My Newborn Baby Hafiz Nur Yusuff
.
Sabtu lepas 1hb Dec aku ke Pusrawi and aku rasa mungkin ni final checkup memandangkan due date dah approaching. Kalau ikut scan awal due date pada 18hb Dec. Tapi melalui pengalaman aku selalunya wife aku akan bersalin awal dua minggu. Bila Dr. Habibah check, dia kata dah open 3cm and arah masuk wad. Mungkin malam ini atau esok dah boleh bersalin. Aku terus ke kereta ambil barang dan teman wife aku ke wad. After settle everything dekat zohor aku pun balik ke rumah. Aku beri tahu wife, kalau ada rasa sakit dah nak bersalin please call me.
.
Sebelum sampai di rumah aku sempat ke Tesco untuk beli barang keperluan. Tiba saja di rumah aku terus siap sedia masak untuk anak anak aku. Mula lah aku beraksi bagai ninja. Kutip kain nak cuci. Suruh anak dara aku lipat kain. Suruh anak aku mandi dan mandikan Ikhlas dan Shahadah. Ingatkan Hadi dan Syamim untuk toiletkan kucing dan beri makan. Siram pokok bunga aku yang hampir kering. Rasa tak menang tangan and ada saja nak buat.
.
Esok pagi tu aku siap lagi buat nasi lemak untuk anak anak aku di samping masak lauk untuk lunch. Wife aku call kata dah ada tanda nak bersalin. Darah dah keluar tapi tak sakit. Aku tak lah panik sebab anak dah ramai jadi cool ajelah. Aku terus call wife aku dari masa ke semasa untuk ikut perkembangan terkini. Lepas selesai semua kerja aku, aku ke hospital lagi. Dr. bagitahu kalau hari ini (ahad) masih tak bersalin, esok kita keluarkan aje baby. Aku setuju.
.
Macam biasa aku balik rumah dengan tugas tugas biasa. Rupanya anak aku Syahadah dah mula menangis rindukan umi dia. Aku suruh Balqis saja jaga dan layan Syahadah. Mana aku nak kemas dapur dan buat keje lain lagi. Rasa penat satu badan tapi tak apa dah biasa dengan keje keje ni. Aku call lagi wife aku dan dia kata esok Dr akan masuk air and sakit masih tak terasa. Cuma sikit sikit. Aku macam biasa cool aje.
.
Besok selepas sedia breakfast dan masak untuk anak anak aku lunch, aku pun ajak anak lelaki aku Safwan ke hospital. Ubai dan Balqis tinggal rumah untuk jaga adik adik. Masa di labor room wife aku dah rasa sakit. Contraction dah makin kerap and pukul 1.35 tengahari selepas zohor bersamaan hari Isnin, 3 bh Disember 2007, 23 Zulkaedah 1428, wife aku selamat melahirkan bayi lelaki yang comel berat 3.11kg sahaja. Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Aku bersukur sangat kepada Allah s.w.t. semuanya berjalan lancar.
.
Wife aku di wad selama tiga malam dari 1hb hingga 4hb Disember. Boleh tahan juga bill semuanya RM2775 termasuk kos berkatan. So untuk Hafiz Nur Yusuff welcome to our family hope you will enjoy it. Probably eight is enough....heheheheh
This is my newborn one hour after delivery. Aaa....aku dah selesai azankan untuk dia. Ba dan Umi doakan agar Hafiz Nur Yusuff akan menjadi anak yang beriman dan soleh.
Memang dunia ini penuh panca roba dan dugaan. Sebab tu you menangis sebab tak sanggup untuk menghadapi nya berbanding dengan alam you dalam perut yang kecil. Anyway you are not alone. We will be together ok...
" Ba, cuba Ba nengok ada macam muka Ubai tak?" Ada kot..... sat Ba nengok gambar Ubai masa kecil dulu.....heheheh
Wow..... dah celik mata tu. Ni gambar Yusuff di rumah kita. Jenuh Yusuff di cium oleh abang abang dan kakak kakak.......
Ini Yusuff pada hari ke 2. Sedap nya lena...lapar aje menangis la....lepas tu lena lagi......bahgia betoi jadi bayi.....

Comments

Anonymous said…
Tahniah utk Abu Ikhlas sekeluarga.
Abu Ikhlas said…
terima kasih. semoga allah permudahkan urusan dan hidup saya
Unknown said…
Congrats dapat baby baru.Sure tambah meriah kat rumah.
Abu Ikhlas said…
memang pun suria...

Popular posts from this blog