Surat Untuk Ubaidullah dan Safwan

Ubaidullah with my mother

Safwan in front of my house

Untuk Ubaidullah dan Safwan yang tersayang.

Apa khabar kamu berdua. Ba doakan Bailah dan Wan sentiasa sihat sejahtera dan dalam keadaan ceria. Mesti bailah dan wan sedang tersenyum apabila mendapat dan membaca warkah Ba ini.

Sekarang Ba di Frankfurt . jam menunjukan pukul 2.00 petang waktu tempatan. Ba berangkat dari Copenhagen pada pukul 10.40 pagi tadi. Sayang ada sayu pun ada semasa meninggalkan Copenhagen. Dari pukul 6.00 pagi lagi Ba bangun untuk mengemas barang. Di sebabkan barang banyak dan beg pun tak muat, Ba terpaksa tinggalkan bunga yg di beli dan kasut Nike Ba yang dah berusia 10 tahun. Perjalanan ke Kastrup airport mengambil masa selama 20 minit dan pemandu teksi tadi telah mengenakan 216 kroner lebih kurang 120 ringgit.

Sekarang Ba berada di Business Lounge sementara menunggu penerbangan ke Cairo, Egypt pada pukul 3.10 petang. Sempat juga Ba makan sekadar alas perut dan minum hot cokolat. Penerbangan yang akan mengambil masa selama 4 jam 20 minit. Letih pun terasa kerana terpaksa menukar sehingga tiga penerbangan sebelum tiba ke Khartoum Sudan. Nanti apabila tiba di Cairo, Ba akan menaiki pesawat Kenyan Airways. Inilah kali pertama Ba menaiki pesawat ini.

Ba akan sambung semula cerita ini sebab masa dah untuk menuju ke pintu berlepas…….mmmmmmm……Ba akan sambung semula apa bila tiba di Cairo airport sebab Ba terpaksa menunggu kira-kira 4 jam sebelum berlepas ke Khartoum.

Ba tiba di Cairo pada pukul 8.20 malam. Waktu dah maghrib dan tak banyak yang dapat dilihat. Dari udara cuma padang pasir dapat di lihat dan sekali sekala terdapat ladang yang bewarna hijau. Memang tak dapat di bandingkan dengan apa yang kita miliki di Malaysia. Airport di sini seperti 30 tahun keadaan airport di Malaysia. Semuanya di buat secara manual dan memang kena banyak bersabar. Bukan senang untuk membawa diri keseorangan bila di rantau orang. Sekeliling terasa begitu terasing. Kemudahan memang teruk dengan keadaan yang tidak di jaga dan di selenggara dengan sempurna. Inilah bila kita banyak berjalan luas pandangan and banyak ragam yang kita lihat. Semua ini akan mematangkan diri kita dan perlu nya kita miliki hakikat kesabaran.

Sekarang sudah bukul 10.45 malam waktu tempatan. Masih ada satu setengah jam lagi untuk ke perlajanan seterusnya. Bila berjalan seorang diri, kita mesti berani dan yakin. Yalah…kadang manusia ni tidak mudah di percaya. Pandai menipu, memutar- belit dan mengambil kesempatan. Alangkah baik nya sekira manusia mempunyai iman yang tulin. Nescaya kehidupan kita ini seperti hidup di syurga. Di lobi suasana tak terurus…..semuanya old fesyen….capet yang berdebu dan lusuh…kusyen yang dari tahun bila entahlah dan rasa seperti rimas….Musik Arabic masih lagi berputar…enak juga irama tapi kalau dah berulang kali ternyata membosankan.

Jam sudah 11.00 malam baru di beri boarding pass untuk ke boarding hall. Di sini orang Egypt suka sangat meminta tip. Beri sajalah dan niat sebagai sedekah. Kawasan duty free di passenger lounge tak lah seindah mana. Jauh sekali jika hendak di bandingkan dengan apa yang ada di KLIA. Tapi ada juga beberapa barang yang cantik dan menarik. Ba sempat membeli sebuah teko dan pinggan dengan gambar masyarakat kuno eqypt. Memang cantik dan lain dari yang lain dan tidak mahal.

