Jalan-Jalan di Kotaraya Kuala Lumpur
.
Pada cuti umum tahun baru baru ni aku ajak anak aku Safwan dan Ubaidullah ke Kuala Lumpur. Sebenarnya aku tak adalah specific rancangan sebab gaji aku bulan ni masuk lambat. Kebetulan aku nak menghantar anak buah aku balik ke Kedah so aku cakap pada anak aku lets accompany me. Aku hantar anak saudara aku ke Pekeliling and headed towards Maju Junction. Di sini lah tempat aku parking sebab mudah untuk terus keluar ke jalan kucing.
.
Finally aku ada dua rancangan. Pertama nak ke Central Market untuk cari buku fiction untuk aku bekalkan masa outstation dan yang keduanya nak beli kasut di Sogo sebab sale masih ada. Pasal kasut ni terpaksa beli sebab banyak kasut kerja aku dah koyak rabak. Aku tanya pada anak aku mana kita nak pergi dulu, so kami semua bersependapat untuk ke Central Market dulu. Aku ajak anak2 aku berjalan kaki sahaja. Bagi aku mudah dan bolehlah longgarkan sikit kaki ni.
.
Kami jalan dan terus jalan dan ramai sangat orang di bandar maklumlah cuti umum. Aku rasa Kuala Lumpur ni dah jadi international city sebab ramai warga asing seperti Myanmar, Bangladesh, Nepal, Pakistan, India, Vietnam dan ramai lagi berkeliaran dengan urusan masing masing. Tiba sahaja di Central Market aku terus ke store buku dan ambil 4 buah buku. Lepas itu kami lepak di atas food court di atas. Yang rasa ralat tu aku terlupa untuk mengambil gambar di situ. Kalau tak silap dah lama aku tak lepak lepak kat sini. Dalam perjalanan balik ke SOgo barulah sempat mengambil beberapa gambar. So enjoylah ye....







.
Aku rasa elok juga one day aku berjalan kaki di sekitar Kuala Lumpur dan ambil gambar apa yang patut. Negara negara lain dah jauh jelajah tapi negara sendiri pun belum habis. Muzeum tu tak pernahnya aku jengah walau duduk di Kuala Lumpur dah lebih 20 tahun.
Comments