap
Tapi kadang-kadang facts tak lengkap
.
Rozlin Abuya senyum simpol
Kerja dia masuk tender dalam sampul
mulut celupar kadang tersembor
Tuan puan nak tau.....dialah sex simbol
.
Makin hari Bahazin dah botak
Rajin bekerja bagai nak ghak
Orang dah gosip dia tersentak
Alhamdulillah gaji naik jugak
.
Orang gelar Ezra Toh Puan
Arah sana sini macam tuan
Sedarlah semua wahai kawan
Dia cuma dengar ikut arahan
.
Hisham suka makan donut
Baru sekali odit rasa dah tenat
Naik turun tangga rasa dah penat
Rupanya drawing yang tak sihat
.
Mohan gemuk badan nak kurus
Pergi Batu Pond untuk mengurus
Dalam meeting jumpa pengurus
Kena bambu terus lurus
.
Orang releks itulah Aznir
Bab mechanikal dialah mahir
Mechanikal masalah aku belum lahir
Tanyalah Ross....dia yang zahir
.
Kalau orang putih nampak bijak
Semua kepala kita nak pijak
M&E planning telah terjebak
Ross said"...Hey....Aznir yang Injak.."
.
Tempat berhimpun kaunter depan
Gosip sakan umi pingitan
Ni aku nak beri peringatan
Doklag baik-baik jauhilah syaitan
.
Gondrong senyum manis rupanya
Bila senyum gigi berbaris mutiara
Ada hati takut nak sapa
Cuba teka badannya siapa
.
Mansor jaga QA QC
Selalu di bantu Zu berisi
Buat inspection sebabgai saksi
Jawap NCR itulah fungsi
.
Khairol bertunang dengan guru
Tiap tiap hari kepala di garu
YM aktif semua di buru
Lelaki di ngorat...ni dah haru
.
Selamat bertunang Tun dan Zaneeda
Dalam diam rupanya bercanda
Walau pun dia akan tiada
Tarikh nikah jangan di tunda
.
Projek mula ambil ramai wanita
Semuanya besar tak terkata
Fakrol rasa dah tak leh buka mata
Peristiwa pantai masih bertakhta
.
EPU dan Rafik sudah sebati
Tekan computer dengan berhati
Lama dah kata nak berhenti
Rasanya Peremba sehidup semati
.
Taman batu Muda isu berganda
Masalah datang tak leh di tunda
Ghazali pening dah tak tau benda
Rupanya Setiakon punya angkara
.
Sok sek sok sek...masjid nak bina
Siapakah dia dara dan teruna
Masalah datang semua tak kena
Kalau dah jodoh buah hati tak kemana
.
CRE meeting tiap-tiap hari
Rupanya fungsi tak menentu
Come on SPMs mana leh cam tu
Perbetullah satu persatu
.
Orang semua tahu aku lazernya mulut
Tapi buat kerja tak pernah kalut
Kalau tanya facts di tuntut
Buatlah homework apa yang patut
.
Shakhirketawa satu mata pejam
Ketuq ketaq...YM memang tak diam
Aku bos memang dah faham
Kerja siap itu di idam
.
Quzi asal dari Kelantan
Steady and slow itulah amalan
Saharuddin datang mesyuarat sakan
Dalam diam service nak di tamatkan
.
Dulu Che Hassan kini Tengku
Bukan lagi buat kerja memangku
Entertain client sendiri saku
Kalau macam tu...kopaklah aku
.
Ku Abdullah hensem orangnya
Memang orang suka bertanya
Method statement penuh tanda tanya
Safety kantoi memang kes naya
.
Cukup di sini Gurindam seloka
Untuk menghibur hati yang duka
Hari raya kita boleh jumpa
Che Hanif nengok nengoklah....moga-moga sekali ni semua dapat duit raya....
.
Hehehehehehehehe.........
.
It was written on the 23rd march 2005, 11.40 p.m. (Malaysia time)

Comments

Popular posts from this blog