Secebis kisah .............................Di manakah Lokman.....
Sebelum saya meneruskan cerita saya yang lain dari yang lain saya ingin ucapkan tahniah kepada Cik Mona kerana telah berjaya mengungkap kisah kisah di dalam dcck ini untuk menjadi pengajaran yang berguna kepada pembaca. Untuk pengetahuan cik Mona, ini adalah kali kedua saya menulis di ruang dcck ini.
Pernah sekali Cik Mona siarkan di ruang ini kisah saudara baru. Pada masa itu ingin saya mencoret pengalaman saya di sini tetapi masa tidak mengizinkan. Saya berharap kisah yang saya bentangkan di sini akan menjadi iktibar dan membuat kita berfikir adakah kita sendiri yang menyusahkan kehidupan saudara baru dengan kerenah birokerasi atau kita sendiri yang malas untuk mengambil berat.
Selalunya pada setiap hujung minggu, saya dan rakan-rakan akan membuat ziarah pada saudara Islam untuk bercerita tentang agama untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat supaya kita sentiasa betulkan diri dan bukan untuk mengajar. Sebab untuk bercerita tentang dunia semua orang amat arif tetapi untuk cerita ghaib kita kena sentiasa cerita selalu supaya peringatan sentiasa di dalam diri.
Pada suatu petang kami telah menziarahi sebuah rumah dan terus memberi salam. Tuan rumah pun keluar yg berparas rupa seperti seorang cina. Dia pun menjawap salam kami dan menjemput masuk. Pada masa itu kami pun teragak yang kami tersilap rumah. Rupa nya dia memperkenalkan dirinya bahawa dia adalah seorang saudara baru bernama Lokman. Dia menceritakan yang dia telah memeluk islam semasa menuntut di United Kingdom dan sudah dua tahun.
Pada hari seterusnya saya terus menziarahinya dan menjadi sebagai rutin bersama sama dengan kawan rapat saya (juga bernama Lokman yg telah kembali ke rahmatullah 3 tahun yang lalu). Saya cuba tunaikan tanggungjawap saya untuk melaksanakan haknya sebagai seorang saudara baru. Keputusan nya untuk menjadi Islam mendapat tentangan hebat dari keluarganya terutama bapanya. Saya pun cuba memahami keadaannya dan banyak menasihatinya supaya banyak bersabar. Kami sering berjumpa di masjid selepas solat maghrib dan isya untuk bertanya khabar.
Pada suatu hari saya amat terkejut apabila mendapati rumahnya kosong dan tiada di huni. Semua barang-barang di dalam rumah sudah tiada. Pada malam keesokannya saya mendapat panggilan dari Lokman. Dia memberitahu bahawa bapanya telah datang semalam dan menuntut dia pulang ke kampung di utara semenanjung. Pada malam itu dia bergaduh besar dengan bapanya. Lokman berasal dari keluarga yang berada. Bapanya telah memberi kata putus supaya dia meninggalkan Semenanjung selama 3 tahun dan menetap di Singapura. Sekiranya dalam masa tersebut Lokman masih nekad sebagai Islam, maka bapanya tak akan mengganggu lagi. Dari apa yang di ceritanya, saya dapat tafsirkan bahawa bapanya telah tahu bahawa Lokman telah berada di dalam suasana masjid dan Islam dan suasana akan berbeza sekiranya dia menetap di Singapura. Arahan bapanya bekerja di sana and segala perbelanjaan akan di tanggung oleh bapanya sekiranya dia gagal mendapat pekerjaan.
Saya menjadi risau sebab perkara ini berlaku dalam bulan ramadhan. Bagaimana puasanya dan ibadat yang lain dapat dia laksanakan. Selang beberapa hari Lokman menalipon saya dan memberitahu dia sudah menyewa bilik keluarga cina dan sedang mencari pekerjaan. Saya beritahu lokman bahawa allah uji sebab allah sayang lokman dan saya terus mensihat lokman bahawa jangan beranggapan untuk menjadi islam sangat susah. Yelah berbagai halangan terpaksa di hadapi. Boleh di kirakan tiap-tiap malam dia menalipon saya untuk berbicara. Pada setiap kali dia talipon tiada perkataan lain dapat saya ucap kecuali berbanyak bersabar. Oleh kerana suasana dah berubah lokman mengaku bahawa dia telah meninggalkan puasa selama beberapa hari.
Saya pernah beritahu lokman kalau ingin mencari pilihan hidup carilah isteri sebangsa supaya ayahnya tidak mempunyai tuduhan bahawa lokman berubah agama semata-mata ingin bernikah dengan wanita melayu. Moga-moga kebencian bapanya sedikit reda sekira mempunyai menantu cina, sebab banyak masyarakat cina tidak dapat bezakan dua perkara yang amat berbeza iaitu Islam dan Melayu.
