Frangipani @ Kemboja
.
Sebut sahaja bunga kemboja terbayang keharumannya yang menyegarkan. Tapi bagi orang orang tua, kebanyakkannya bunga ini di kaitkan dengan semangat halus atau benda ghaib atau lebih tepat lagi hantu. Pada waktu dahulu pohon kemboja selalu di tanam di tanah perkuburan. Samaada di tanah perkuburan orang islam atau bukan islam. Itu dahulu. Tapi sekarang pohon pohon kemboja mempunyai nilai komersil yang sangat tinggi. Pada waktu tahulu juga hanyak kemboja bewarna putih sahaja yang mudah kelihatan. Tapi sekarang bunga kemboja mempunyai beranika warna dan bau yang menarik. Malah harganya sudah meningkat ke ratusan ringgit walau pokok tersebut baru setinggi 4 kaki.
.
Aku ada mempunyai koleksi pokok kemboja yang aku tanam di hadapan laman rumah. Apabila semuanya berbunga harumannya menusuk kalbu. Tapi kalau orang yang berfikiran sempit mesti cabut lari apabila terbau harumannya. Di Bali masyarakat sana jadikan kemestian untuk menggunakan bunga bunga kemboja untuk upacara sembahyang atau memuja. Pernah aku singgah ke sebuah nursery di Bali untuk membeli sebatang benih kemboja kuning yang cantik. Sekarang sudah besar yang aku tanam di depan laman rumah.
.
Sabtu lepas sempat aku ke Sungai Buluh untuk mengambil beberapa keping gambar. Terdapat beberapa hybrid baru yang di import dari Thailand. Yang menariknya terdapat juga hybrid yang bewarna ungu muda. Kalaulah laman rumah aku terbentang luas memang hendak aku tambahkan lagi koleksi bunga kemboja. Nak tanak senang sahaja. Iaitu memangkas batangnya sahaja dan terus tanak ke dalam tanah. Penjagaan paling senang. Daunnya yang tebal dan bergetah menyebabkan sukar untuk ulat berehat atau bertenggek di daun nya. jadi apa lagi....enjoylah dengan gambar gambar yang aku kumpulkan. Tapi aku tak ada nama nama khas pada setiap hybrid tersebut. Kalau ada masa nanti aku akan cuba untuk carikan.
Comments