Kemana kah kita akhirnya

Hidup ini amat indah pada orang yg ingin mengindahkannya.
Lihat lah pelagi petang selepas hujan.
Sungguh cantik taburan warna dari jingga ke biru.
Lihatlah air yang mengalir dari gunung ke laut.
Alunannya gemersik seindah muzik gamelan.
Rasalah angin yang menghembus menyapu tubuh kerdil terasa dingin yang nyaman.
Inilah nikmat yang Allah anugerah supaya manusia menilai dan mengingati kebesaran Nya.

Manusia adalah pengembara yang berjalan dengan tiada noktah.
Tujuan hanya satu mengabdi diri pada yang Memerintah.
Ikut cara dan sunnah Nabi S.A.W. pasti akan berjaya dunia akhirat.
Sekiranya engkar gagal lah selamanya.
Inilah hukum yang di jelmakan semoga manusia mendapat panduan dan harapan.

Hidup ini ada kalanya senang dan ada kala nya susah.
Senang tak bererti tidak susah and susah tidak bererti tidak senang.
Susah senang itu adalah hukum hakam dunia.
Tetapi iman dan taqwa adalah penawar bagi manusia yang susah dan senang.
Manusia kelaparan bukan tak cukup makan tapi di tarik nikmat.
Orang senang bukan terlebih nikmat tetapi diuji hebat.
Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya melainkan hamba itu sendiri berkeinginan untuk mengubah destinasinya.
Inilah dinamakan takdir pilihan.
Tetapi mengubah nasib sama juga dengan berhijrah.
Berhijrah daripada yang jahat kepada baik dan yang baik kepada taqwa.
Inilah jalan penghujung untuk mendapat keredhaan Allah.

Alangkah baiknya aku menjadi seekor burung yang tiada hisab di penghujung hari.
Alangkah baiknya aku menjadi jerami dimamah ternakan di pagi hari.
Inilah kata-kata Saidina Abu Bakar setiap kali mengingati hidup dan mati.
Setiap kali aku melintasi kubur aku akan menangis.
Kerana tempat inilah destinasi pertama selepas mati.
Sekiranya gagal di sini maka gagal lah seterusnya.
Sekiranya nikmat di sini maka bahagialah di sana.
Inilah huraian Saidina Othman setiap kali melalui kuburan.
Siapakah orang yang bijak?
Orang yang bijak ialah manusia yang tidak cinta dunia dan tak takut mati.
Inilah sabdaan Nabi S.A.W.

Pandanglah pada diri.
Muhasabahlah di dini hari.
Apakah kita mengerti maksud hidup yang di anugerah oleh Ilahi.
Apakah kita bersyukur di beri rezeki banyak sekali.
Jika kita insafi diri pasti ada perubahan yang di cari.

Comments

Popular posts from this blog