Perjalanan ke Khartoum memakan masa selama 2jam 20 minit. Pesawat ini kemudian akan terus berlepas ke Nairobi, Kenya selepas menurunkan sebilangan penumpang ke Khartoum. Berbagai jenis manusia berada di dalam penerbangan ini dengan mempunyai tujuan dan niat yang tersendiri. Kebanyakannya pelancung yang ingin menikmati keindahan safari di Nairobi.

Alhamdulillah Ba selamat tiba di Khartoum pada 10hb Julai, 2005 tepat jam 3.15 pagi. Suasana airport sangat sepi dan terdapat beberapa lopak air yang menandakan hujan baharu sahaja berhenti. Tak ramai orang yang ada, cuma pekerja-pekerja yang membantu memunggah teroli and beberapa pegawai emigrasi dan anggota keselamatan. Airpot begitu simple and kecil. Kalau di bandingkan ia cuma sebesar Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Rupa-rupanys saudara Muhammad sudah terpacak menunggu kedatangan Ba. Kami terus ke hotel untuk check in. Agak 20 minit barulah urusan selesai dan perasaan mengantuk sudah mula mencengkam diri.

Bandar Sudan ini tidaklah seburuk yang Ba bayangkan. Boleh tahan juga bandarnya walaupun infrastruktur tak terurus, berdebu dan ramai orang. Ya…suasana tak seperti di Copenhagen dengan serba-serbinya teratur dan kemas. Mmmmmm…..boleh tahan juga ..yang penting keperluan semua ada di sini.

Wan dan Ubaidulillah,

Orang lama selalu berkata banyak berjalan luas pandangan dan perjalanan ini akan mematangkan kita. Memang benar apa yang di katakan. Dan bermusafir itu akan menguatkan jati diri. Sebab itulah ramai alim ulama bermusafir dan berkelana untuk menguatkan jati diri dan iman kepada allah.

Hidup ini mesti ada pedoman dan panduan. Sebagai seorang islam pedoman dan panduan kita hanya Al-Quran dan Hadith. Dan untuk menjadi hamba yang mempunyai pedoman dan panduan insan itu hendaklah mempunyai disiplin diri. Tanpa disiplin diri manusia itu akan hancur sebab manusia akan di kawal oleh nafsu dan bukan oleh akal yang waras. Disiplin itu seperti sebuah bekas yang berisi air. Kalau kita tidak ikut sukatan itu maka apa yang ada didalam akan melimpah dan membazir.

Jadilah manusia yang berpedoman dan disiplin dan dikawal oleh fikiran yang waras dan bukan nafsu yang ganas. Ba sentiasa mendoakan agar Bailah dan Wan sentiasa mempunyai disiplin yang baik. Yang tahu yang mana baik dan buruk. Yang dapat membezakan masa depan yang cemerlang dan kecundang. Masa itu ibarat aliran air di sungai, tak akan dapat kembali ke tempat asal. Kalau waktu ini dapat di undur nescaya semua manusia akan mengundur masa tapi semuanya tidak mungkin dan mustahil untuk berlaku. Gunalah masa dengan sebaik nya agar tidak menyesal di kemudian hari. Timun ditangan dan pisau pun di tangan pandai-pandailah menggunakannya.

Sekian terima kasih

Salam rindu dan peluk cium dari Ba untuk sekeluarga.

Ikhlas,

Ba

Papa

Everyday my papa worked
To help to make ends meet
To see that we would eat
(To) keep those shoes upon my feet
Every night my papa would take
And tuck me in my bed
Kiss me on my head
After all my prayers were said
Growing up with him was easy
time just flew on by
The years began to fly
He aged and so did I
I could tell
That mama wasn't well
Papa knew and deep down so did she
So did she
When she died
My papa broke down and cried
All he said was, "God, Why not take me!"
Every night he sat there sleeping in his rocking chair
He never went upstairs
All because she wasn't there
Then one day my Papa said,
"Son, I'm proud (of) the way you've grown
make it on your own
I'll be O.K. alone."
Every time I kiss my children
Papa's words ring true
"Your children live through you.
They'll grow and leave you, too"
I remember every word my papa used to say
I live that every day
He taught me well that way
Every night my papa would take
And tuck me in my bed
Kiss me on my head
After all my prayers were said
Every night my papa would take
And tuck me in my bed
Tuck me in my bed
After all my prayers were said

" Sometimes I just pondered the memories that we had together.............."


Comments

Popular posts from this blog