The Fishing Trip


Rungsted-Bandar marina yang di penuhi dengan kapal layar

Hari Jumaat, 24hb Jun 2005, kami pergi memancing. Baguslah juga setelah beberapa bulan bertungkus lumus untuk menyiapkan projek. Kontractor BWSC telah megatur rancangan dua minggu awal agar ramai yang dapat mengikut serta. Pada mulanya mereka merancang untuk membawa bermain ski di Sweden, tetapi masa tak mengizinkan sebab ramai yang sibuk dengan kerja masing-masing. Jadi, kerja sekarang pun sudah di penghujung jalan maka langkah yang terbaik untuk melepaskan penat lelah adalah pergi memancing.
Mr Christian........BWSC a man incharged
Mr Christian, iaitu the ‘big boss’ yang meguruskan segala persiapan untuk activiti ini. Disini kalau hendak memancing bukan boleh sembarangan sebab perlu memohon lesen terlebih dahulu yang berharga lebih kurang 120 kroner seorang selama satu tahun. Memang pengalaman yang di nantikan. Masa engineering di Copenhagen akan tamat dan masa untuk ke Sudan pula . Kami bertolak ke Rungsted (Bunyi dia Ghongsted) dari office selepas sembahyang Jumaat. Tepat pukul 2.40 petang kami berkumpul di ofis dan terus bertolak ke Rungsted.
Neil-Pengurus projek......kadang tu pandai kelentong dlm lemah gemalai

Rungsted adalah sebuah bandar yang unik dengan marina yang besar. Berbagai-bagai jenis kapal berbaris dengan rapi daripada kapal layar hinggalah ke bot nelayan. Suasana memang indah dan di sulami dengan siulan camar yang pantas berterbangan. Sekali sekala ia menjunam kelaut untuk mendapatkan ikan.
Burung Camar yang setia mengikuti kami
Kebanyakkan penduduk di sini adalah dari golonga elit dan kaya-raya di Denmark. Kami tiba di sini tepat jam 3.10 petang dan perjalanan yang memakan masa cuma 25 minit. Cuaca pada hari ini sungguh menarik. Ramai penduduk di sekitar membawa keluarga untuk riadah. Selalu di cuaca yang baik begini semua penduduk akan mengambil kesempatan untuk berjemur. Bagi mereka matahari adalah satu nikmat yang amat besar dan indah. Walau pun panas tetapi suasana sungguh nyaman. Cuma tiadalah lambaian pepohon kelapa di tepi pantai seperti di Malaysia.
My friend Taj from Sudan....gambar lepas makan...

Bot yang kami naiki adalah sebuah bot nelayan yang lama tapi agak sempurna siap dengan sistem radar yang di gunakan untuk mengesan kumpulan ikan. Terdapat kabin di dek bawah untuk beristirehat dan makan. Terdapat meja dan bangku yang di susun rapi. Sebuah dapur siap dengan segala beralatan di belakang kabin.
Inilah ikan Kod.....dpt banyak tiap-tiap hari makan kari kepala ikan
Memandangkan masa yang agak lama di luangkan untuk memancing, makan malam di sediakan sebelum berangkat pulang. Sekali-sekala burung camar datang bertenggek di atas tiang layar sambil memerhatikan kami yang akan memulakan kegiatan yang di tunggu tunggu.
Wow.....terer tak...beso tu...lebih 5 kilo......

Kapten kapal telah sedia kan sebilangan joran untuk kami laksanakan tugas. Aku ingatkan akulah orang yang tak pandai memancing, rupanya orang tempatan sendiri tak pernah memancing. Jadi semuanya serupa. Perjalanan ke tempat memancing agak 20 minit dari daratan. Iaitu berdekatan dengan sebuah pulau kecil milik kerajaan Sweden. Penduduknya tak ramai mungkin di anggarkan seramai 1000 orang sahaja.
Ni Pak Pin...dia paling cekap kail ikan.......pompuan pon teror kail jugak kot...hehehe

