Pengisar Daging


Hari Sabtu aku ke bazar. Nak ke ofis malas sangat. Ada satu benda yang aku nak beli. Iaitu mesin untuk buat mince meat. Dah lama aku cari mesin ni. Aku dah tawaf ke Ekano Power, Sogo and banyak lagi kedai elektrik malang nya tak pernah aku temui. Hari Sabtu tu aku pun beli. Setelah puas tawar menawar dapatlah RM150. Aku rasa berbaloi juga. Balik nanti buat sendiri aje mince meat tu. Bukan apa, mince meat yang di jual di kedai tu adalah lebihan daging yang di mesin sekali dengan lelemak yang melekat. Kira tak healthy la kalau nak makan. Bila ada mesin sendiri, kita guna solid daging yang berkuality. Makan pun sedap aje rasanya. Tak ke gitu???

Comments

Anonymous said…
saudara beli mesin kisar ni kat mane,berminat la nak beli
GILERBURGER said…
kat mane ek nk dpt...yg second hand pon ok la..hehe
abgmus said…
saya pun dok cari beef mincer tu, mrah jugak dpt harga rm150... beli kat mana yer?
Abu Ikhlas said…
Sorry for late reply. Saya beli di Turkmenistan rm150 selepas puas mencari di Malaysia. Cuma pernah jumpa masa exhibition barangan electrik kat pwtc

Popular posts from this blog