Dugaan Yang Menuntut Kesabaran


Hhhhmmm.....aku balik cuti untuk pertama kali tidak kemana cuma duduk di rumah dengan anak anak dan isteri. Sebenarnya sudah lama hendak aku coret di sini tapi keadaan tak mengizinkan. Tak apalah. janji aku masih ada kekuatan untuk menulis kisah hidup aku di lembaran ini.
.
Tiba saja di KLIA isteri aku telah setia menunggu kepulangan aku. Rupanya Yusuff pun turut sama menanti. Dah bear pun Yusuff. Sudah lima bulan. Ingatkan dia tak kenal tapi masih mampu memberi senyuman untuk menyambut ciuman aku. Aku nampak dia selsema sahaja. Demam sudah berangsur pulih.
.
Tiba di rumah anak anak aku yang lain sihat sihat sahaja tetapi Hadi masih demam. Umi beritahu cuma demam biasa sahaja. Walau pun di hitung cuti lama lah juga tapi apabila di lalui cuti ini berlalu seperti air terjun. Begitu deras tak terasa masa berlalu. Aku ajak wife balik kampung pada weekend berikutnya untuk menziarahi ibu aku dan membaharui paspot antara bangsa. kalau buat di Sungai Petani senang dan tak ramai orang.
.
Kami terus ke Penang dahulu untuk beli barang keperluan sebelum tiba di rumah emak aku. Aku cuba ada dua tiga hari sahaja untuk di kampung sebab anak anak aku yang lain ada di rumah sebab minggu berikutnya mereka ada peperiksaan. Jadi kami tujuh beranak sahaja yang pulang iaitu Hadi, Shamim, Adah, Ikhlas, Yusuf, Umi dan Aku. So cukuplah dua malam bermalam di Gurun dan semalam bermalam di Sungai Limau rumah wife aku.
.
Memang kami terpaksa bergegas untuk kesana kemari dan masa begitu pack. Lepas makan kenduri Kak Jah, jiran mak aku, kami terus bertolak. Agak pukul 1.30 aku singgah ke rumah kakak aku di Parit Buntar untuk hantar barang yang mak aku kirimkan. Kami tak lama di sini, lebih kurang satu jam sahaja.
.
Agak petang baru sampai ke rumah aku. Barang banyak dalam kereta. Aku panggil anak anak aku yang besar untuk angkat barang. Badan letih tak tahu nak cakap. Esoknya wife aku mengadu pening kepala. Hadi pun demam dan pening. Wife aku kata mungkin demam biasa. Tapi besoknya demam masih tak kebah dan suhu makin meningkat. Begitu juga Hadi. Aku jadi risau. Aku suruh wife aku ke klinik bersama Hadi. Tapi demam masih tak kebah. Kepala masih pening dan suhu masih panas. Aku suruh wife aku ke klinik untuk ambil darah mana tau kalau demam denggi. Sebab sekarang ini virus denggi dan nyamuk edes sedang mengamuk di negeri Selangor.
.
Dua hari lepas tu nampak ada bintik merah timbul dan dr dah sahkan wife aku kena denggi. Aku kesian nengok wife aku dan aku kesian nengok Yusuf. Wife aku demam, Yusuf pun tak lalu nak menyusu. Dia menangis sepanjang malam. Then aku ke kedai beli susu tepung dan ajar dia susu botol. Pada mulanya memang dia rejek. Semua susu tumpah ke tilam dan bantal. Wife aku demam masih teruk dan Dr nasihat ke hospital. Aku bawa wife aku ke hospital dan terus admitted selama empat hari tiga malam dari 18hb sampai 22hb May. Mujurlah mertua aku datang untuk menjaga anak aku yang lain dan Yusuf terpaksalah di pisahkan dari wife aku selama beberapa hari. Wife aku sedih dan macam macam yang di fikirkan. Aku macam biasalah masih maintain macho. Hehehe...
.
Lepas wife aku bernasur pulih anak aku Safwan pula demam yang serupa. Aku bawa ke klinik dan di ambil darah. Rupanya dia pun denggi dan blood count makin turun. Boleh kata akulah pelanggan setia ke klinik Ng and Singh tu. Aku risau takut Safwan kena masuk hospital. Orang petua bagi makan sup ketam, buah tembikai, bendi masak belacan dan minum 100 plus. semua aku buat. Dah berkilo ketam aku beli. Bukan murah dekat RM19 sekilo. Beli jugalah sebab nak baik cepat. Alhamdulillah selepas tiga hari darah dia makin naik dan tak perlu ke hospital lagi. Cuma monitor dari rumah sahaja. Waktu aku bertolak kembali ke Turkmenistan dah hampir. Aku rasa sukar untuk balik sebab anak aku masih demam dan wife aku masih lemah. Aku call boss mintak sambung cuti seminggu. Alhamdulillah Boss kasi.
.
Aku ingat satu bab dah selesai. Hari Jumaat tu aku pergi ambil Kis dari asrama. Cuti sekolah dah bermula. Malam tu badan dia dan Ubai pula panas membara. Aku cuba rasa di leher mereka. Ya rabbi memang membara. Aku naik risau. Denggi lagi ke? Alah hai...lepas satu satu aku mengeluh. Aku ke pasar lagi mencari ketam, beli 100 plus, bendi untuk precaution. Kita usaha saje lah lain tu berserah dan doa pada Allah. After 3 days badan Kis and Ubai masih panas. Mula ambil darah Ubai Dr kata masih normal. Kis dah nampak ok, rupanya dia demam sebab nak datang haid. Sekarang dia dah sihat dan enjoy sakat kat umah sebab rehat serehatnya.
.
Aku masih ke klinik untuk monitor darah Ubai. Rupanya darah dia semakin menurun dan Dr kata tiada ubat untuk demam denggi ni cuma minum air banyak dan ambil vitamin. Petang tu anku nampak bintik merah dah mula muncul. Pada muka pun kelihatan. Mulanya aku ingatkan jerawat tapi itu adalah tanda denggi. Aku kembali kehospital untuk rawatan seteruanya. Dr ambil lagi darah untuk di periksa sehingga darah kembali normal. Harap dan doa agar ubai tak lah perlu kehospital. yang penting perlu minum air dan 100 plus dengan banyak.
.
Petang ni Syamim pula demam. Mungkin dia demam sebab tolong aku bersihkan garden pada petang semalam sewaktu hujan renyai renayai. Kalau esok badan masih panas sehingga pening aku terpaksa bawa ke klinik lagi untuk ambil darah. Nampaknya silih berganti family aku kena demam denggi macam passing baton. Inilah yang di katakan dugaan. Orang alim suka kalau mereka sakit sebab petanda Allah ampun dosa. Bagi aku inilah dugaan untuk aku. Aku perlu imbas kembali apalah kesalahan aku dan aku perlu bersedekah. Insyaallah besok aku akan pergi ke madrasah untuk tunaikan tanggungjawap ini.
.
Ahad ni aku akan berangkat kembali dengan harapan agar di pelihara keluarga aku sebaiknya oleh Allah taala.

Comments

Popular posts from this blog