Apabila tiba di tempat dipastikan kapten akan membunyikan loceng menandakan masa untuk memancing. Apalagi, kami semua dengan perasaan seronok mula membaling kail masing-masing. Yang peliknya tiada umpan di pakai, Cuma umpan tiruan berupa ikan yang bercahaya dan di letak kail di hujung nya. Aku cuba mengagak berapa agaknya ikan yang dapat di kail. Silap hari bulan memang tak dapat. Maklumlah lama dah tak makan ikan dan harga ikan di sini terlampau mahal dan hanya tuhan yang tahu! Cuba bayang kan kerang yang di jual di Malaysia pun baru 2 ringgit sekilo tapi di sini 70 ringgit sekilo! Memang tak masuk akal. Kadang tu niat nak masak mee kari terpaksa di batalkan saja walaupun rasa kempunan.
Alah..keje-keje siang ikan ni kacang aje.......

Orang pertama yang mula mendapat ikan adalah kapten kapal. Yelah, memang dah hidup dan mati dia bergelomang dengan ombak laut. Lebih kurang 10 minit kemudian lepas satu persatu kami mula menarik ikan. Ikan kod! Memang seronok dan aku cuba bergambar bersama-sam dengan ikan tersebut. Bila pula tiba giliran aku menarik ikan. Nampak mudah saja. Baling kail ke laut kemudian tarik pancing dan ulur sedikit, dapatlah ikan itu. Semudah ABC. Rasanya tak lah susah sangat, mungkin anak aku yang baru 9 tahun pun boleh memancing.
Hellooooo........mintak sikit ikan boleh tak

Dari masa ke semasa kapten akan mengalih kapal ketempat lain untuk mencari tempat yang lebih banyak ikan. Setiap kali loceng berbunyi, ini menandakan kapten akan mengalih bot dan loceng seterusnya adalah adalah waktu untuk memancing. Makin lama makin banyak ikan yang dapat. Burung camar masih lagi mengekori bot kami setiap kali kami berubah haluan dan seketikan berehat di permukaan air. Maksudnya amat mudah untuk di fahami.

Berborak lepas penat memancing....apalah Azahar dok goreng depa tuh

Aku dapat juga tiga ekor ikan . Kadang tu berehat sebentar untuk sebotol coke dan sedikit biskut. Memandang kan ikan sudah banyak aku telah mengambil tugas untuk mengeluarkan perut ikan. Christian mengajar bagaimana untuk membuang perut ikan dengan betul….bagi aku itu mudah sahaja sebab sudah biasa dengan alam di dapur. Satu persatu aku bersihkan ikan dan perut terus dicampak kelaut dan menjari rebutan burung-burung camar. Sesekali aku mencampak ke udara dan di sambar oleh beberapa ekor burung camar seperti burung helang menyambar mangsa. Wow…..hebat sungguh!
Dengan Lars...sewaktu makan kat kabin

Setelah lebih tiga bulan di sini, inilah waktu yang paling seronok berada di Denmark. Satu pengalaman yang sangat bermakna dan tak mungkin dapat di lupakan.
"Hidup ini adalah satu pelayaran yang jauh.......Kitalah nakhoda yang mengemudi........sediakan bekalan secukupnya agar tak kecewa nanti"
I am sailing
I am sailing, I am sailing,
home again 'cross the sea.
I am sailing, stormy waters,
to be near you, to be free.
I am flying, I am flying,
like a bird 'cross the sky.
I am flying, passing high clouds,
to be with you, to be free.
Can you hear me, can you hear me
thro' the dark night, far away,
I am dying, forever trying,
to be with you, who can say.
Can you hear me, can you hear me,
thro' the dark night far away.
I am dying, forever trying,
to be with you, who can say.
We are sailing, we are sailing,
home again 'cross the sea.
We are sailing stormy waters,
to be near you, to be free.
Oh Lord,
to be near you, to be free.
Oh Lord,
to be near you, to be free,

Comments

Ahmad Al-Hadi said…
fulamak, aku tak tau hang peminat rod stewart, not. Tapi ada satu lagi lag dia, first cut is the deepest mmg famous tapi penyanyi asal lagu tu ialah cat stevens, yes, maulana usop islam kita, he he. aku jealous la not... aku nak upload direct gambaq tak menjadi2 le....

Popular posts from this blog