Surat untuk Nisa Balqis



Balqis with her sisters and brothers


Dear Balqis 15th Jun, 2005

Hari ini genap usia Ba 40 tahun. Terasa masa begitu cepat berlalu tanpa di sedari. Tiada ciuman dari ummi dan anak-anak hari ni. Ba masih lagi ingat waktu Ba masih di sekolah. Pernah masa Ba darjah satu cikgu pukul Ba sebab gagal hafal sifir. Tapi masa di sekolah semua cikgu sayang pada Ba sebab Ba rajin dan berdisiplin. Semua cikgu Ba beri hormat sepenuhnya.

Bila Ba masuk sekolah menengah Ba malu pada kawan sebab keputusan penilaian Ba memang tak memuaskan sebab Ba memang tergolong dalam golongan murid yang bijak. Tok Pah pun kecewa. Masa tu Ba tak tahu mana nak letak muka dan ada juga orang yang memberi sindiran yang tajam. Tapi Ba telah tanam keazaman dalam diri Ba agar tidak mengulangi kesilapan silam.

Di sekolah Ba memang aktif sukan. Ba main hoki dan wakil sekolah. Begitu juga acara larian. Walaupun cergas dalam sukan, Ba tak pernah abaikan pelajaran. Ba bahagi masa dengan sebaik-baiknya. Sebab tu kalau ada perlawanan hoki di Stadium Hoki Bukit Jalil sudah pasti Ba akan pergi dan bawa anak-anak Ba sekali. Kizz masih ingat tak semua ni. Memang Ba akan jadi kan ia sebagai acara tetap dalam kalenda tahunan Ba. Tapi tahun ni tak boleh sebab Ba sibuk sangat masa balik cuti baru ni. Jadi Ba mohon maaf pada semua. My three little princess

Masa mula melangkah ke England memang perasaan Ba berdebar. Ba pernah rasa teramat rindu pada Tok Pah pada satu ketika. Tapi sebab nak capai cita-cita untuk jadi engineer maka Ba tetap teruskan usaha sehingga habis belajar. Dalam fikiran Ba hanya satu saja iaitu untuk membalas jasa ibubapa dan kalau kita tak membalas maka siapa yang akan bantu.

Sekarang Ba bahagia dengan keluarga Ba. Ummi seorang isteri yang baik dan taat. Anak-anak Ba walaupun nakal tapi Ba tetap sayang. Dulu ibubapa Ba taklah kaya, jadi pendam sajalah hajat dihati. Tapi Kizz, Bailah, Wan, Hadi, Mim, Lash dan Adah kalau ingin apa Ba cuba tunaikan. Biar Ba korban untuk beri yang terbaik.
Dok makan masa harijadi Umi....

Tapi bantuan Ba tak akan datang buat selamanya. Bila sampai ketika Kizz dan adik beradik perlu berdikari untuk mengharungi dunia yang penuh cabaran. Sesiapa yang lemah pasti akan kecundang di tengah jalan. Dan perjalanan ini tiada lagi berpatah balik. Masa akan terus berlalu meninggalkan kita.

Pagi.....bersiap untuk ke sekolah


Waktu ini perlu di manafaatkan sebaiknya. Jadilah anak anak yang soleh dan berilmu. Sebab ilmu itu penyuluh hidup dan amalan soleh itu adalah landasan ke syurga.

Sekian, salam sayang

Ba.

Comments

Popular posts from this blog