Thar Jath……..sebuah kawasan pedalaman yang terletak di selatan Sudan. Perjalanan yang mengambil masa selama dua jam dengan pesawat dan memakan masa selama sehari sekiranya mengambil jalan darat. Jaraknya adalah lebih kurang 1200 km daripada Khartoum, ibunegara Sudan. Berbeza cuaca dengan Bandar Khartoum yang panas dan berdebu. Di sini tempat yang kaya dengan minyak yang baru di terokai dan di majukan. Di sinilah bermulanya perjalanan aku yang kedua. Aku tidak membayangkan apa-apa yang menarik cuma satu lagi perjalanan yang penuh dengan cabaran.
Fazili anggun bergaya dengan anak-anak angkatnya
Pagi pukul 4.30 pagi aku telah bangun berkemas untuk menuju ke lapangan terbang. Pada pukul 5.30 pagi aku telah meninggalkan bilik ke kaunter penyambut tetamu untuk check out. Semuanya telah diuruskan oleh company tetapi ada bil dobi yang perlu dibereskan. Selang beberapa minit kemudian ramai lagi rakan-rakan lain yang datang untuk maksud yang sama. Perjalanan ke lapangan terbang memakan masa selama sepuluh minit.
Noer girl..............she is so qute....
Aku terperanjat! Masyaallah ramainya manusia sehingga melimpah ke luar terminal. Hati aku terdetik kemanakah mereka hendak pergi dan mengapa berbaris panjang? Bila mereka akan berangkat…..aku menjadi keliru. Muhammad sudah setia menunggu ketibaan kami dan aku rasa bagaikan nikmat. Aku tak dapat bayangkan andaikata terpaksa berbaris dan bersesak. Bagaikan satu rahmat yang mencurah. Hati dan fikiran aku masih memikirkan Thar Jath. Five star hotel????? Tak mungkin sama sekali. Aku rasa bagai di permainkan oleh Rizal…..manalah ada layanan yang hebat di kawasan yang daif, kolot dan jauh dari segala kemajuan pesat dunia. Sebelum aku tiba di Khartoum fikiran aku serupa sahaja, tetapi ternyata meleset. Fikiran ini masih meronta menunggu jawapan yang pasti penuh dengan tanda tanya.
Rizal Pahlavy in a blue jacket having a tea break with other workers and the tea ladies
Sepanjang perjalanan aku tidur. Terasa sangat mengantuk dan tak mampu untuk celik lagi. Aku tersedar apabila pesawat mula mendarat di landasan. Wow sekeliling nampak hijau. Hujan masih lagi turun merintik hanya menunggu masa untuk berhenti. Aku masih lagi mencari reality kehidupan di sini. Di luar sana sedia menanti pegawai-pegawai OGP untuk membawa kami terus ke kem.
These two general workers were posing at my Power Plant Site
Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 12 minit aku dapat melihat suasana yang ketara di sini. Apa lagi kalau bukan suasana masyarakat yang berbeza. Penduduk di sini kurus tinggi bagai pemain bola keranjang. Terdapat perkampungan mereka di tepi jalan besar yang dibuat daripada jerami. Aku dapat bayangkan betapa ringkasnya kehidupan mereka yang jauh dari kemajuan dunia. Tapi hakikatnya mereka reda dan ceria dengan apa yang mereka ada.
Take a break, have a kitkat............Ooopppsss....have some pholllll
Rupa-rupanya inilah kawasan savannah yang pernah aku belajar ilmu alam semasa di sekolah rendah dan di tingkatan dua. Kawasan yang menghijau sejauh mata memandang dan di sulami oleh pokok-pokok renek yang serupa. Sekali sekala aku cuba bandingkan rumah mertuaku di penghujung bendang dan terdapat tompokan rumah bertebaran. Tapi disini tetap lain dari yang pernah di alami. Berbagai burung yang beraneka warna turut mengiringi perjalanan kenderaan yang lalu lalang. Di atas sana berterbangan sang helang memandang kebawah mencari mangsa. Wow…….inilah panorama yang belum pernah dinikamati dan dilalui.
Savannah......the infinite horizon..
Aku mula ke site pada keesokan harinya. Aku berkenalan dengan pengurus tapak dari BWSC. Tapi Mr Eigil yang aku nantikan tiada kerana balik bercuti. Aku mengambil kesempatan untuk melawat tapak dan perkenalan dengan inspector yang belum pernah aku temui.
Rizal.....where is she now.....haven't seen her again
Rizal membawa aku melawat sekumpulan pekerja di belakang sana giat memasak dan membuat air untuk makan tengahari. Mereka menyambut kedatangan kami dengan senyum manis. Hitamnya……bisik hati ini. Aku tak boleh nak komen lagi tentang kejadian yang Maha Esa. Sungguh menakjubkan. Ada yang terdapat kesan bintik dan calar di muka. Setiap calar dan bintik melambangkan asal usul suku mereka. Memang masyarakat di sini suka berpuak-puak dan berbangga dengan puak mereka. Sebelum pulang aku mengambil beberapa gambar mereka untuk di jadikan simpanan sebagai satu kenangan yang sangat berharga.
Comments