Ingatlah Pesanan Ini Wahai Anak Ku
.
Aku masih ingat lagi semasa baru kahwin dengan wife aku. Hari tu kami sekeluarga berada di Subang Airport sebab aku akan membawa isteri aku ke England sebab aku melanjutkan pelajaran untuk buat Master. Masa tu usia perkahwinan baru sepuluh hari dan wife aku pun masih malu-malu dan tersipu-sipu. Maklumlah kami bernikah bukanlah atas dasar cinta atau lebih tepat lagi cinta selepas nikah. So masa tu aku pun biarlah dia bersama-sama keluarganya. Aku lihat dia tenang di sebelah bapa mertua aku mendengar pesanan dan menitiskan air mata. Pada masa itu aku sibuk dengan kawan-kawan yang menghantar. Apabila aku di pesawat aku pun bertanya, apa yang ayah pesan. Dia kata ada beberapa perkara yang ayah beritahu iaitu:
.
1. Jaga makan minum suami dan pastikan suami makan sebelum ke kuliah atau kerja
2. Ayah dan emak bukan lagi keutamaan tetapi suami dan keluarga suami adalah keutamaan yang paling tinggi
3. Dalam segala hal jagalah hati suami dan maruah suami
.
Aku pun terasa sebaknya tapi nak maintain macho aku pendam kan sahaja airmata......
.
Beberapa hari yang lalu aku dapat satu pesanan Imam Ghazali yang di kirim oleh ahli DCCK and I should thank her very much. Sekiranya di takdirkan anak-anak perempuan aku bertemu jodoh dengan pilihan Allah taala pasti aku akan ulangi kata-kata bapa mertua aku dan akan aku baca pesanan Imam Ghazali kepada mereka semoga menjadi peringatan yang berkekalan dan mendapat keberkatan sepanjang hayat.....amin.
.
Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinannya : " Anakku!Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan,dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu;Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau. Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.Peliharalah hidung, telinga dan matanya.Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkanyang baik dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu melainkan yang cantik, belaka".
.

Untuk Nisabalqis, Nursyamim Alia and Safiyya Nur Shahadah..........ingatlah ia selalu supaya menjadi amalan yang baik di masa depan....walaupun kamu sedang membesar....


Comments

Popular posts from this blog