Pada suatu hari saya berpeluang outstation ke Johor Bharu. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk ziarah Lokman di Singapura. Kebetulan saya pergi bersama-sama dengan aruah kawan saya untuk melihat keadaan nya disana. Bagi saya Lokman sudah seperti adik sendiri. Kami bertemu di sebuah masjid tabligh di Singapura supaya senang untuk di perkenalkan kepada orang Islam tempatan untuk sentiasa berhubung dengan Lokman. Keadaan Lokman sedikit kurus dan dalam keadaan rungsing. Seperti biasa saya pohon supaya dia banyak bersabar. Saya tahu berat mata memandang berat lagi bahu menanggung.
Setelah beberapa ketika Lokman beritahu dia ingin bernikah dengan seorang wanita cina yang belum lagi islam. Saya pun beritahu apakah syarat-syarat yang perlu dia patuhi. Keluarga Lokman amat gembira apabila mendapati Lokman ingin bernikah dengan wanita yang mereka kenali dari keluarga berada. Kebetulan mereka bertemu di Singapura dan wanita tersebut adalah penduduk tetap Australia. Lokman telah membuat keputusan setelah bernikah untuk berhijrah ke Australia . Boleh dikatakan tiap-tiap malam Lokman talipon saya untuk mendapat pendapat tentang perkahwinan nya. Semakin hari saya menjadi buntu dan menganggap masaalah dia adalah masaalah saya. Pada pandangan keluarga lokman, dia sudah tidak serius lagi dengan Islam. Saya pun beritahu pada Lokman untuk menyukakan hati keluarganya dalam keadaan penuh paksaan, ikut sahajalah kenduri pernikahan itu walau pun di buat bukan mengikut lunas Islam. Cuma nasihat saya janganlah bersatu dengan isteri sebab awak masih belum halal untuk bersatu.
Pada masa yang sama saya berjumpa imam di tempat tinggal di Petaling Jaya, dan menceritakan keadaan Lokman dan minta imam uruskan soal nikah Lokman. Rupanya bukan semudah yang di sangka sebab banyak birokerasi. Saya berasa teramat kecil hati sebab mengapa menyusahkan satu perkahwinan. Pada malam berikutnya Lokman menalipon tentang tujuan untuk singgah kerumah saya agar pernikahan dapat di laksanakan. Dengan berat hati saya beritahu Lokman agar terus bersabar dan cuba menjelaskan bahawa Lokman perlu tukar identiti islam agar apa yang terjadi kelak dari segi tuntutan anak dan mayat dapat di perjelaskan. Alhamdulillah Lokman faham dan sedar tanggungjawap baru nya.
Selang beberapa minggu Lokman pun berhikrah ke Auatralia bersama isterinya yang belum lagi sah. Jiwa saya masih tertekan dengan keadaan tersebut. . Kebetulan pada malam tersebut Lokman telah menalipon saya dari Australia beritahu keadaannya disana dan bagaimana untuk mengatasi masaalah pernikahannya itu. Dengan izin Allah, aruah kawan saya telah pergi ke Australia berkhursus Saya telah memberitahu aruah supaya mencari Lokman di sana sekiranya sempat dan carilah imam di masjid terdekat untuk menyelesaikan masaalahnya.
Setibanya aruah ke tanah air dia memberitahu dia tak sempat mencari Lokman tetapi mendapat alamat masjid terdekat. Apabila Lokman menalipon dari Australia saya pon beritahu Lokman supaya mencari masjid tersebut dan berjumpa dengan imam di sana dan ceritakan segala msaalah Lokman. Alhamdulillah selang seminggu jadilah mereka suami isteri yang sah dinikah kah di sebuah masjid di Australia. Lokman telah menalipon dan menyampaikan berita gembira tersebut.
Peristiwa ini telah berlalu 10 tahun yang lalu. Tetapi sekarang saya telah kehilangan Lokman. Saya pun tidak tahu di mana dia sekarang. Saya pun telah berpindah dan sudah beberapa kali saya hantar kad ucapan kepada Lokman di Perth Australia tetapi tiada balasan. Mungkin sekarang Lokman telah beranak pinak dan mengecap kebahagian setelah puas mengharungi ujian. Sehingga sekarang saya masih teringatkan Lokman apakah lokman masih lagi Lokman yang dahulu saya kenali. Harapan dan doa saya semoga Lokman menjadi seorang insan yang beriman dan beramal soleh. Sekiranya Lokman berpeluang membaca coretan saya ini cubalah hubungi Puan Maimunah dcck untuk mendapat alamat dan email saya. Cuma ingin saya mengingati kawan-kawan sekelian bukan senang untuk menjaga saudara baru sekiranya diri kita sendiri tiada persediaan rohani dan jasmani.

Comments